Sempurnakah Cara Duduk Antara Dua Sujud Kita?

Assalamua’laikum.
Sempurnakah cara duduk antara dua sujud kita setiap kali kita bersolat? Sempena tahun baru Hijriah dan Masihi yang baru menjengah kita, elok sangatlah kita sama-sama perbaiki mutu tahap kesempurnaan Solat kita sebagaimana satu riwayat al-Bukhari, “Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.” Kualiti solat yang ditingkatkan, inshaaAllah mampu menjadikan kita sebenar-benar manusia! Ambe kongsikan serba sedikit hasil pembacaan ambe untuk peringatan diri sendiri dan rakan semua tentang cara duduk antara dua sujud.

Cara Duduk Antara Dua Sujud

Cara duduk antara dua sujud tips solat sempurna 1. Cara duduk antara dua sujud yang disaran ialah duduk cara “iftirasy”. Bagaimana cara duduk “iftirasy”?

  • Maksud duduk cara “iftirasy” ialah tapak kaki kiri diduduki oleh punggung kiri, dan
  • Tapak kaki kanan ditegakkan 90darjah, dengan hujung jari kaki kita menghadap kiblat.
  • Sahih Bukhari ada sebut tentang ini, “Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat, maka duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.”
  • Gambar di atas mungkin juga belum sempurna. Ambe juga dalam proses menyempurnakan mutu Solat ambe. Harap mendapat keampunan Allah jua. Ameen.

2. Cara duduk antara dua sujud yang ditegah Nabi Muhammad SAW iaitu duduk cara “al-iq’a” iaitu;

  • Meletakkan kedua papan punggung atas lantai dan menegakkan kaki
  • Imam al-Nawawi menjelaskan, cara duduk “al-iq’a” ini ada dua jenis iaitu jenis duduk yang ditegah dan yang harus iaitu;
  • i. Cara duduk antara dua sujud yang ditegah ialah kita letakkan papan punggung kita atas tanah dan tangan juga atas tanah.
  • ii. Cara duduk antara dua sujud yang diharuskan ialah kita letakkan kedua papan punggung kita atas tumit semasa duduk.

3. Kedudukan tangan semasa duduk antara dua sujud.

  • Kedua tapak tangan diletak atas paha. Malah Nabi Muhammad SAW juga meletakkan sikunya atas paha sambil hujung jari-jari Nabi memegang hujung lutut seolah-olah menggenggamnya.
  • Kedudukan jari ketika duduk antara dua sujud ialah dirapatkan (tidaklah direnggangkan).

Inilah sekadar pencerahan buat diri ambe dan rakan semua. Eloklah kita mengaji dan menuntut dengan Ustaz Ustazah. Elok juga kalau dibeli sebarang buku panduan solat seperti buku ini yang menjadi rujukan entri ini, Formula Solat Sempurna karangan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR). Semoga usaha kita memperbaiki mutu solat dipermudahkan Allah dan mendapat keampunan jua atas sebarang kesilapan dan kekurangan.

Wallahua’lam.

@hafizmd – Cara duduk antara dua sujud. Banyak lagi yang nak diperbetul solat ambe ni. Soalan pertama di sana nanti ialat SOLAT!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.