Siri 5:Seloka Budi dan Ubi

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Genap sudah sepurnama.

Tiba masanya hamba menghulur dulang pelanda.

Bukan meminta bahkan hamba menerima.

Walau kita tak pernah bersua.

Bukan sepurnama dua tuan hamba berkelana

Memecah ruyung tidak mengharap sagunya

Puteri Suri ampuh di singgahsana

Ditemani setia Bendahara Hafizul yang bijaksana

Jua Temenggung Pipoq menjaga keamanan kota.

Jangan dilupa puteri juga punya dua saudara cantik jelita

Keduanya molek bertiara intan permata

Puteri Chii yang masih belum berpunya

Entah milik siapa gerangan hatinya

Jua Puteri Fieza yang punya sepasang cahayamata.

Apa guna mahkota dan kota tanpa laksamana

Tajam senjata musuh undur tak sempat berkata

Lima panglima bersaudara gagah tiada tara

Panglima Maza abang seguru paling utama

Panglima Daddydee pantang undur walau musuh di depan mata

Panglima Akubiomed setia menjaga kota walau berkorban nyawa

Panglima Jebengotai ampuh strateginya sentiasa siap siaga

Panglima Titan kekal sasa bersama tentera-tentera kecilnya

Semuanya gagah perkasa berhati mulia menggertak masuk seperti kuda.

Sekian dulu seloka hamba sempena purnama yang lama

Andai ada yang terasa, maafkan diri hamba.

Banyak ubi perkara ubi
Ubi Daik saya tanamkan
Banyak budi perkara budi
Budi baik saya kenangkan

@hafizmd – terima kasih semua. Boleh belanja Nom Nom Snek kalau mau!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.