Apr 26, 2011

Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…

Bahagian 1 – Pak Din Bolognese

(Ada teka-teki dihujung entri dan hadiahnya 1 USD terus ke Paypal)

************************************

Pak Din yang tertidur semasa leka menulis senarai panjang buah-buahan yang ditanam dikebunnya, kini semakin jelas tentang mimpi “….kita bako, kita bako…”.

Apa yang jelas dalam mimpinya sepanjang 20 minit itu, Pak Din pasti yang semua pokok buah dikebunnya habis hangus musnah dijilat api.

Pak Din sedar dari tidurnya bila kedengaran sayup-sayup laungan azan Maghrib. Pak Din bingkas bangun, membersihkan diri dan menunaikan kewajipan seorang hamba kepada Yang Maha Pemilik langit dan bumi serta segala isinya.

Usai segala kewajipan dan makan malam, Pak Din teringat pesan arwah bininya “Abe Din, dok molek tido dekat-dekat Maghrib ning, kang mule mimpi pelik-pelik kekgi…” (terjemahan: “Abang Din, tak elok tidur waktu dah nak Maghrib ni, nanti mulalah mimpi yang pelik-pelik…”

Pak Din memang cukup ingat pesan arwah isterinya ini. Teringat mimpinya petang tadi, Pak Din rasa gusar dan tak sedap hati. Kalau diikutkan, mahu saja dia meredah gelap malam untuk ke kebunnya. Memikirkan banyak kali juga dia terdengar ngauman pak belang, kecut juga hati jantan Pak Din.

“Dakpe ah…esok jerlah aku gi kebong…lagi pong, malang dok ohh lalu doh ning…” (terjemahan: “Tak mengapalah, lagipun dah malam sangat ni, esok saja aku ke kebun…” )

Kali ini, Pak Din tidur nyenyak tanpa gangguan mimpi ngeri lagi. Pagi-pagi lagi Pak Din sudah tercongok depan kebunnya. Pak Din keras membatu, terdiam seribu bahasa, kaku tak bergerak. Luluh hati Pak Din…

Kali ini, kebunnya benar-benar hangus musnah. Pak Din hanya mampu mengucap panjang. Redha dengan apa yang berlaku. Mimpi melihat kelibat manusia membakar kebunnya kembali berpusing-pusing dalam benaknya.

“Aku redho Ya Allah, aku tahu, baru sikit cubaangMu…aku redho Ya Allah..” (terjemahan: Aku redha Ya Allah, aku tahu, cubaan ini hanya kecil saja, aku redha Ya Allah..”).

Dalam Pak Din mengais-ngais sisa hasil kebunnya yang masih berbekas, Pak Din hairan kerana ada beberapa jenis buah yang selamat, tapi Pak Din sendiri tak tahu buah apa.

Maka, Pak Din berniat untuk memberi ganjaran USD 1.00 kepada sesiapa saja yang berjaya membongkar apakah buah-buahan yang terselamat dalam kebakaran itu (Pak Din biasa guna Paypal untuk urusan jual beli antarabangsa… :D )

Soalannya:

1. Apakah buah-buahan yang terselamat dalam kebakaran itu?

2. Beri sebab untuk jawapan anda kepada soalan 1.

® hafizmd – cepat, Pak Din tunggu sampai hujung bulan April, jawapan yang paling tepat, Pak Din kasi USD 1 terus ke akaun Paypal anda! (kalau takde akaun, jawab dulu soalan, nanti boleh buka kemudian yer….)

p/s- kaum kerabat tak boleh masuk yer…harap maklum…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

75 komen setakat ini

  • ala, baru je dok memikir dah tulis jawapan.. saya termasuk dlm kategori kaum kerabat ek..?hehehe
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Cara Menggunakan Nursing Cover

    • @fiezaradzi, hehe…nasib baik dah tulis tak boleh…keh3 :D
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…

      • @hafizmd, tu ke kaum kerabatnya heee… sabau jelh..

