Celoteh Kakak #6 Kahwin?

Assalamua’laikum.

Blog kembali bersiaran seperti biasa selepas demam kuih raya, ketupat rendang dan lagu raya. Kebetulan cuti raya kali ni, lebih lama dari biasa. Ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinan. Kat kampung ambe, sehari sampai ada sampai 5 kad jemputan. Kalau semua tempat ambe bedal nasi minyak, sahih ambe demam daging hari ni…hehe. Paling seronok (selain pengantin baru πŸ˜€ ) ialah kanak-kanak. Anak sulung ambe, Kakak antara yang cukup seronok bila ada kenduri kahwin. Kenapa yer?

Kakak: Abah…adik Hariz anak Abahkan?

Abah: Aaa…betul tu. Macam Kakak jugaklah. Jadi, adik ngan Kakak adik-beradiklah. Macam Abah ngan Pok Hanin.

Kakak: Oooo…adikpun keluar dari perut Mama jugak, kan?

Abah: Pandai. Betul. Sama macam Kakak.

Kakak: Mamapun adik Abah jugak, kan?

Abah: Eh, bukan. Mama isteri Abah. Mama anak Mak Tok. Mama kahwin ngan Abah.

Kakak: Oooo…Mama kahwin ngan Abah. Abah, kahwin tu apa?

Abah: Kahwin tu….erm…(fikir sat ayat paling senang nak kasi Kakak faham).

Belum sempat Abah habis berfikir, Kakak dah fikir jawapannya…

Kakak: Alaa Abah ni. Kahwin tu…dapat banyak gula-gulalah ngan coklat macam dalam beg ni….

@hafizmd – “Abah, Kakak makan lagi satu ek, nanti Kakak gosok gigi….boleh, kan?”