Snek berkhasiat untuk kita..
Lama juga saya tidak coretkan entri berkaitan kesihatan. Asyik cerita pasal bola saja. Bola dan bola. Tak bosankah? hehehe…
Jadi kali ini, saya cuba kongsikan tip kesihatan tentang snek yang berkhasiat. Maklumlah, bila musim bola ni..(bola lagi..hohoho), kita selalunya sentiasa ada snek di sisi. Paling kurang mungkin cekedis@jajan. Tips ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka-mereka yang ada diabetes. Sebabnya, sementara nak tunggu “makan berat”, mulut rasa nak makan, perut dah menyanyi minta diisikan, tapi kalau makan benda-benda manis..tak pasal-pasal kandungan gula dalam darah naik. Jadi, saya kongsikan sedikit penyelesaiannya. Kalau takda diabetes pun, okay juga..boleh saja amalkan snek ni yer.
Perlu juga kita tahu, pilihan snek yang berkhasiat perlulah ada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Antara snek berkhasiat yang boleh kita amalkan;
1. Biskut bijirin, anggur, dan keju cottage – bijiran penuh (wholemeal) seperti gandum mampu untuk menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Manakala keju berfungsi untuk menambahkan unsur protein seterusnya menstabilkan gula darah, mengekang kita dari cepat rasa lapar, dan juga sumber kalsium untuk tulang. Contoh, biskut Jacob bijirin dan roti wholemeal.
2. Epal dan keju – penting untuk pengidap diabetes memilih buah-buahan yang rendah kandungan gulanya dan tinggi seratnya seperti buah berri (bukan blackberry yer..) dan epal. Macam kita selalu dengar, sebiji epal sehari menjauhkan kita dari doktor!
3. Black bean salad – black bean kaya dengan sumber serat dan protein. Baik untuk stabilkan kandungan gula darah dan menurunkan paras kolesterol.
4. Sayuran segar dan yogurt – sayuran segar dan mentah cukup kaya dengan mineral dan vitamin. Apa kata, untuk hidangan malam ni, kita tambahkan menu sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli berserta yogurt yang kaya dengan sumber protein. InsyaAllah, lambat lapar dan lebih berkhasiat malah tulang lebih kuat!
Ini antara menu sajian snek yang mungkin kita boleh tambahkan dalam hidangan kita dirumah.
Teringat juga saya pada Iranian yang suka makan salad setiap kali makan. Dah macam satu kemestian bagi mereka untuk makan salad.
® hafizmd – teringat pada anak yang suka makan roti wholemeal..
saya suka biskut jacob bijirin bercoklat.. heheee… lau koko krunch ok tak? apsal coklat je ni 😉
.-= fiezaradzi´s last blog ..Belanda Ke Final =-.
@fiezaradzi, sayang..biskut tu mmg sodap..hehe..coklat?sbb coklat dah jadik temakan?hehe..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.
salam~
hehhe.. thanx 4 d info… 🙂
tapi sy suka makan oat bila menonton apa saje rancangan larut malam… 🙂
.-= Lp Lum´s last blog ..Romantik Ke – =-.
@Lp Lum, sama-sama..oat..betulla..lupe nk mention psal oat..bgus juge utk rendahkan tahap kolesterol..mmg berkesan..ni lp_lum mesti kolesterol level bgus ni kan?teruskan yer..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.
Salam.
Saya suka wheatameal. hehe
@Affan Ruslan, biskut jacob wheatameal kan? tu antara yg saye selalu beli..selain tu yg jenis fiber ngn iron pun ok juge..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.
bro, nape ada [Balas Komen Ini] dan Reply ye?
Macam redundant je?
Saya test function die sama je. Ye ke atau saya salah? 🙂
.-= Affan Ruslan´s last blog ..Facebook Taja Pasukan England =-.
@Affan Ruslan, hehe..thanks bertnya..mmg fungsinye same..tapi yg [balas komen ini] tu ade fungsi tambahan iaitu kite boleh ubah @ cancelkan komen kite..tapi tidak pada button reply..ni juge sbb saye gune threaded comment plugin..thanks yer..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.
uik takan ank berdiet kit..hehehee
entahlah..sbb abah die suke makan roti tu..tu g si anak pun ikut same..hihi 😀
sedap-sedap makanan ni tapi kacang aku tak boleh makan sebab aku kena gout huhu
.-= ishak´s last blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda =-.
sedap mmg sedap..bolehla sama2 try..ketepikan kacang tu yer..
trimakasih atas sharenya…sangat bagus mengulas tentang snek ini,sehingga kita bisa memilih snek yg berkualitas bagi tubuh kita
.-= julianusginting´s last blog ..Menebak Hati Doi =-.
sama-sama..juge peringatan untuk diri sendiri..badan yang cergas dan minda yang cerdas datangnya dari makanan yg berkhasiat lagi halal..:D
black bean lain macam je…tak pernah dengar..mana nak cari tuh ek???
.-= zik´s last blog ..Imam muda minggu ke 7 =-.
itu la.biase kacang soya putih kan? rasenye pernah tgk kat pasaraya..tapi mungkin susah sikit kot nak cari..ihiihi