        • @suri : hahahaha…. nasib bEe pun tak menulis jwpn lagi. hihi
          @hafizmohd : agak2 bEe ni tergolong dlm kaum kerabat tak? wakakaka

          • hehe…mungkin sama tapi apa2 pun…kita tunggu siapa yg bakal dapat usd 1 ni… :D

            bee sudah pasti bukan kaum kerabat..kalau yer, mmg tak kasi join punyelah…hehhe

            pssst…ingat siapa tadi, rupanya bee juga ni…(name takde kat sini…)

          • @hafizmd, lah.Rupa-rupanya nak buat kuiz.Tapi dahsyat pak din ni ye.Pandai guna paypal.
            Blogger Kidney Expert´s berkongsi entri terkininya ..Cellfood-Suplemen Terbaik

          • hehe…saja kasi panjang cerita…kalau nak bagi terus..nampak sangat.. :D

            pssst…pak din mmg ade klass gitu…keh3

          • @hafizmd, org rumah bro ar tu tak blh joint heee

          • yup…sbb si dia dahpun kena teka ngn teka teki ni dulu…hehhee

        • sabau jerlah…hehehehe

          • @hafizmd, bro,boleh tak bagi tutorial macam mana nak letakkan iklan google dalam bahasa melayu.

          • bro KE, cara nak letak kod adsense ni ke? ke macam mana? maaf yer, kurang jelas nie.. :D

  • buah guli kot… hehehe
    Blogger nizam´s berkongsi entri terkininya ..Kisah Cinta Komedi Filem Cun

  • Jawapannya adalah , jeng .. jejangggg ! … emmm ….

    1. Ubi Kayu
    2. Ubi Keledek
    3. Kacang Tanah

    alasannya : – sebab semua buah2 tu berada dalam tanah.
    Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7M

  • Kau ni saja Buat kepala aku makin sarat la Fiz hahaha :D
    mana ni…. takmuncul pun idea nak jawab ni :D
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Pelajar Obesiti – 15 jenis makanan larangan di sekolah

  • macam betul je jawapan bro benjy tu..argh..fikir lagi..mana tau ada twist

  • kalau ikutkan..ini mcm style teka teki yg famous tu..

    buah-buahan yg mungkin selamat:

    buah cempedak di luar pagar
    buah keranji dalam perahu
    pisang emas di bawa berlayar

    tapi semua tu tak logik..sebab kebun pak din takde pagar dan pak din menyedari buah yg selamat tu bila kais sisa kebunnya..

    apa ye..
    Blogger tengkorak emas´s berkongsi entri terkininya ..Design Exhibition Part 15 Glory Movie Poster

    • @tengkorak emas, erm…ada logiknya juga tuh…hehehe…kita tunggu dulu 31 april ni…kita tgk sapa yg dapat usd 1 tuh…hehe
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…

      • @hafizmd : hahahaha…………… Logik dah tu jwpn TE tu :-)

        • mmg ada logiknya….tp betul ke apa yg pak din nak?? :D

  • labu air
    payah nak terbakar sebab banyak air
    hehe
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Tinggi Dan Berat Badan Ideal

  • Ni jawabnya bro.
    1. Buah hati pak din

    Sebab : Buah hati pak din memang tak ada di kebun tu. Dia ada di rumah mak dia.

    Betul tak.

  • sudah nampak bayang2nye…hehe…

    apa2pun, aku akan umum pemenangnya pada 31 April 2011…jadi, masih terbuka utk sebarang jawapan…kalau ada yg jawab sama, aku akan cabut undi daa…

    sekian dari aku (wakil Pak Din…keh keh keh)

  • teka teki la plakkkkk…hehehehe…buah apa erk??Hmm……aku maleh sungguh nak berteka2 ni..huhuhu..buah gui jer lah aku kasi jawapan.wakaka

    • sekali sekala nak kasih hadiah…nak kasi usd pertama dari internet utk kawan2 :D

  • blh sambung entri yang kedua..dok cari pengganti plk heee

    • hehe….habis di sini saja cerita ni…keh3

  • buah kelapa kee..

    mungkin juga ubi kayu, ubi keledek tu..

    sobab dema duduk diam dlm tanah..klu der kena bako kompom ubi blh mkn heee..keledek blh goreng atas api heee..

    lalaaa.. lari!!! jwpnku kompom salah

    • @suri : betul juga tu. ubi kayu dgn ubi keledek mmg confirm tak terbakar selain buah2an yg dibawa belayar! Tp jwpn bEe tetap buah yg dibawa oleh kapal nak menjual kat tmpt lain. hehe
      Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Aku Mencari 1-111

      • betul ke? hehe…tunggu 31hb ni…

        bawak belayar ek…dah hampir dah tuh.. :D

    • secara logiknya…betul dah tuh…tp betul ke buah2 ni yg pak din sedang cari???

      tungguuu!!! hehehe

  • sy rasa jawapannya ini:

    buah cempedak di luar pagar
    buah keranji dalam perahu
    pisang emas di bawa berlayar

    huhu

    • @adele,

      saya pun nak jawab tu td..potong line betul la ..hehehe :)

      • sama aje jwpn kita… muahahaha
        Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Aku Mencari 1-111

        • kita tgk sapa yg kena!!!

      • hehe…takpe2…potong-memotogn dibenarkan dalam ini contest :D

    • kalau adele rase yg ni…..jeng jeng jeng….

      tunggu akhir bulan daaa :D

      • @hafizmd, rasanya jwpn dila yg tepat heee

        • jawapan sesiapa saja sekarang akan jadi tepat…tp belum tentu betul…keh3

  • buah hati….. :)

    • hehe…buah hati pak din dah lama “tinggalkan” dia…huhhu

  • Buah durian kot ,kulitnye tebal he3
    Blogger Razlan´s berkongsi entri terkininya ..Contoh resume juruteknik komputer

    • buah durian ek…rasanya….ermmmmm :D

  • Jawapannya ialah jeng jeng jeng …………..

    Buah yg dlm kapal lepastu dibawa kapal utk dijual ke tempat lain. Ekekekeke (sama jer jwpn mcm)

    buah cempedak di luar pagar
    buah keranji dalam perahu
    pisang emas di bawa berlayar
    Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Aku Mencari 1-111

    • Buah2han yg dibawa oleh kapal utk dijual adalah jwpn plg tepat. Hahaha!!! Cuba pikir, kebun dah terbakar duit pun dah tak tahu mana nak korek. Pastu kalau setakat buah yg dibawa belayar tapi tak dijual takde duit utk menampung kehidupan….. dahlah bininye da meninggalkan dunia… sian pakcik

      hahahah (merapu dah pulak)
      Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Aku Mencari 1-111

      • hehe..tepat mmg tepat…tp belum tentu betul tuh…hehehe :D

        mmg kesian ngn pakcik din ni…tp dia tetap steady jer…

    • hehe….suspen betul ni…

      ramai juga yg jwab hanpir sama….kita tunggu…milik siapa usd 1 ni…hehe

  • Salam. Alamak, semua dah beri jawapan masing2. mekar dok baca jawapan orang jer. untung sape jadi pengomen terhujung nnti kan!
    Blogger MEKAR´s berkongsi entri terkininya ..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

    • As salam,
      Takpe Mekar, ada peluang lagi…jadi yg akhirpun belum tentu menang..sbb Pak Din yg akan pilih nanti..sape yg paling tepat…kalau seri…kira undilah… :D

  • pak din sendiri pun tak tahu buah apa yang selamat tu.
    mungkin buah tu dah berubah rupa. Jawapan mekar : durian la sebab kulitnya keras. kalu terbakar pun, setakat hitam di luarnya. isinya hangit kot
    Blogger MEKAR´s berkongsi entri terkininya ..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

    • @MEKAR, haa buah durin mmg bet klu bt makn or buat pengat heeee

      • pengat durian ek..sedap juga tuh…betul??? tunggu…

    • itu yg pak din mintak tolong ni…hehee

      kalau durian, terus jadi durian hangit…hohohoho

  • ha cam ner nak bubuh iklah kod adsense tu hee.. ke kena pr tinggi jer blh dpt kod tu hee…

    er..salah komen no heee..harap ia tak spam heeee

    • tak spamlah… :D

      adsense ni kita kena apply dgn google…pr tak kisah…yg penting, kene apply dulu..masa saya apply dulu, guna blog BI…cikai2 jer..alhamdulillah..lulus :D

  • ker yg dibawa hnya buah hati…hati dlm badan jer ar..sb kasih bini dah pergi adeiii

    • kalau metaforanya..betul juga…tp …

  • Nampaknya ramai yang sudah memberi jawapan walaupun tidak sempat saya ingin cuba.

    Pisang emas dan buah cempedak diluar pagar

  • apa jwpannya bro ngheeeee

    • hehe…tunggu petang ni….dah ada pemenang dah…. :D

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri