Apa ‘pekdah’nya serbu penjaja jajan?
Nak 1 USD? Jawab teka-teki di SINI
Nota: Jajan? Tiada istilah jajan yang bermaksud makanan ringan, cekedis, twisties, mahupun crontos dalam kamus DBP. Harap maklum.
Alkisah, menu yang sudahpun ditabalkan sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia yakni nasi lemak sudahpun di’warta’kan pengurangan penyediaannya sebanyak 2 kali seminggu. 15 jenis makanan lagi di’haram’kan penjualannya di kantin sekolah Bagi saya, semuanya nampak bersungguh-sungguh nak atasi masalah obesiti ni. Habis persatuan mahupun NGO yang berikan pandangan. Memang begitu mengujakan, tapi kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?
Sedikit kupasan dan penilaian seorang rakyat Malaysia yang tidak obes pada zaman kanak-kanak riang dahulu kala…
Soalan 1: Kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?
Jawapan:
- Mereka yang menjaja tak ada lesen!
- Mereka jual kat tepi jalan – sah-sah bahaya dan sebabkan jalan jadi sesak!
- Mereka jual barang yang asal laku – sudah pasti jajan, air bergas, ada juga yang jual pistol mainan???
- Tahap kebersihan gerai yang diragui – maklumlah, betul-betul tepi jalan…macam-macam bakteria ada…
- Mereka melanggar undang-undang – contohnya Undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 dengan kompaun RM300!
Semua jawapan nampaknya memang kukuh untuk menyerbu penjaja makanan ringan. Tiada masalah.
Soalan 2: Jadi, apa faedahnya serbu penjaja yang menjual diluar kawasan sekolah?
Jawapan:
- Jalanraya lebih tenang dan kurang membahaya untuk anak-anak kita – ok, bagus.
- Kalau nak menjaja, sila ambil lesen dulu! – ok, dapat tambah duit kementerian terlibat.
- Anak-anak sudah hilang punca untuk beli makanan ringan??? – kesan langsung??? —> kurangkan masalah obesiti? mungkinkah kurang? – ermmmm….
Soalan 3: Apakah dengan tiadanya penjaja jajan diluar kawasan sekolah, masalah obesiti akan selesai?
Jawapan aku:
- Selesai untuk jangka masa pendek – tapi biasanya, hangat-hangat tahi ayam saja – penjaja akan datang balik bila tukang serbu tak datang! –
- Selesai untuk jangka masa panjang? Tidak sama sekali selagi;
- Ada iklan makanan ringan di televisyen – tengok iklan crontos yang baru…memang sedap!
- Ada kilang buat makanan ringan – berlambak-lambak kilangnya…
- Ada duit lebih dalam tangan – mak bapak beri banyak sangat ke?
- Ada penjual makanan ringan – dah itu yang senang laku, ada permintaan, adalah barangnya!
Soalan 4: Cara lain nak atasi masalah obesiti?
Jawapan aku:
1. Peranan ibu bapa – Bagaimana?
- Jangan ajar anak-anak sejak kecil lagi makan makanan ringan! Biar ‘kejam’, janji anak-anak sihat.
- Ajar anak-anak menabung – ada duit lebih, sila isi dalam tabung abah.
- Sudah pasti, sama-sama amalkan cara hidup yang sihat! – kena mula kurangkan nasi lemak, teh tarik, roti canai. Banyakkan bersenam, berlari-lari ditaman.
2. Wujudkan sekolah contoh.
- Wujudkan aktiviti yang menyeluruh terutama dalam aspek kesihatan, kebersihan, bersukanย – nak lagi bagus, buat di sekolah yang masalah obesitinya ketara. Boleh guna khidmat graduan berkelulusan Sains Makanan, Dietetik dan lain-lain.
3. Wujudkan zon bebas makanan ringan
- Pilih satu taman@kampung yang layak – pupuk kesedaran ibu bapa, pemimpin setempat – pantau kesihatan penduduknya – jadikan mereka ‘manusia’ contoh hasil gaya hidup yang sihat – lagi syok, beri sikit ganjaran!
4. Peranan masyarakat
- Sokong sebarang usaha yang memberi kebaikan kepada anak-anak kita dengan memberi kerjasama.
Hanya pandangan seorang operator kilang yang ada blog….
ยฎ hafizmd – jadi, ada ‘pekdah’ tak serbu penjaja? memang ada, tapi kesian juga pada mereka yang rata-ratanya orang kita!!!
Langkah yang harus diambil bagi menyelesaikan masalah ini perlu lebih teliti. Apa pun masalah obsetisi dikalangan murid sekolah tentunya bermula di rumah.
@anif, sudah tentu…setuju sangat…semuanya bermula dari rumah… ๐
@anif, Kena buat cara yang sama kerajaan menangani rokok. Gantikan kilang jajan kepada makanan yang yang lebih berkhasiat mcm menggantikan ladang tembakau kepada roselle
kilang jajan…kita gantikan dgn kilang memproses kentang tanpa pengawet…. ๐
kat area maza ramai penjajanya Mat Indon…
jadinya, maza sokong aje, terutama bab kesesakan lalulintas dan kebersihan makanan…
@maza, ooo..klau camtu.elok sangatlah ๐
tapi kat sini, ramai rakyat tempatan…dlm but kereta, motor ubahsuai..semua ada…
bab2 kebersihan…mmg tiada tolak ansur ๐
@maza, Kat dpn sekolah agama dkt umah saya, makcik tu jual air gas kat pondok taman permainan. Elok je dia parking kat situ. tak payah meja tak payah payung. Semua dah siap.
ramai juga gaya camni kat sini…bukak bonet kereta…jual segala mcam…hehe
@maza, saya tak kan beli..klu g org kawin ade jer plk dema jual ais crem.ah ais cream tu gak makanan ringan juga ker? hurm…
yg tak best makan tu..dema kalu buag air kecik sslu kat tope jalan..pastu org nak ais cream dema tak cuci tangan pun,terus cedok ais ceram dgn selamba badak jer heeeee
@suri,
kalau cendol?
hahahha
kalau cendol…bedal sajalah….hehehe
uwekkk….mmg tak yah belilah….kalau nak makan ais krim jugak…beli terus kat giant jer…
aiskrim sekali sekali sedap juga…kena plak perisa coklat….wuuuu
@suri: eeeeeeeee, gelinyerrr…
@maza:cendol??? bayangkan mamak yg buat cendol. hikhik
@hafizmd: wakakakaka…… bEe pun minat eskrim perisa coklat. Yummie~
yekkk…..cendol mamak…eeeee…
pssst…baru beli semalam satu bekas, kasi hadiah utk isteri sempena hari ibu ๐
Peniaga jajan ni macam jugak peniaga di kaki lima. Bila kena serbu, dia lari. Bila penguatkuasa tak ada, dia datang balik. Macam lalat lah. -:)
Kalau untuk kebaikan pelajar-pelajar sekolah, kita pun susah juga nak cakap. Biar nampak menindas peniaga tapi kepentingan yang lebih besar kepada anak-anak kita yang perlu membesar dengan cara yang sihat.
@shamizu, benar sangat…tpi takkan nak harapkan penguatkuasa saja…bertambah beban mereka dgn mcam2 serbuan…
harap, ada jalan yg lebih menyeluruh dan efektif…salah satunya mungkin tutup kedai penjaja tepi jalan…
kalau bab obesiti
aku fikir, mereka tak ambil kajian dengan betul
banyak makanan lain selain dari yang dijual tepi jalan menyebabkan obesiti
payah nak cari udang dalam mi sekarang
kena lihat betul2
@tehr, mungkin ada benarnya tu tehr…byk lagi makanan yg dijual bukan setakat sebabkan obes, malah ada yg diragui halal haramnya…itu lebih merbahaya…
pssst…kalau mee udang..senang nak cari…hehe
@tehr: bEe sokong dgn pernyataan tersebut. Ini isu yg sengaja diwar2kan utk menarik perhatian rakyat utk mengalihkan isu lain (tp isu apakah itu?) ๐
@hafizmd: bab halal & haram tu yg susah sbb bila kita p foodcourt especially kita tak tahu kepunyaan siapakah di gerai terbabit. Kerana, mereka meletakkan wanita bertudung (wanita Indon) di depan tersebut. Maka??? Fikir2kanlah ๐
1. Mungkin ada juga benarnya, tapi saya tetap bersangka baik yg kementerian mmg memandang serius bab obes ni ๐ hhee
2. Betul juga…kadang2, kita jadi keliru…mmg payah nak cari yg benar2 menjaga tertib etika pemakanan Islam kat kedai luar2 ni…
org dikementerian skrg ni dah malas nak buat site survey dan sedikit research…terus je ckp masalah obesiti ni sbb makan nasi lemak disekolah, kelakar betul la
kalau nak kira, pemakanan anak dkt rumah tu yang penting, mak pak dok bagi makan makanan segera dan sbeagainya…
@mijie, Kalau perhatikan ibubapa shopping, sampai 2 troli semuanya makanan segera. Kira makanan ringan tak berkhasiat jugak la tu. Kentang goreng, nugget, ayam goreng, pizza segera, air kotak, bijirin sarapan, mi segera, perencah masakan, minuman ringan semua ada. Nak menitik air mata saya melihatnya. Tak de pun ikan segar ke, sayur ke, beras ke. Agaknya diaorg tak masak ke?
