Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…

Bahagian 1 – Pak Din Bolognese

(Ada teka-teki dihujung entri dan hadiahnya 1 USD terus ke Paypal)

************************************

Pak Din yang tertidur semasa leka menulis senarai panjang buah-buahan yang ditanam dikebunnya, kini semakin jelas tentang mimpi “….kita bako, kita bako…”.

Apa yang jelas dalam mimpinya sepanjang 20 minit itu, Pak Din pasti yang semua pokok buah dikebunnya habis hangus musnah dijilat api.

Pak Din sedar dari tidurnya bila kedengaran sayup-sayup laungan azan Maghrib. Pak Din bingkas bangun, membersihkan diri dan menunaikan kewajipan seorang hamba kepada Yang Maha Pemilik langit dan bumi serta segala isinya.

Usai segala kewajipan dan makan malam, Pak Din teringat pesan arwah bininya “Abe Din, dok molek tido dekat-dekat Maghrib ning, kang mule mimpi pelik-pelik kekgi…” (terjemahan: “Abang Din, tak elok tidur waktu dah nak Maghrib ni, nanti mulalah mimpi yang pelik-pelik…”

Pak Din memang cukup ingat pesan arwah isterinya ini. Teringat mimpinya petang tadi, Pak Din rasa gusar dan tak sedap hati. Kalau diikutkan, mahu saja dia meredah gelap malam untuk ke kebunnya. Memikirkan banyak kali juga dia terdengar ngauman pak belang, kecut juga hati jantan Pak Din.

“Dakpe ah…esok jerlah aku gi kebong…lagi pong, malang dok ohh lalu doh ning…” (terjemahan: “Tak mengapalah, lagipun dah malam sangat ni, esok saja aku ke kebun…” )

Kali ini, Pak Din tidur nyenyak tanpa gangguan mimpi ngeri lagi. Pagi-pagi lagi Pak Din sudah tercongok depan kebunnya. Pak Din keras membatu, terdiam seribu bahasa, kaku tak bergerak. Luluh hati Pak Din…

Kali ini, kebunnya benar-benar hangus musnah. Pak Din hanya mampu mengucap panjang. Redha dengan apa yang berlaku. Mimpi melihat kelibat manusia membakar kebunnya kembali berpusing-pusing dalam benaknya.

“Aku redho Ya Allah, aku tahu, baru sikit cubaangMu…aku redho Ya Allah..” (terjemahan: Aku redha Ya Allah, aku tahu, cubaan ini hanya kecil saja, aku redha Ya Allah..”).

Dalam Pak Din mengais-ngais sisa hasil kebunnya yang masih berbekas, Pak Din hairan kerana ada beberapa jenis buah yang selamat, tapi Pak Din sendiri tak tahu buah apa.

Maka, Pak Din berniat untuk memberi ganjaran USD 1.00 kepada sesiapa saja yang berjaya membongkar apakah buah-buahan yang terselamat dalam kebakaran itu (Pak Din biasa guna Paypal untuk urusan jual beli antarabangsa… :D)

Soalannya:

1. Apakah buah-buahan yang terselamat dalam kebakaran itu?

2. Beri sebab untuk jawapan anda kepada soalan 1.

® hafizmd – cepat, Pak Din tunggu sampai hujung bulan April, jawapan yang paling tepat, Pak Din kasi USD 1 terus ke akaun Paypal anda! (kalau takde akaun, jawab dulu soalan, nanti boleh buka kemudian yer….)

p/s- kaum kerabat tak boleh masuk yer…harap maklum…hehehe