Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam?

by hafizmd on 10 February 2013

Assalamua’laikum.

Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam? Ok. Faktanya ialah menyapu dahi bukanlah 13 rukun solat. Itu pasti. Persoalannya ialah ada tak kita terfikir kenapa kita sapu dahi dan hidung (kadang-kadang ada yang sapu dari belakang leher, naik ke rambut terus sampai ke dagu sekali) selepas selesai memberi salam? Apakah cukup sekadar kita beramal ikut-ikutan? Saya kongsikan serba sikit tentang menyapu dahi dan hidung selepas salam dalam solat kita. Moga ada manfaat. Ameen.

Sebelum kita bicara soal sapu dahi dan hidung, apa kata kita perkemas 13 rukun solat. Sama-sama kita perbaiki mutu solat kita.

13 Rukun Solat (Menurut Mazhab Shafi’i)

  1. Niat
  2. Takbiratulihram
  3. Berdiri tegak (bagi yang boleh berdiri) untuk solat fardhu. Jika tak boleh berdiri, boleh duduk, baring, terlentang, isyarat dan lain-lain. Katakan kalau kita uzur, tak boleh nak turun sujud@duduk antara dua sujud maka hendaklah kita berdiri tegak pada permulaan solat. Lepas tu bolehlah duduk atas kerusi. Maksudnya wajib untuk berdiri tegak dipermulaan solat selagi kita boleh berdiri.
  4. Baca al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan tamakninah (berhenti sekejap sekadar bacaan Subhanallah – adalah dalam 2-3 saat).
  6. Iktidal dengan tamakninah
  7. Sujud 2 kali dengan tamakninah
  8. Duduk antara 2 sujud dengan tamakninah (Boleh baca entri INI)
  9. Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah
  10. Baca tasyahud akhir
  11. Baca selawat Nabi dalam tasyahud akhir
  12. Baca salam pertama
  13. Tertib (maksudnya ikut aturan di atas)

Menyapu dahi dan hidung selepas salam

1. Ada satu hadith Riwayat al-Bukhari yang bermaksud, “Aku melihat Rasulullah s.a.w. sujud di atas air dan tanah, sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya.”

2. Bersandarkan hadith di atas, ada 2 kefahaman yang boleh kita ambil tentang menyapu dahi dan hidung iaitu;

  • Nabi s.a.w. tak sapu pun dahi Baginda semasa solat walaupun ada kesar tanah dan air.
  • Nabi s.a.w. juga tak disebut menyapu dahi Baginda selepas solat. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Shafi’i menyebut tentangnya iaitu jika Nabi s.a.w. ada melakukannya (sapu kesan debu dan tanah di dahi Baginda), ia dikira termasuk dalam perkara semulajadi manusia dan bukannya amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

3. Namun ada 1 hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Ibn Suni dan Abu Nuaim yang bermaksud, “Rasulullah s.a.w. apabila selesai daripada solatnya maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa: Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan.”

4. Kesimpulan tentang menyapu dahi dan hidung selepas solat;

Jika kita nak juga beramal dengan berpandukan hadith dalam point #3,

  1. Seeloknya menyapu dahi dengan tangan kanan (memang biasanya begitu) dan dibaca doa “Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn”
  2. Tak beriktikad (yakin sebenar yakin) bahawa amalan ini adalah sunnah Nabi s.a.w., kerana disiplin dalam memakai hadith daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
  3. Tak beriktikad bahawa amalan ni akan membawa kebaikan dalam bentuk pahala, kerana kebaikan dalam bentuk pahala atau kerohanian hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadith sahih atau hasan. Kalau ianya datang daripada hadith daif, kita hanya boleh berharap, moga-moga ada sesuatu kebaikan daripadanya.
  4. Tidak sesekali menjadikannya setanding seperti ibadah khusus. Jelas sekali, ianya adalah terasing daripada pergerakan asal solat.
  5. Senang cerita, ianya adalah pergerakan luar solat. Wallahua’lam.

Moga jelas dan terang. InshaaAllah. Ramai juga yang kata perlakuan ini bida’ah dan sebagainya. Berlapang dadalah dan sama-sama kita mengharapkan Allah menerima ibadah solat kita.

@hafizmd – Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam? Berpuluh kali ambe baca tentang ni, moga memberi kita sedikit pencerahan tentang apa yang kita selalu buat setiap waktu. Yang baik itu daripada Allah jua, segala yang kurang dan buruk itu adalah daripada ambe jua.

{ 32 comments… read them below or add one }

akubiomed February 10, 2013 at 8:51 am

Terima kasih perkongsian ilmu ini. Memang didalam solat ada 13 rukun yang juga syarat sah solat.

