Awasi pendapatan online kita..
Tidak halal seseorang yang menjual suatu dagangan, melainkan dia hendaklah menjelaskan ciri dagangannya itu. Dan tidak halal bagi seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya – Riwayat Hakim dan Al-Baihaqi
Semacam sudah menjadi suatu trend apabila lambakan pelbagai produk fizikal, e-book, service, iklan dan sebagainya dihidangkan buat santapan kita yang seolah-olah begitu mendambakannya. Kenapa saya berkata begini? Sudah pasti kerana kita yang membuka ruang seluas-luasnya buat mereka untuk mencipta pelbagai barangan dan perkhidmatan demi memenuhi tuntutan kita. Mana mungkin mereka mencipta barangan atau memberi perkhidmatan pada sesuatu yang tiada permintaan? Benar bukan?
Ok. Saya bukanlah pencipta mana-mana produk e-book, jauh sekali menyediakan apa-apa servis kuda. Habis apa layaknya saya untuk menulis sesuatu tentang ini? Sudah pasti saya amat yakin, saya dan mungkin anda (samada seorang blogger atau tidak) juga adalah seorang;
1. Affiliater – membantu memasarkan barangan @ servis kepunyaan orang lain dengan memperolehi komisyen jualan.
2. Nuffnanger dan yang sewaktu dengannya – mewujudkan ruang di blog untuk siaran iklan dari advertiser.
3. Penyedia ruang iklan – juga mewujudkan ruang di blog untuk disewa oleh mereka-mereka yang berminat.
4. Product reviewer – menjadi jurucakap bagi sesuatu produk dengan memberi ulasan tentang produk tersebut.
5. Penjual – menjual sebarang jenis produk/service secara online mahupun offline.
Ini antara kemungkinan yang besar bagi seorang blogger (samada buyer/seller). Apa yang saya cuba kongsikan ialah bagaimana pendapatan pasif (mungkin juga aktif) dari mana-mana sumber online ini boleh jadi meragukan. Saya tidak kata haram yer. Mungkin lebih teruk menjadi satu dosa yang tidak kita sedari. Ayuh kita sama-sama teliti dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka. Moga kita mendapat sesuatu darinya.
1. Upah dan berpakat dengan kawan-kawan untuk membeli barangannya.
Sabda Nabi SAW;
Dan janganlah kamu melakukan tipu helah dengan cara najash – Riwayat Al-Bukhari
Ibn Abbas menafsirkan najash sebagai: ” Engkau (berpakat) membayar harga barang itu lebih daripada harga biasa yang bukan harga sebenarnya dengan tujuan supaya orang lain menirunya.
Kita fikirkan: Saya terus berfikir, banyak kali saya terjumpa perkataan sebegini “Sila klik iklan ini yer..”, “Jom sertai kumpulan klik-klik kami”, “Jangan lupa klik sini yer”…dan beberapa jenis ayat lagi yang menjurus ke arah “pakatan”. Mungkin ramai yang akan melenting dan marah. Tapi ingat, saya tidak kata salah apatah lagi mengatakan haram. Saya cuma mengajak kawan-kawan berfikir. Itu saja.
2. Meniru karya orang lain.
Meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan dianggap satu penipuan yang diharamkan.
Kita fikirkan: Banyak kali sudah kita terjumpa kes-kes blogger ciplak (tanpa rujukan) hasil tulisan blogger lain. Kadang-kadang, komen juga diciplaknya sekali. Mungkin niatnya hanya satu. Menaikkan traffic dengan pantas. Apa gunanya traffic (bilangan pengunjung yang tinggi)? Sudah pasti meningkatkan kebarangkalian pengunjung untuk meng’klik’ atau membeli apa-apa produk di blognya atau menaikkan PR dan menurunkan Alexa. Bukankah ini sudah jelas?
3. Mencipta testimoni
Mencipta testimoni akan kehebatan sesuatu program@barang jualan dengan harapan ramai yang terpengaruh untuk membelinya. Perniagaan ini hilang berkat dan haram pendapatannya.
Kita fikirkan: Banyak sekali saya terjumpa produk-produk terutamanya e-book yang dijual dengan sales letternya terlalu hype (berlebih-lebihan). Dan banyak juga yang saya rasa mungkin tertipu dengan sales letter yang begitu “membunuh”. Ingatlah Sabda Rasululullah yang saya titipkan di permulaan entri ini. Bukankah ini juga jelas?
4. Mencipta statistik palsu
Mencipta statistik palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan dengan bertujuan menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan adalah satu penipuan.
Kita fikirkan: Ramai antara blogger yang menyediakan ruang untuk beriklan di blognya dengan bayaran yang tertentu. Sudah pasti bagi pelanggan yang berminat, statistik unique visitors sebulan bagi blog tersebut menjadi kayu ukur. Sebagai blogger yang beretika (apatah lagi kita sebagai muslim), jangan sesekali kita menipu statistik pengunjung. Sebabnya ia jelas satu bentuk penipuan.
Ini antara sebahagian olahan yang saya mampu garapkan buat peringatan diri sendiri dan juga kawan-kawan. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu hak anda. Apa yang menjadi hak saya ialah menyampaikan kepada diri sendiri dan saling memperingati.
Bak pesanan Nabi SAW:
Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) yakni maut – Riwayat al-Tirmizi
Mengapa kita perlu terlampau ghairah mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengira halal haram? Saya suka mengingatkan diri sendiri untuk lebih berhati-hati bila membuat keputusan untuk membeli sebarang produk seperti e-book atau menjadi affiliater. Kita sebenarnya boleh merujuk pada mana-mana individu yang sudah lama bergelumang dalam bidang ini. Jangan biarkan diri kita mudah tertipu dan menipu.
® hafizmd – Ya Allah, Engkau berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami..yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri ini. Maaf kalau ada yang terasa.
Nota: Ulasan di atas adalah hasil sebahagian olahan daripada artikel “Awasi Pendapatan Hasil Penipuan” garapan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman di Majalah Solusi Isu No.21. Dapatkan Majalah Solusi Terbitan Telaga Biru untuk paparan dan bacaan yang penuh.
Artikel ini mungkin ada manfaat untuk anda
Tagged with: awasi pendapatan online • buat duit online dari rumah • halal haram dalam perniagaan online internet • halal haram duit internet • isu nuffnang advertlets mlm affiliate haram halal • isu semasa yang panas dan terkini • pendapatan online haram atau halal
Filed under: Agama • Bicara santai • Tazkirah Jumaat
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!







salam~
huhuhu… sy pun berharap apa yg sy wat akan di berkati…
Lp Lum´s last blog ..BERAPA KALI KORANG JATUH CINTA SEBELUM BERJUMPA NGAN PASANGAN KORANG YANG SEKARANG
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:22 am
salam.
insyaAllah..moge diberkatiNYA..ameen
[Balas Komen Ini]
perkongsian yang amat berfaedah ni bro, benda duit nak jadi darah daging kena betul2 halal, baru berkat. Lambat dapat tak per janji bersih dari sebarang perkara yg meragukan
etomyam´s last blog ..Simptom Blogger Burnout Dan Cara Atasinya
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:21 am
yang tang lambat tuh orang susah nk terima tu bro..tu yg ramai pilih jalan cepat..betul tak?
[Balas Komen Ini]
Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali.” – Sahih Bukhari
Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:21 am
terima kasih atas ingatan ini..
[Balas Komen Ini]
ilmu yang ada itulah yang cuba disajikan pada umum.kopi bancuh teh tu sllu je di curi olh org tahk bertanggungjawab..ntah le mals nak cakp biarkan sja mrka mengkopi.sb cara cam tu tak kan kemana pun..sebenarnya tak salah kita letak asal sumber tu bukannyer kita ada wat salah pun.malah kita juga akn dapt pahala sb sudi berkongsikan ilmu dgn org lain yang sememagnya tak tahu.
rezeki ada dimana2 sgli usah nd kerajinan tu ada.
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:21 am
betul tu suri..tapi masalahnye diorang yg spesis ni buat camtuh sbb nak dapat pengiktirafan..dielah yg kuarkan entri bersengat dan hebat..padahal kebas orang lain punye..
p/s – mane ade kemahuan, disitu ada jalan..tapi kena carik jln betul..
[Balas Komen Ini]
suri
Reply:
July 13th, 2010 at 1:24 pm
@hafizmd, tulah manusiakan.klu dah ada sumber tu blh je jadikan bahan rujukan.tapi pandai-pandailah buat ayat pengolahan ayat sendiri bukannya susah pun in bm jer.msti jadi punyalah klu kita goreng kena pd caranya penyampaiannya.
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 14th, 2010 at 10:44 am
@suri, itulah pasal..tapi biasenye diorang ni jenis nk mudah..copy n paste..settle..agaknye tak reti nk goreng2..
hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010
[Balas Komen Ini]
terima kasih ingat mengingati..kadang2 apa yang kita belajar ni kadang2 terlupa dek arus keuntungan..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:18 am
sama-sama..ingatan utk diri sendiri juge..
mmg ite mudah lupe..maklumlah..kadang2 kelabu mate juge..
[Balas Komen Ini]
Bagus info ni bro…duit haram tidak akan kemana..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:14 am
terima kasih..sekdar berkongsi ngn semua..
haram tetap haramkan?
[Balas Komen Ini]
bgus ni.. ak pn stju jgak, rmai skrang ni yg tkeja2 bnda ni dgn cara yg cepat dan macam2.. huuu~
diden´s last blog ..Beza antara Alexa dan Google Page Rank
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:13 am
katenye nk cepat kaya..akhirnya sanggup tipu dan buat ntah ape2 strategi..isk2..
[Balas Komen Ini]
salam bro satu entri yang amat bernas..memang benar jika kita menipu memang tidak berkat..kalau kita lihat perniagaan online dan offlone sama sahaja cuma medium dia berlainan..dan peniagaan online taktik menipu agak sukar dikesan namun jika kita benar 2 ingin tahu ianya amat mudah nak dibuat perbandingan
ishak´s last blog ..Statistik yang lawak dan melucukan
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:11 am
salam,
benar tu bro, same ngn offline..kalau menipu akhirnya kite hanya menipu diri sendiri..
itulah..kalau nk seribu daya, taknak seribu dalih jua..kene rajin bertanya dan mencari..
[Balas Komen Ini]
Salam,
Thanks bro.
Ada masa aku ingat nak rage budak2 yang main klik2 nuff ni.
Bukan rage, sekadar teguran
Affan Ruslan´s last blog ..Freedom Flotilla II- terbaru-
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:06 am
hihi..tegur sayanglah katakan..
aku lebih suke kalau benda tu semulajadi..betul tak?
[Balas Komen Ini]
yang penting niat kot, kalau niat pun dah tak elok, maka tak elok lah
x-po´s last blog ..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:05 am
setuju bro..niat tu kene perbetulkan..insyaAllah selamat..:D
[Balas Komen Ini]
teruk sangat la tu kalau dah sampaikan komen pun ditirunya.. dah takda benda lain nak buat la tu..
Mr.Z´s last blog ..Bila Seekor Sotong Berbicara Mengenai Piala Dunia 2010-
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 3:01 am
itula pasal..mmg pernah bace pasal ni..komen pun jadik mangsa..dah takde idea sgtlah kot..
[Balas Komen Ini]
so, perlu diawasi dengan sebaiknya
zik´s last blog ..Imam muda minggu ke 7
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 12th, 2010 at 2:57 am
Yup, moge diberkatiNYA..ameen
[Balas Komen Ini]
nice info sharing… actually, dh lama x main Nuff & Advertlets.. bnyk gak bnde yang aku x tau berdasarkan info ko tuh…. btw, thanks….
myFirdaus´s last blog ..5 in 1 package – Jarang kita jumpe…
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
July 19th, 2010 at 11:40 am
akupun taklah tau byk sgt..mane yg tau..lehla kongsi2 skit..thanks juge sbb sudi snggah..
[Balas Komen Ini]