Jambu!

Assalamua’laikum.

Mengatasi dan menghilangkan bau badan,sembelit cirit biritKali ni ambe nak cerita pasal jambu. Iye, jambu. Bukan pasal mamat jambulah maharaja lawak Jambu! Korang ni. Tengok banyak sangat cerita Korea, taulah nak perasan muda…hahaha. Sebenarnya nak cerita pasal khasiat daun jambu batu. Kenal tak jambu batu? Dengar ceritanya, ada yang takut nak makan jambu batu, takut biji jambu batu tak keluar masa uuuk uuukk, lekat dalam perut dan dapat sakit appendik. Betul tak?

Ambe masih tak tahu ini sekadar mitos atau fakta. Ambe ni antara pencinta jambu batu sejak kecil. Boleh siap lepak atas pokok jambu batu sambil makan jambu (tapi taklah power macam kera belaan Pak Din Bolognese…korang jangan salah faham!). Baiklah, apa khasiat daun jambu batu?

Khasiat #1 Daun Jambu Batu

  • Daun jambu batu ni boleh menghilangkan dan mengatasi bau peluh korang. Biasalah, mesti dah kerja bagai nak rak, berhimpit dalam bas, bergerak sana-sini, kejar anak murid. Semua ni menyebabkan badan kita berpeluh dan kadang-kadang ada bau yang kurang enak.
  • Cara untuk mengatasi dan menghilangkan bau badan ni mudah saja. Ambil beberapa helai daun jambu batu, tumbuk (sila guna lesung atau blender rumah tu) dan campur dengan perahan limau nipis.
  • Bila dah siap campur, korang tenyehlah campuran tadi kat kawasan badan yang dirasakan sesuai untuk ditenyeh dan digosok. Pandai-pandailah tenyeh kat mana yang patut yer. Takkan itupun ambe nak cerita! hohohoho
  • Kalau tak sampai nak tenyeh kat belakang korang, silalah mintak tolong isteri tersayang gosokkan yer. Takde isteri lagi? Rugi korang! Mintak tolong dengan kucing koranglah jawabnya….
  • Dah siap tenyeh, jangan lupa bilas. Nanti ada semut hurung ingat korang ni “air limau suam” pulak…hehehe
  • Boleh diulang khasiat jambu batu ni untuk mengatasi dan menghilangkan bau badan korang.

Khasiat #2 Daun Jambu Batu

  • Buat skrub muka.
  • Caranyapun mudah saja. Ambil 10 helai daun jambu batu yang muda. Bacalah selawat sikit.
  • Tumbuk sampai lumat dan gosok atau tenyeh kat muka korang perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat, nanti habis rosak sel-sel muka!
  • Jangan lupa, basahkan dulu muka korang sebelum proses menenyeh. Tak pasal-pasal nanti calar-balar…
  • Biarkan skrub daun jambu batu tadi kat muka korang dalam 2-3 minit.
  • Lepas tu bilas bersih-bersih. Kalau ok, bolehlah amalkan 2 kali seminggu.

Khasiat #3 Daun Jambu Batu

  1. Ubat sakit perut, sembelit dan cirit yang ringan.
  2. Caranya mudah saja. Ambil beberapa 3 helai daun jambu batu yang muda
  3. Basuh cuci-cuci, baca selawat, dan terus kunyah daun jambu batu tadi.
  4. InshaaAllah, masalah perut seperti cirit birit yang ringan dapat diatasi.

Kalau korang ada lagi petua berkaitan petua mengatasi dan menghilangkan bau badan serta yang seangkatan dengannya, silalah jangan malu segan untuk berkongsi. Itulah saja petua Pak Din Bolognese kali ni. Siapa dia Pak Din ni? Korang boleh baca beberapa entri berkaitan Pak Din di bawah ini;

  1. Siapa dia Pak Din Bolognese?
  2. Misteri Kebun Pak Din!
  3. Pak Din & Lelaki Menopaus?
  4. Pak Din Menang iPhone 5 ?

@hafizmd – Oh! Daun jambu batu! Mengatasi dan menghilangkan bau badan. Pening kalau bersesak dalam bas…

Sumber petua: Pengalaman sendiri & bacaan di Mingguan Wanita bil 1172 & Sumber gambar: Wikipedia