Browsing articles tagged with " isu semasa yang panas dan terkini"
Apr 29, 2011

Apa ‘pekdah’nya serbu penjaja jajan?

Nak 1 USD? Jawab teka-teki di SINI

Nota: Jajan? Tiada istilah jajan yang bermaksud makanan ringan, cekedis, twisties, mahupun crontos dalam kamus DBP. Harap maklum.

Alkisah, menu yang sudahpun ditabalkan sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia yakni nasi lemak sudahpun di’warta’kan pengurangan penyediaannya sebanyak 2 kali seminggu. 15 jenis makanan lagi di’haram’kan penjualannya di kantin sekolah Bagi saya, semuanya nampak bersungguh-sungguh nak atasi masalah obesiti ni. Habis persatuan mahupun NGO yang berikan pandangan. Memang begitu mengujakan, tapi kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?

Sedikit kupasan dan penilaian seorang rakyat Malaysia yang tidak obes pada zaman kanak-kanak riang dahulu kala…

Soalan 1: Kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?

Continue reading »

Awasi pendapatan online kita..

Tidak halal seseorang yang menjual suatu dagangan, melainkan dia hendaklah menjelaskan ciri dagangannya itu. Dan tidak halal bagi seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya – Riwayat Hakim dan Al-Baihaqi

"buat duit dari internet"

sape nak angkat tangan!

Semacam sudah menjadi suatu trend apabila lambakan pelbagai produk fizikal, e-book, service, iklan dan sebagainya dihidangkan buat santapan kita yang seolah-olah begitu mendambakannya. Kenapa saya berkata begini? Sudah pasti kerana kita yang membuka ruang seluas-luasnya buat mereka untuk mencipta pelbagai barangan dan perkhidmatan demi memenuhi tuntutan kita. Mana mungkin mereka mencipta barangan atau memberi perkhidmatan pada sesuatu yang tiada permintaan? Benar bukan?

Ok. Saya bukanlah pencipta mana-mana produk e-book, jauh sekali menyediakan apa-apa servis kuda. Habis apa layaknya saya untuk menulis sesuatu tentang ini? Sudah pasti saya amat yakin, saya dan mungkin anda (samada seorang blogger atau tidak) juga adalah seorang;

1. Affiliater – membantu memasarkan barangan @ servis kepunyaan orang lain dengan memperolehi komisyen jualan.

2. Nuffnanger dan yang sewaktu dengannyamewujudkan ruang di blog untuk siaran iklan dari advertiser.

3. Penyedia ruang iklan – juga mewujudkan ruang di blog untuk disewa oleh mereka-mereka yang berminat.

4. Product reviewer – menjadi jurucakap bagi sesuatu produk dengan memberi ulasan tentang produk tersebut.

5. Penjual – menjual sebarang jenis produk/service secara online mahupun offline.

Ini antara kemungkinan yang besar bagi seorang blogger (samada buyer/seller). Apa yang saya cuba kongsikan ialah bagaimana pendapatan pasif (mungkin juga aktif) dari mana-mana sumber online ini boleh jadi meragukan. Saya tidak kata haram yer. Mungkin lebih teruk menjadi satu dosa yang tidak kita sedari. Ayuh kita sama-sama teliti dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka. Moga kita mendapat sesuatu darinya.

Continue reading »

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin