Keputusan Piala Malaysia:Kelantan Gah, Terengganu Lelah!

Assalamua’alaikum.
Keputusan terkini Piala Malaysia pusingan kedua. Nampaknya, dah ada dua tiga pasukan yang mula tunjuk belang sebenar dan gaya pasukan juara. Ambe sempat tengok sipi-sipi perlawanan antara N.Sembilan 1 vs Perak 0, dan Johor FC 2 vs PKNS FC 1. Antara perlawanan yang ambe tunggu keputusannya ialah perlawanan kumpulan B, Kelantan vs ATM, dan Terengganu vs Kedah.

Antara keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 1 September:
> Kelantan 4 vs ATM 3 – Nampaknya, Kelantan mengesahkan selaku pasukan pilihan untuk menjadi juara kumpulan B.
> Terengganu 1 vs Kedah 1 – Ambe kecewa lagi. Namun, kalau Terengganu boleh kalahkan ATM lepas ni, Penyu ada peluang untuk mara, kalau kalah, boleh tutup buku!
> Lions XII 1 vs Johor 0 – Misi Johor untuk sekat kemaraan wakil Singapura gagal. Lions terus kuat di persada kumpulan A. Apakah Piala Malaysia akan berjaya di’culik’ oleh Lions?
> N.Sembilan 1 vs Perak 0 – Juara tahun 2011, N.9 nampaknya dalam kelas tersendiri. Makin hampir dalam misi pertahan kejuaraan tahun lalu. Perak nampaknya masih kurang serasi dengan jurulatih baru dari Korea Selatan.
> Sime Darby 3 vs Felda United 3 – Agaknya Sime Darby mampu lakar kejutan untuk edisi Piala Malaysia tahun ni?

Lain-lain keputusan tidaklah sempat ambe tengok. Pasukan pilihan lain ialah Selangor dan juga Pahang. Lama juga tak tengok kelibat Pahang dalam top 4. Mungkin tahun 2012 adalah tahun bertuah untuk Pahang?

@ hafizmd – Secara realistiknya, Ambe terpaksa pilih Kelantan untuk juara Piala Malaysia tahun ni walaupun ambe sokong Terengganu…huhu..Anda?

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.