Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam?

Assalamua’laikum.

Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam? Ok. Faktanya ialah menyapu dahi bukanlah 13 rukun solat. Itu pasti. Persoalannya ialah ada tak kita terfikir kenapa kita sapu dahi dan hidung (kadang-kadang ada yang sapu dari belakang leher, naik ke rambut terus sampai ke dagu sekali) selepas selesai memberi salam? Apakah cukup sekadar kita beramal ikut-ikutan? Saya kongsikan serba sikit tentang menyapu dahi dan hidung selepas salam dalam solat kita. Moga ada manfaat. Ameen.

Sebelum kita bicara soal sapu dahi dan hidung, apa kata kita perkemas 13 rukun solat. Sama-sama kita perbaiki mutu solat kita.

13 Rukun Solat (Menurut Mazhab Shafi’i)

  1. Niat
  2. Takbiratulihram
  3. Berdiri tegak (bagi yang boleh berdiri) untuk solat fardhu. Jika tak boleh berdiri, boleh duduk, baring, terlentang, isyarat dan lain-lain. Katakan kalau kita uzur, tak boleh nak turun sujud@duduk antara dua sujud maka hendaklah kita berdiri tegak pada permulaan solat. Lepas tu bolehlah duduk atas kerusi. Maksudnya wajib untuk berdiri tegak dipermulaan solat selagi kita boleh berdiri.
  4. Baca al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan tamakninah (berhenti sekejap sekadar bacaan Subhanallah – adalah dalam 2-3 saat).
  6. Iktidal dengan tamakninah
  7. Sujud 2 kali dengan tamakninah
  8. Duduk antara 2 sujud dengan tamakninah (Boleh baca entri INI)
  9. Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah
  10. Baca tasyahud akhir
  11. Baca selawat Nabi dalam tasyahud akhir
  12. Baca salam pertama
  13. Tertib (maksudnya ikut aturan di atas)

Menyapu dahi dan hidung selepas salam

1. Ada satu hadith Riwayat al-Bukhari yang bermaksud, “Aku melihat Rasulullah s.a.w. sujud di atas air dan tanah, sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya.”

2. Bersandarkan hadith di atas, ada 2 kefahaman yang boleh kita ambil tentang menyapu dahi dan hidung iaitu;

  • Nabi s.a.w. tak sapu pun dahi Baginda semasa solat walaupun ada kesar tanah dan air.
  • Nabi s.a.w. juga tak disebut menyapu dahi Baginda selepas solat. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Shafi’i menyebut tentangnya iaitu jika Nabi s.a.w. ada melakukannya (sapu kesan debu dan tanah di dahi Baginda), ia dikira termasuk dalam perkara semulajadi manusia dan bukannya amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

3. Namun ada 1 hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Ibn Suni dan Abu Nuaim yang bermaksud, “Rasulullah s.a.w. apabila selesai daripada solatnya maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa: Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan.”

4. Kesimpulan tentang menyapu dahi dan hidung selepas solat;

Jika kita nak juga beramal dengan berpandukan hadith dalam point #3,

  1. Seeloknya menyapu dahi dengan tangan kanan (memang biasanya begitu) dan dibaca doa “Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn”
  2. Tak beriktikad (yakin sebenar yakin) bahawa amalan ini adalah sunnah Nabi s.a.w., kerana disiplin dalam memakai hadith daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
  3. Tak beriktikad bahawa amalan ni akan membawa kebaikan dalam bentuk pahala, kerana kebaikan dalam bentuk pahala atau kerohanian hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadith sahih atau hasan. Kalau ianya datang daripada hadith daif, kita hanya boleh berharap, moga-moga ada sesuatu kebaikan daripadanya.
  4. Tidak sesekali menjadikannya setanding seperti ibadah khusus. Jelas sekali, ianya adalah terasing daripada pergerakan asal solat.
  5. Senang cerita, ianya adalah pergerakan luar solat. Wallahua’lam.

Moga jelas dan terang. InshaaAllah. Ramai juga yang kata perlakuan ini bida’ah dan sebagainya. Berlapang dadalah dan sama-sama kita mengharapkan Allah menerima ibadah solat kita.

@hafizmd – Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam? Berpuluh kali ambe baca tentang ni, moga memberi kita sedikit pencerahan tentang apa yang kita selalu buat setiap waktu. Yang baik itu daripada Allah jua, segala yang kurang dan buruk itu adalah daripada ambe jua.

32 comments

  1. sejak mula bersekolah saya tak pernah amalkan sapu dahi dan muka selepas salam… rasanya jarang sekali perempuan lakukan amalan ni, sebab saya tengok kengkawan pun tak pernah buat.

  2. sememangnya menyapu di dahi tiada dalam rukun sembahyang, tetapi disebabkan kita telah terbiasa dengan itu kita sentiasa melakukannya apabila selesai solat,
    Bagus sekali pencerahan ini brother

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *