Apa ‘pekdah’nya serbu penjaja jajan?

Nak 1 USD? Jawab teka-teki di SINI

Nota: Jajan? Tiada istilah jajan yang bermaksud makanan ringan, cekedis, twisties, mahupun crontos dalam kamus DBP. Harap maklum.

Alkisah, menu yang sudahpun ditabalkan sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia yakni nasi lemak sudahpun di’warta’kan pengurangan penyediaannya sebanyak 2 kali seminggu. 15 jenis makanan lagi di’haram’kan penjualannya di kantin sekolah Bagi saya, semuanya nampak bersungguh-sungguh nak atasi masalah obesiti ni. Habis persatuan mahupun NGO yang berikan pandangan. Memang begitu mengujakan, tapi kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?

Sedikit kupasan dan penilaian seorang rakyat Malaysia yang tidak obes pada zaman kanak-kanak riang dahulu kala…

Soalan 1: Kenapa penjaja jajan yang kena serbu dulu?

Jawapan:

  1. Mereka yang menjaja tak ada lesen!
  2. Mereka jual kat tepi jalan – sah-sah bahaya dan sebabkan jalan jadi sesak!
  3. Mereka jual barang yang asal laku – sudah pasti jajan, air bergas, ada juga yang jual pistol mainan???
  4. Tahap kebersihan gerai yang diragui – maklumlah, betul-betul tepi jalan…macam-macam bakteria ada…
  5. Mereka melanggar undang-undang – contohnya Undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 dengan kompaun RM300!

Semua jawapan nampaknya memang kukuh untuk menyerbu penjaja makanan ringan. Tiada masalah.

Soalan 2: Jadi, apa faedahnya serbu penjaja yang menjual diluar kawasan sekolah?

Jawapan:

  1. Jalanraya lebih tenang dan kurang membahaya untuk anak-anak kita – ok, bagus.
  2. Kalau nak menjaja, sila ambil lesen dulu! – ok, dapat tambah duit kementerian terlibat.
  3. Anak-anak sudah hilang punca untuk beli makanan ringan??? – kesan langsung??? —> kurangkan masalah obesiti? mungkinkah kurang? – ermmmm….

Soalan 3: Apakah dengan tiadanya penjaja jajan diluar kawasan sekolah, masalah obesiti akan selesai?

Jawapan aku:

  1. Selesai untuk jangka masa pendek – tapi biasanya, hangat-hangat tahi ayam saja – penjaja akan datang balik bila tukang serbu tak datang! –
  2. Selesai untuk jangka masa panjang? Tidak sama sekali selagi;
  • Ada iklan makanan ringan di televisyen – tengok iklan crontos yang baru…memang sedap!
  • Ada kilang buat makanan ringan – berlambak-lambak kilangnya…
  • Ada duit lebih dalam tangan – mak bapak beri banyak sangat ke?
  • Ada penjual makanan ringan – dah itu yang senang laku, ada permintaan, adalah barangnya!

Soalan 4: Cara lain nak atasi masalah obesiti?

Jawapan aku:

1. Peranan ibu bapa – Bagaimana?

  • Jangan ajar anak-anak sejak kecil lagi makan makanan ringan! Biar ‘kejam’, janji anak-anak sihat.
  • Ajar anak-anak menabung – ada duit lebih, sila isi dalam tabung abah.
  • Sudah pasti, sama-sama amalkan cara hidup yang sihat! – kena mula kurangkan nasi lemak, teh tarik, roti canai. Banyakkan bersenam, berlari-lari ditaman.

2. Wujudkan sekolah contoh.

  • Wujudkan aktiviti yang menyeluruh terutama dalam aspek kesihatan, kebersihan, bersukanย  – nak lagi bagus, buat di sekolah yang masalah obesitinya ketara. Boleh guna khidmat graduan berkelulusan Sains Makanan, Dietetik dan lain-lain.

3. Wujudkan zon bebas makanan ringan

  • Pilih satu taman@kampung yang layak – pupuk kesedaran ibu bapa, pemimpin setempat – pantau kesihatan penduduknya – jadikan mereka ‘manusia’ contoh hasil gaya hidup yang sihat – lagi syok, beri sikit ganjaran!

4. Peranan masyarakat

  • Sokong sebarang usaha yang memberi kebaikan kepada anak-anak kita dengan memberi kerjasama.

Hanya pandangan seorang operator kilang yang ada blog….

ยฎ hafizmd – jadi, ada ‘pekdah’ tak serbu penjaja? memang ada, tapi kesian juga pada mereka yang rata-ratanya orang kita!!!