@Norasikin, tu mmg benarnya..tapi klu saya baik lebihkan minum susu jer heee…
makanan segera mmg cpt gemukkan badan..klu tak kwl anak2 akn derita pada amsa akan dtg kelak huuu
Minum air masak banyak2…susupun bagus juga tuh…
Sekaarang, iklan jajan kat tv mmg banyak…jadi kenalah bagitau anak2 apa yg baik, apa yg tak baik…
agaknya….yg tuh, semua dah beli dulu dah…sekali beli brang basah, lain kali beli barang segera….hehe
mungkin ada benarnya…kajian yg diambil kirapun hanyalah 1 saja…
pemakanan & penekanan di rumah yg lebih patut diutamakan..
Saya suka jawapan no.4 kerana pendidikan dan nasihat walaupun agak sukar untuk memastikan keberkesanannya. Setahu saya silibus tahun 2 telah pun dimasukkan mengenai memilih pemakanan yang sihat
alhamdulillah…kalau dah ada…sangatlah terbaik…tinggal ibu bapa teruskan pelaksaan di rumah pula
memang betul bro, budak2 balik sekolah cari jajan, ada permintaan maka adalah barangnya,
dulu ambil adik kadang2 TE pun tumpang sekaki makan aiskrim hehe..
@tengkorak emas, Dulu jajan seciput je. Sekarang ni jajan semua pek besor. Sorang budak pegang 1 bungkus. Dulu beli gula2 sebiji je. Sekarang beli sebotol sampai RM3. Macam mana la tak gemuk
ada benarnye tu…ada mak ayah yg memang suka beli banyak2 terus..sampai sebotol besar…lagi parah, bila tak kawal anak2 makan…mmg gemuklah sudahnya…
itulah kitarannya…masalahnya…budak2 takde yg kawal…jadi senanglah nk beli…tp masalah obes takkan hilang dgn sekadar kita tutup kedai tepi jalan…
sian juga kat penjaja ni sbb sumber pendapatan diorg..tp ada baiknya jgk utk kanak2 yg tidak tahan drpd nak membelinya..
@adele, Nampaknya pembungkus jajan pun kena ada label amaran mcm rokok la jugak. Takpun cuma 18 tahun ke atas je baru boleh beli
hehe….tp kak…kalau ikut tend sekarang…tak jalan juga…letaklah gambar apa sekalipun, hisap tetap hisap! makan tetap makan…sbb dah sebati agaknye….
@adele: ibubapa perlu kawal pemakanan anak2 terutamanya. Bukan guru @ penjual kat kantin sekolah
@Norasikin: hahaha, susah juga nak ada label haram. Sbb mcm iklan rokok pun dah terang lagi bersuluh ada label haram tu. Tp org still beli & hisap sbb sedap kan! ๐
@hafizmd: AGREE!!!!!
1. ibu bapa contoh terbaik…
2. Betul…letaklah gambar apa sekalipun…sama jer… :p
ada pro dan kontranya…tp ada juga dakwaan yg ramai drp mereka ialah warga asing..kalau benar…elok sangatlah..
Wahh ! … bagus juga kalau di serbu penjaja jajan ni … ini bermaksud jawatan penguatkuasa penjaja jajan di sekolah akan di buka di JPA nanti start dari KP 19 ni …. ada ‘chan’ nak aplay jawatan baru ni …. hahahahah (hanya angan2 c b3njy ) … laaa kata serius ! kenalah ada jawatan baru kalau tak jawatan yang ada sekarang ni skop kerja dah bertambah pula gaji tak naik2 juga … penatlah Ooooo ! … kita asyik berkata pasal sekolah kat kilang2 kat JPA kat stesyen2 bas dan seantero malaysia banyak juga di jual tu dan bukan kanak2 sekolah je lebih obisiti … tetapi rakyat malaysia amnya … tak percaya pandang sekeliling kita … kalau tak keterlaluan malaysia bukan contoh baik menagani masalah obisitii … hahahaha
hehe…belum ade lagi jawatan ni benjy…keh3..
mmg ramai yg obes…agaknya lebih 60%?
sama2 kita mulakan cara hidup sihat…kalau tak…camne nak apply jawatan ni?hoooo
Setuju tentang makanan ringan tu,kalau nasi lemak pun da dikira punca obesiti,dah kira rasional la dikategorikan sah-sah makanan ringan tu punca penyakit kronik kanak-kanak
@Razlan, Mari kita senaraikan makanan yang paling menggemukkan. Saya rasa jenis2 nugget mcm fishball atau chicken ball atau meatball dan kentang goreng. Nugget tu lagi tak leh percaya. Jarang jumpa nugget yg 100% daging ayam. Biasanya banyak lemak, kulit dan rawan je
@Norasikin, takut nak makan baik makan ayam kamung terjamin originalnya..dok jugak di suntik botok heee..
hehe…ayam oh ayam…ramai yg suka tp tak ramai yg sanggup tinggalkannya…hehehe
erm…maksudnya, segala makanan yg berlemak tinggi, makanan segera yg siap digoreng…haruslah dielakkan…
mmg ada rasionalnya..cuma apa yg dibimbangkan ialah…tindakan yg suam2 kuku dan tidak menyeluruh…harap kementerian menyusul dgn usul yg lebih menyeluruh..
ada je jawapan ye untuk setiap persoalan yang ditimbulkan.
rasanya kat mana2 sekolah pun mesti ada org jual jajan kat luat pintu pagar tu.
betul tu bro…ramai penjaja yg ambil kesempatan atas kelemahan budak2 ni…
Sebagai ibubapa, jaga la pemakanan anak-anak sendiri. Dirumah mungkin saya boleh terapkan nilai makanan berkhasiat tapi disekolah, bila kawan2 makan jajan, terpengaruh jugak. Bertahun-tahun saya ajar keburukan junkfood tp anak saya langgar dihari pertama sekolah. Mana tak sakit hati. Tak salah kejam pada anak-anak untuk kebaikan mereka. Mereka masih kecil tak mungkin akan faham tapi saya tetap akan bertegas. Biar dia menangis sekarang jangan saya menangis kemudian
Betullah kak. Anak sulung sayapun terpengaruh juga kat nursery…tp alhamdulillah….masih lagi dpt dikawal…mana taknya, asal ada sambutan hari lahir…anak akan bawak balik jajan dan cokelat…nasib baik tak ajar anak2 langsung…alhamdulillah…masih terkwal…
@Norasikin, tul tu.. kejam sikit tak pe, asalkan kemudian hari dorang tak sakit2..
pengaruh tu mmg dah, sbb tak semua ibu bapa bertegas, lau bertegas, pengaruh pun tak de…
ibu bapa mmg kena bertegas, lau tak, anak2 fikir, tak pe, mak ayah tak marah punya..
setuju, sama2 kita ‘kejam’ ngn anak..biar menangis sekarang, jgn kemudian hari
baik makan buah2an tu lagi bagus jadikan snek enak setiap hari heee
setuju…tp ramai juga yg kata, buah-buahan juga terdedah pada racun…camne ek?
Errr.. gertak jer tu Fiz.. Lama2 balik mcm asal (status quo). Ingat tali pinggang belakang dulu? Rasioalnya mungkin utk wujudkan kesedaran dari segi kesihatan dan keselamatan. Lama-lama masy kena pikir sendiri. ๐
Mungkin juga tuh…sbb byk sangat dah isu2 yg mula2 panas..akhirnya sejuk dan lesu tanpa ada yg pantau….
Nak tak nak…kempen berterusan, penggunaan media yg lebih efektif, pemantauan berterusan, ini antara yg lebih berkesan walau ambil masa sikit…setuju?
heee..skrg jajan kembungnya bukan mai..tapi isinya amatlah sedikit hee…
kak baik beli keledek ke, kentang ke..potong2 pastu gaul sama garam dan skit kunyit..teros makan lagi save budget.jimat pun yer heeee
hebat idea ni…tp tak ramai yg suke buat sendiri….rajin beli kat kedai walau mahal…huuuh…
pssst…kembung kasi angin lebih…gempak jer tuh…hehe
setuju jugak, tapi lau nak kenakan objektif utamanya, macam tak dapat jer.. sebab saper yg nak pantau? saper yg nak buat kerja?..
yg ptg pada saya ibu bapa perlu peranan dlm mendidik anak2 bab pemakanan ni.. anak mungkin akan makan juga, tapi bukan jadi makanan utama die..
itulah pasal…makin terbeban penguatkuasa…paling efektif ttp juga peranan ibubapa…setuju sgt dgn artikel yg awak tulis tu… ๐
aku setuju jika peniaga jajan ni tidak dibenarkan di kawasan sekolah,
tapi….
beri mereka dana serta pendedahan dengan peluang atau kursus untuk perniagaan lain supaya mereka ada altenatif lain bagi mengantikan sumber pendapatan yang bakal hilang itu, terutama bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada sumber tersebut.
Ps : jangan bagi dana je nanti lain jadinya
1 idea yg aku rase mmg bagus ni bro…sbb mereka mmg suka berniaga, cuma takde modal dan kelengkapan yg sempurna…harap kerajaan dpt tolong mereka2 ni yg benar nak berniaga…terutamanya bumiputera kita ni…
pssst…bab bagi mmg bagus, cuma kena pantau lebih kerap dan efisein…
JAJAN tu lah punca obesiti tau! Cuba tgk skit % kandungan bahan2 dlm jajan tu. Yg ada kebaikan adalah tenaga. Tp berapa jer % yg disumbangkan ๐
p/s : bEe pun suka makan jajan ni lbh2 lagi supering! hikhikhik ๐
@bEe,
Alamak … saya xde anak lagi. itu sebab saya pun suka makan jajan. Nanti bila ada anak2 sya akan marah mereka makan. ๐
hehe…mmg agak susah nak elak suka jajan ni…tp lama2..mulutpun dah tak reti nak makan…
pssst…kena praktis dr sekarang ni..hehe
hehe…kalau makan tiap2 hari…mmg sumber utamalah..kalau sebulan sekali…ok kot…
pssst…supering ek..mmg sedap tuh…keh3
Pekerjaan yg sia2 & tidak mendatangkan keuntungan sungguh!!!!! Lbh baik tido. hehehe
Salam Hafiz,
Tak patut kata org kementerian tak buat kajian tiba2 kata makanan itu bahaya,obes dan sebagainya. Tak dinafikan memang semua pengaruh makan2 ni byk bermula di rumah. tetapi faktor di “luar” juga menjadi penambah gejala ini makin buruk. Pengaruh kawan2, penjaja “haram” yang makin berleluasa dan sikap kita sendiri membuatkan hal ini semakin tidak trkawal.
As salam,
Setakat yg saya baca, mereka ambil dr kajian UKM (1 tahun lepas kot..).
Tp itulah, masalah sebenar ialah pada diri sendiri, penjaja ke, pengaruh kwn2 ke…itu mmg jadi pendorong yg kuat..sbb tu saye setuju juga dgn langkah pencegahan yg kementerian cuba buat walaupun langkah ni tak akan selesaikan masalah obes 100%…
aku pun pernah jual jajan dulu. Untung memang tak banyak. Tapi seronok bila ramai yang beli. Haha..bagi aku, bab obesiti ni, salah diri sendiri. yang kedua, jatuh kat ibubapa atau penjaga..takyah la nak salahkan penjual jajan. Diorang satu sen pun tak bersalah..
aku setuju sangatlah…takkan selesainya masalah kalau dihalaunya penjaja jajan ni…sekejap jer..diorang dtg balik…