Reply

titan February 10, 2013 at 1:51 pm

bila aku tanya rukun solat..ramai orang dewasa yang tak tahu..diorang ni kurang makan cendol ker agaknya..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Komisen ke 15 dan 16 dari Jobdirumah.com

Reply

UmmiKami February 10, 2013 at 4:22 pm

Salam manis..

lama tak makan cendol =D
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Kalau Dah Jodoh…

Reply

fiezaradzi February 18, 2013 at 1:40 pm

mungkin dorang, tau, cuma tak konfem je.. hahaa
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Dunia Tanpa Sempadan

Reply

hafizmd February 19, 2013 at 11:05 am

@fieza, hehe..mungkin juga…(bersangka baik)

Reply

Resepi Puteri February 10, 2013 at 5:44 pm

terima kasih atas info… semoga kita kembali mengikut sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bukan ikut.. ikutan…
Baca entri terkini Blogger Resepi Puteri´s: Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Special

Reply

Mama Murai February 10, 2013 at 8:53 pm

sejak mula bersekolah saya tak pernah amalkan sapu dahi dan muka selepas salam… rasanya jarang sekali perempuan lakukan amalan ni, sebab saya tengok kengkawan pun tak pernah buat.
Baca entri terkini Blogger Mama Murai´s: Words of the day: mique

Reply

azman February 10, 2013 at 10:03 pm

Aku selalu buat dan tak ada niat apa2,sekadar amalan lepas sholat.

Reply

hairulafiz February 11, 2013 at 2:23 am

memang kena tau ni, kalau tak sampai bila2 tak taukan..
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Selamat Tahun Baru Cina 2013

Reply

zik February 11, 2013 at 8:04 am

saya tak buat… tapi imam selalu buat…
Baca entri terkini Blogger zik´s: Kos melepas yang perlu kita tahu

Reply

TehR February 11, 2013 at 12:05 pm

apa yang perlu diingat dan faham
solat berakhir dengan salam
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Surat

Reply

suri February 12, 2013 at 1:50 am

mesti tertib tau heeee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Trick Melawan Pelbagai Rasa Di Hati

Reply

suri February 12, 2013 at 1:51 am

kita sering lupa sedangkan itu perkara asas bila ingat lupa tak pasti inilah cara baik bila kita menuntt ilmu
Baca entri terkini Blogger suri´s: Tak Sampai Hati

Reply

Sharafie February 12, 2013 at 11:02 am

perkongsian yang bagus bro..
Baca entri terkini Blogger Sharafie´s: Minum Petang Di Fraser Hill

Reply

pipoq February 13, 2013 at 6:46 am

itu yang ada disebut ‘iman ikutan’..

menarik perkongsian ni..boleh jadi pencerahan untuk yang masih mencari2..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Cek pertama dari Nuffnang

Reply

onlajer February 13, 2013 at 1:55 pm

sememangnya menyapu di dahi tiada dalam rukun sembahyang, tetapi disebabkan kita telah terbiasa dengan itu kita sentiasa melakukannya apabila selesai solat,
Bagus sekali pencerahan ini brother
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Komen 10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

Hamdan February 13, 2013 at 9:15 pm

Terima kasih atas perkongsian yg amat berguna ni…

Reply

hafizmd February 14, 2013 at 3:12 pm

Sama2. Jom pakat perbaikinya

Reply

hanafi abdullah February 14, 2013 at 7:49 am

saya buat kerana sudah terbiasa …dan sedikit jahil..
Baca entri terkini Blogger hanafi abdullah´s: Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Reply

hafizmd February 14, 2013 at 3:09 pm

Sama2 kita perbaiki mutu solat kita…ameen

Reply

Ladfe Amir February 14, 2013 at 1:20 pm

memang sudah jadi kebiasan. tetapi tiada msalah utk tinggalkannya
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Wordless Wednesday (Bee N Flower)

Reply

hafizmd February 14, 2013 at 1:44 pm

Itulah. Ambe pun dah biasa, bila dah tau, kenalah buat ikut yg mana lebih afdal

Reply

fareast ibnu din February 15, 2013 at 1:03 pm

lama juga cari pasal benda ni..syukran tuan bagi pencerahan..berkat jumaat..

Reply

hafizmd February 17, 2013 at 1:41 pm

Alhamdulillah..sama2 kita perbaiki solat kita

Reply

Katak Comel February 15, 2013 at 8:04 pm

info yg menarik..
sapu dahi lps beri salam tu mmg sunat..
Baca entri terkini Blogger Katak Comel´s: GEMPAR!!! KERANA POLITIK, KALIMAH ALLAH DILETAK DI LONGKANG

Reply

hafizmd February 17, 2013 at 1:18 pm

Moga ada kebaikan drinya

Reply

Hafizul February 16, 2013 at 2:36 am

Terima kasih kerana menghadiahkan artikel ni untuk santapan pembaca..dapat juga sedikit ilmu..terima kasih bro..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Amanah Dalam Kehidupan Seharian

Reply

hafizmd February 17, 2013 at 11:27 am

Sama sama kita perbaiki..ameen

Reply

fiezaradzi February 18, 2013 at 1:42 pm

terima kasih atas perkongsian ini. ada yang tidak tahu, perlu buat lepas apa lepas ni..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Dunia Tanpa Sempadan

Reply

hafizmd February 19, 2013 at 11:05 am

Terima kasih kembali. Ambe berkongsi mana yg sempat ambe belajar =)

Reply

topijerami90 February 18, 2013 at 5:41 pm

memang banyak perbuatan zaman sekarang tak sama macam Nabi ajar
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS

Reply

hafizmd February 19, 2013 at 11:05 am

Itu yg nak kena belajar tu. Moga kita dalam rahmat dan barakah Allah jua

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: