Assalamua’laikum.
Sempurnakah cara duduk antara dua sujud kita setiap kali kita bersolat? Sempena tahun baru Hijriah dan Masihi yang baru menjengah kita, elok sangatlah kita sama-sama perbaiki mutu tahap kesempurnaan Solat kita sebagaimana satu riwayat al-Bukhari, “Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.” Kualiti solat yang ditingkatkan, inshaaAllah mampu menjadikan kita sebenar-benar manusia! Ambe kongsikan serba sedikit hasil pembacaan ambe untuk peringatan diri sendiri dan rakan semua tentang cara duduk antara dua sujud.
Cara Duduk Antara Dua Sujud
1. Cara duduk antara dua sujud yang disaran ialah duduk cara “iftirasy”. Bagaimana cara duduk “iftirasy”?
- Maksud duduk cara “iftirasy” ialah tapak kaki kiri diduduki oleh punggung kiri, dan
- Tapak kaki kanan ditegakkan 90darjah, dengan hujung jari kaki kita menghadap kiblat.
- Sahih Bukhari ada sebut tentang ini, “Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat, maka duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.”
- Gambar di atas mungkin juga belum sempurna. Ambe juga dalam proses menyempurnakan mutu Solat ambe. Harap mendapat keampunan Allah jua. Ameen.
2. Cara duduk antara dua sujud yang ditegah Nabi Muhammad SAW iaitu duduk cara “al-iq’a” iaitu;
- Meletakkan kedua papan punggung atas lantai dan menegakkan kaki
- Imam al-Nawawi menjelaskan, cara duduk “al-iq’a” ini ada dua jenis iaitu jenis duduk yang ditegah dan yang harus iaitu;
- i. Cara duduk antara dua sujud yang ditegah ialah kita letakkan papan punggung kita atas tanah dan tangan juga atas tanah.
- ii. Cara duduk antara dua sujud yang diharuskan ialah kita letakkan kedua papan punggung kita atas tumit semasa duduk.
3. Kedudukan tangan semasa duduk antara dua sujud.
- Kedua tapak tangan diletak atas paha. Malah Nabi Muhammad SAW juga meletakkan sikunya atas paha sambil hujung jari-jari Nabi memegang hujung lutut seolah-olah menggenggamnya.
- Kedudukan jari ketika duduk antara dua sujud ialah dirapatkan (tidaklah direnggangkan).
Inilah sekadar pencerahan buat diri ambe dan rakan semua. Eloklah kita mengaji dan menuntut dengan Ustaz Ustazah. Elok juga kalau dibeli sebarang buku panduan solat seperti buku ini yang menjadi rujukan entri ini, Formula Solat Sempurna karangan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR). Semoga usaha kita memperbaiki mutu solat dipermudahkan Allah dan mendapat keampunan jua atas sebarang kesilapan dan kekurangan.
Wallahua’lam.
@hafizmd – Cara duduk antara dua sujud. Banyak lagi yang nak diperbetul solat ambe ni. Soalan pertama di sana nanti ialat SOLAT!
Bacaan Tambahan...



{ 63 comments… read them below or add one }
Masih ramai lagi yang buat kesilapan tentang duduk antara 2 sujud.
Masih boleh dimaafkan kepada mereka yang mempunyai masalah
kaki seperti tidak boleh melipat kerana kecederaan dan sebagainya..
Nice sharing here brother
Baca entri terkini Blogger nurmisnan´s: Wordless Wednesday #68
benar tu kita mesti perasan kan hee…klu terlajak buat jgn ulang lagi hua…mash ada masa lgi ank baiki
@suri, sama2 kita perbaiki mutu solat kita…ameen
Betul tu Sis. Mana2 yg upaya, wajarlah perbaiki utk sempurnakannya…
Terima kasih kembali =)
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Wordless Wednesday #31 Laksam Sebenar!
penjelasan yg sangat jelas. semoga dpt beri pedoman kepada semua muslimin dan muslimat. thanks 4 sharing
Baca entri terkini Blogger sha´s: Selamat Hari Jadi Abah
Itulah harapannya…ameen
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam?
insyaAllah sama2 kita sempurnakan solat kita sebaik-baiknya.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Social Media Awards 2013 pengundian bermula
InshaaAllah..sama2 kita perbaiki..
terima kasih pengongsian ni bro.
memang betul, kita dah solat sejak kecil lagi tapi yang salah tetap akan jadi kesalahan. dan bila tidak diperbetulkan ianya akan menjadi kesalahan yg bertambah besar
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Tip Nuffnang Untuk Dapatkan Iklan Kempen CPUV Buffered Earning
Alhamdulillah.
Itu yg kita nak kena ubah…inshaaAllah
sebuah perkongsian yg menarik
Baca entri terkini Blogger Juan´s: Resepi Ayam Percik dari Ayamas
Alhamdulillah
terima kasih atas perkongsian ini..akan dipraktikkan nanti..In Syaa Allah..
Baca entri terkini Blogger sharafie´s: Blog AutoPilot Punya Kisah
InshaaAllah. Sama2 kita buat
yap. memang kena tegur budak-budak sekolah sejak dari awal lagi. kalau tak, diorang dah terbiasa pula nanti.
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: Bayaran komisen ke 9 dari Jobdirumah.com
Elok sangatlah…mmg waktu sesuai nak didik depa ni
perkongsian yg bagus ni..
Alhamdulillah. Moga ada kebaikan bersama
perkara yg kita dah biasa buat, agak susah nak perbaiki. tp tak salah utk perbaiki ke arah yg lebih baik. kerana org menegur tu lebih baik
Baca entri terkini Blogger nazra´s: Boleh ke sakit lutut sembuh dengan hanya makan vitamin?
Betul jugak tu. Sama2 kena berubah.
terima kasih
moga2 solat kita menjadi lebih sempurna dan diterima
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Siri Bercakap Dengan Ayah | Bau Badan Lelaki
harap begitulah bro. sy terkadang masih selak lagi bacaan solat maklumlah bila nak cpt mestia da terabur..jom cek sama2
@suri, sama2 perbaiki…ameen
@cikgu, inshaaAllah. Itu yg terbaik. ameen
Salam hormat..
Terimakasih banyak sebab berkongsi ilmu, pasti rata-rata ada yang kurang tahu…Sebaik-baiknya perbetulkanlah solat kita kerana solat itu tiang agama.
Semoga ‘ibadah solat yang kita perform menjadi sesempurna mungkin dan diterima Allah swt…amin..
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Siapa Itu Ya..
As salam Kak Ummi,
Tiang mestilah teguh. Itu yg penting. Inilah bahan binaannya…ameen
satu lagi kitab yang disyor kan kitab minyatul musoli, tapi kitab seperti ini mesti belajar dengan berguru
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Tahun Baru Muka Baru
Kitab yg ni mmg kena mengadap tok guru..bagus jugak ni…terima kasih bro!
bagus entry nih…semoga solat kita semua diterima Allah SWT…amin…
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Cara Tidurkan Anak
Alhamdulillah. Sama2 kita perbaiki
Ameen. mudah-mudahan
yap..memang ramai gak yang salah..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Cara blogger otai buat duit dengan blog?
Sama2 kita saling perbetul dan menegur
Perkongsian yang berguna bro, semoga ramai yang mendapat manfaat dari artikel ini =D
Baca entri terkini Blogger donnyien´s: Pohon persahabatan dan semangat baru
Perbaiki diri masing-masing..moga ada kebaikan
kadang2 kita tak tahu.. jadi, artikel ni bagus..
terima kasih dgn perkongsian ini bro
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: Advertorial Di Blog SpudinPunya.Com
Alhamdulillah. Moga ada kebaikan utk kita perbaiki cara duduk antara dua sujud kita
Yang mana boleh buat, kena buat. Melainkan yg ada kecederaan. Moga solat kita sempurna.
Baca entri terkini Blogger effort lab´s: Ninja Terakhir di Jepun [4 gambar]
Itu yg seeloknya. Mencuba sampai berjaya
terima kasih atas perkongsian ini, tak ada lah sia-sia
Baca entri terkini Blogger nazray´s: Codecademy | Laman interaktif untuk belajar HTML, Programming dan API.
Alhamdulillah. Moga ada kebaikan
terima ksosih, sama2 kita perbaiki solat kita.
Baca entri terkini Blogger qadar´s: Berkatnya Hari Jumaat Ini
Sama2 kita perbaiki…inshaaAllah
masa saya mula2 dua antara dua sujud dgn cara tu. lenguh dan sakit juga kaki.. tapi lama2 ok…
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: 7 Azam Tahun Baru 2013 Saya
Mmg mula2 rasa lenguh dan sakit, tp kena jugak buat demi kesempurnaan solat…alhamdulillah
Terima kasih perkongsian cara beribadat yang sempurna.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Ambil berat untuk berkongsi PRUkasih
Terima kasih kembali. Sekadar pencerahan bersama
alhamdulillah…perkongsian yg menarik
Baca entri terkini Blogger chii´s: Selamat Tahun Baru 2013
setiap lengkok tubuh mmbawa maksud berbeza ia buat kita rasa takjub sungguh pada “solat 5 hari semalam”
@suri,itulah rahsia yg Allah simpan utk kita hayati
Terima kasih kembali
bayangkanlah solat kita selama bertahun2 kita kerjakan tapi tak diterima ALLAH hanya kerana tiada kesempurnaan solat..
bicara bab solat ni memang panjang kupasannya dan perlu kita ambik berat sepanjang hayat.
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Bakor Yeop Bakor !!
Itulah. Takut juga tak sempurna. Jadi, nak tak nak, kenalah majukan diri
best best! nanti kongsikan pula tips2 solat yang lain
InshaaAllah…akan ada lagi tips2 solat yg lain =)
byk salah sama2 dibaiki. terima ksh utk ingatan sy sering kali lupa
Terima kasih kembali…sama2 kita perbaiki…
bila solat terlalu cepat kejar amsa itu init ulah jadinya semua tunggang langgan huu…
Itu jugak salah satu rahsia utk khusyuk dalam solat…solat diawal waktu =)
yang tak mampu (sakit), jangan dipaksa untuk duduk seperti itu. Ramai orang tua yang tak mampu buat kaki 90 darjah.
Baca entri terkini Blogger Man´s: Beli Kamera Canon 5D Mark III, Tapi Dapat Kayu Lantai
Kena usaha sekadar mampu =)
saya alhamdulillah..walaupun tak sempurna atas sebab urat terik, masih boleh membelokkan jari kaki..cuma tak rapat..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013
Sama2 kita cuba utk tegakkan kaki supaya jari2 kaki kita mengadap kiblat
{ 1 trackback }