Celoteh Kakak #8 Ayam?

- 14 January 2013Keluarga

Assalamua’laikum.
Pagi yang indah dan sungguh nyaman. Abah memandu seperti biasa. Tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Sedang-sedang saja. Kakak nampak ceria. Seminggu di pra-sekolah barunya, berlalu aman dan ceria tanpa sebarang penolakan. “Abah, sekolah baru ni bestlah…” Kakak tiba-tiba bersuara, memecah alunan nasyid Fitri UNIC. “Sekolah Kakak yang lama tak best ke?” Abah saja bertanya menguji Kakak.

“Best jugak, tapi Ibu ngan Kakak Zie garang….” Kakak menjawab sambil nampak kepalanya mendongak-dongak keluar. “Kakak nak sekolah kat sini lama-lamalah…” Kakak terus menyambung lagi tanpa ditanya. “Ok. Boleh. Kakak, mana satu lorong nak masuk sekolah Kakak ni?” Abah sekali lagi bertanya mahu melihat kecekapan memori Kakak.

“Aaaa…nanti Abah masuk kat tempat ada bumbung macam rumah tuh….” laju Kakak menjawab sambil memegang hujung tudung putihnya.

“Kakak, bumbung yang ni ke?” Abah menyoal lagi.

“Bukan-bukan…tu yang kat depan tu…” Kakak menjuih bibir comelnya sambil jari menunjuk ke depan bersungguh.

“Ooo…yang ni ek. Kakak memang pandailah bab ingat jalan. Macam Mama…” Abah membalas sambil memuji kecekapan Mama dalam mengingati setiap simpang jalan. Nampak sangat DNA “GPS” Mama berjaya diturunkan kepada Kakak dengan berjaya.

“Haaa…Abah masuk kat tempat ada ayam perempuan tu tau….” Kakak sekali lagi memberi arahan pandu arah ke sekolahnya.

“Ayam perempuan? Mana Kakak tau ayam tu ayam perempuan?” Mama yang sedari tadi menjadi pemerhati, kini galak bertanya Kakak.

“Ala Mama ni. Ayam perempuanlah tu. Ayam tu pakai lipstik….” Kakak selamba menjawab penuh yakin.

Kami terdiam dan tak sampai 5 saat, kami tergelak terbayang ayam pakai lipstik! Kakak memang macam-macam ceritanya.

@hafizmd – Boleh terus membaca celoteh Kakak tentang Kahwin | Angsa | Sejuk

{ 38 comments… read them below or add one }

anif January 14, 2013 at 10:01 am

:D Celoteh anak-anak ada sahaja yang mencuit hati!

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:52 am

Penyeri hidup =)

Reply

suri January 14, 2013 at 10:48 am

jenuh pikir blh buat derai tawa ar juga

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:52 am

hehe..kami mmg tergelak semalam…

Reply

suri January 14, 2013 at 10:48 am

adakah ayam tu dianiaya oleh anak2 bro heee?

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:52 am

ooo..tidak2…ayam tu paruhnya merah..tu yg pakai lipstik tuh..hehe

Reply

suri January 14, 2013 at 10:49 am

anak2 bila dh bijak bercakap dia akn ckp tnpa henti terkadanga pa yg depa sampaikan tu pun buat kita cuba faham apa yg di maksudkan hee..walhal dlm hti apalah anak aku nak ckp sebenarnya ni…tpi bila masa tu berlalu baru si ayah ibu dpt tangkap apa ayat yang anak nak sampaikan tu he…

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:52 am

hehe…mmg nak kena beri perhatian pada mereka…itulah yg terbaik utk mereka pada umur sekarang =)

Reply

suri January 14, 2013 at 10:50 am

pra sekolah tadika ker apa?huhu..dah berapa thun tu bro?

Reply

fiezaradzi January 14, 2013 at 1:03 pm

@suri, tadika Islam. dah masuk 5 tahun, sesuai sgt ke sekolah..

Reply

Denaihati January 14, 2013 at 1:05 pm

anak2 baya ni kalau cerita memang hebat, dgn penuh yakin yg tak leh tahan tu….heeeeeeeeeee

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:47 am

Bab yakin mmg takleh tahan…hehehe

Reply

fiezaradzi January 14, 2013 at 1:08 pm

parut ayam tu nampak merah, itu yg die kate pakai lipstiks tu.. hehee

DNA ‘GPS’ ye…. ye lah, mama la jadi GPS.. huhuhu

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:46 am

Itulah. Paruh ayam rupanya =)

Takpelah, bagus…

Reply

UmmiKami January 14, 2013 at 5:34 pm

Salam buat Hafiz..

Anak-anak ni jujur especially yang kecik, yang baru nak kenal dunia…
firkiran diorang ni ibarat ukir atas batu… buah gugur takkan jauh dari pohonnya..betul tak Hafiz… :D

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:41 am

As salam UK,
Setuju tu kak. Anak2 bak kain putih. Apa yg kita nak corak, coraklah…moga anak2 menjadi warisan terbaik dunia akhirat…ameen

Reply

titan January 14, 2013 at 8:45 pm

wahh, ada ayam pakai lipstik plakk..

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:40 am

Kat Banting mana ada bro…hehehe

Reply

Hairul Hissam January 14, 2013 at 9:13 pm

Bagus lah akak tu.. nanti akak boleh tolong lipstikkan ayam perempuan.. he.he.he

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:39 am

hahaha…hari ni ayam tu takde…keh3

Reply

TehR January 14, 2013 at 10:49 pm

ayam perempuan pakai lipstik
hehe
memang buah hati pengarang jantung mak ayah

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:39 am

hehe..itulah…mmg itulah kerja dia..bercakap dan bercakap =)

Reply

hairulafiz January 14, 2013 at 11:27 pm

petahnya anak bro berkata2

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:39 am

Mmg kakak ni dalam kategori petah dan pandai bercakap =)

Reply

hairulafiz January 15, 2013 at 4:23 pm

tapi kenapa dia cakap ayam pakai lipstik…

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:33 pm

@hairulafiz, sebab nampak paruh ayam tu merah rasanya

Reply

zool January 15, 2013 at 12:03 am

ayam pakai lipstick>> memang kelakar tu

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:38 am

Kakak cakap sebab mulut dia merah

Reply

pipoq January 15, 2013 at 1:17 am

memang seronok bila berborak dengan anak yang baru nak petah berkata-kata ni..

walau terkadang tu ada perkataan yang kita susah nak faham disebabkan kepelatannya..

Reply

hafizmd January 15, 2013 at 11:37 am

Itulah. Byk juga masa dalam kereta mendengar cerita mereka, kami takde peluang nak celah…hehe

Reply

faizal January 16, 2013 at 4:48 pm

Anak-anak zaman sekarang pandai bercakap. Kita kena pandai psikologi untuk tangani mereka.

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:23 pm

Psikologi nak kena power

Reply

muhammad fakhruddin January 17, 2013 at 7:42 am

Pergh dahsyat kakak fikir ni. Habis ayam dan angsa jadi mangsa :)

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:17 pm

hehe..mesti ada sajalah

Reply

akubiomed January 20, 2013 at 6:00 pm

Macam mana rupa Ayam pakai gincu agaknya. :-)

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:30 am

hahaa…ambepun takleh nak byang

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 1:18 am

dia tengok mana la ayam pakai lipstik..haha..wahh memori kakak ni masih fresh..hehe

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:17 am

hahaha…entahlah…ada saje rekaaan dia

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }