Liga Super vs Piala Dunia..

Agaknya, ramai yang masih kurang bersemangat hari ini. Mungkin juga kerana penangan Piala Dunia dek kerana pasukan pilihan sudahpun tersungkur awal. Jauh dari jangkaan.

Pagi tadi, pasukan Germany (pasukan pilihan saya untuk jadi juara – juga untuk kontest di Denai Hati) akhirnya rebah di tandukan si Puyol. Puyol dan si Paul..hampir sama bunyinya..hehehe..jangan marah yer..

Bukan perihal Puyol dan si sotong peramal yang saya nak ceritakan. Cuma saya ingin sekali bertanya pasal yang satu ini.

Adakah kita semua sedar yang perlawanan Liga Super dah pun disambung kembali 6 Julai lalu?

Ada beberapa kemungkinan jawapan bagi soalan di atas. Mana satu yang anda rasa mewakili diri anda?

1. Dalam sedar – anda sedar tentang ini sebabnya anda memang peminat bola sepak tempatan dan anda memang tak pernah miss untuk ke stadium termasuk perlawanan 6 Julai.

2. Luar sedar – anda terlepas pandang walaupun anda peminat bola sepak tempatan. Maklumlah, sudah terkena sumpahan si paul sotong piala dunia. Jadual bola sepak tempatan pun dah hilang dari dinding diganti jadual piala dunia.

3. Buat-buat sedar – anda sendiri berlagak master dalam bidang bola termasuk bola sepak tempatan dan antarabangsa. Mungkin untuk elak dari rasa rendah diri bila bersama kawan-kawan, padahal…

4. Tak sedar diri – anda langsung tak ambil port pasal bola sepak tempatan. Kalau ada siaran langsung di tv sekalipun, anda lebih rela menonton rancangan sponge bob square pants.

Membaca sisipan Kosmo hari ini berkenaan stadium kosong pada perlawanan lalu membuatkan saya berfikir  untuk menerbitkankan entri sebegini.  Adakah peminat tidak tahu ada game? atau sudah hilang minat? atau jadual liga super yang tak kena dengan masa?

Tiada satu pun kena dengan jiwa anda? hehe..apa lagi, tulis saja komen kat bawah ni yer..

Berikut adalah keputusan terkini, kedudukan terkini dan perlawanan berikutnya Liga Super musim 2010. Sekadar sebagai maklumat tambahan..mana tahu, aura piala dunia membuatkan kita kembali dan terus menyokong bola sepak tempatan.

"keputusan perlawanan liga super 2010 6 julai"
keputusan terkini liga super
"kedudukan terkini carta liga super"
kedudukan terkini carta liga super
"jadual perlawanan terkini liga super"
jadual perlawanan terkini liga super

® hafizmd – masih lagi penyokong setia bola sepak tempatan..tapi terkejut dengan isu kemungkinan barisan jurulatih skuad harimau muda (yang pulang dari Slovakia) akan dipecat..apa sudah jadi???

Sumber rujukan: MSL