V.Persie Hatrik!

Assalamua’alaikum.
Udah namenya kaki bola, mesti banyak citer bola dan bola serta bola. Tagline blogpun ada tulis bola, jadi kenalah ‘tunaikan’nya. Baru kena gayanya. Rajinnya ambe tengok bola pagi-pagi ni? Idok ler rajin mane, kebetulan ambe batu ajer balik jenguk kawan-kawan di pondok kawalan SRS, terus layan perlawanan M.United vs Southampton. Hajat hati nok juge tengok kelibat R.V.Persie!

Terkejut ambe tengok M.United kena titik 2-1. Dan-dan juge V.Persie gagal sempurnakan penalti. Dalam peminat Soton hampir merayakan kemenanagan bersejarah, V.Persie muncul wira bile sumbat 2 gol dalam masa 10 minit.

Terus ambe teringat kelibat bekas pemain M.United yang dulu, R.V.Nisterooy. Cukup berbisa dalam kotak penalti. Akhirnya, M.United menang 3-2 hasil hatrik V.Persie. Satu permulaan yang ambe rase cukup baik untuk pasukan Manu dan seluruh peminat Manu!

@hafizmd – sekadar berkongsi minat, kalau tak minat, tak mengape, janji kita tak mengate….

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.