Assalamua’laikum.
Kali ni ambe nak cerita pasal jambu. Iye, jambu. Bukan pasal mamat jambulah maharaja lawak Jambu! Korang ni. Tengok banyak sangat cerita Korea, taulah nak perasan muda…hahaha. Sebenarnya nak cerita pasal khasiat daun jambu batu. Kenal tak jambu batu? Dengar ceritanya, ada yang takut nak makan jambu batu, takut biji jambu batu tak keluar masa uuuk uuukk, lekat dalam perut dan dapat sakit appendik. Betul tak?
Ambe masih tak tahu ini sekadar mitos atau fakta. Ambe ni antara pencinta jambu batu sejak kecil. Boleh siap lepak atas pokok jambu batu sambil makan jambu (tapi taklah power macam kera belaan Pak Din Bolognese…korang jangan salah faham!). Baiklah, apa khasiat daun jambu batu?
Khasiat #1 Daun Jambu Batu
- Daun jambu batu ni boleh menghilangkan dan mengatasi bau peluh korang. Biasalah, mesti dah kerja bagai nak rak, berhimpit dalam bas, bergerak sana-sini, kejar anak murid. Semua ni menyebabkan badan kita berpeluh dan kadang-kadang ada bau yang kurang enak.
- Cara untuk mengatasi dan menghilangkan bau badan ni mudah saja. Ambil beberapa helai daun jambu batu, tumbuk (sila guna lesung atau blender rumah tu) dan campur dengan perahan limau nipis.
- Bila dah siap campur, korang tenyehlah campuran tadi kat kawasan badan yang dirasakan sesuai untuk ditenyeh dan digosok. Pandai-pandailah tenyeh kat mana yang patut yer. Takkan itupun ambe nak cerita! hohohoho
- Kalau tak sampai nak tenyeh kat belakang korang, silalah mintak tolong isteri tersayang gosokkan yer. Takde isteri lagi? Rugi korang! Mintak tolong dengan kucing koranglah jawabnya….
- Dah siap tenyeh, jangan lupa bilas. Nanti ada semut hurung ingat korang ni “air limau suam” pulak…hehehe
- Boleh diulang khasiat jambu batu ni untuk mengatasi dan menghilangkan bau badan korang.
Khasiat #2 Daun Jambu Batu
- Buat skrub muka.
- Caranyapun mudah saja. Ambil 10 helai daun jambu batu yang muda. Bacalah selawat sikit.
- Tumbuk sampai lumat dan gosok atau tenyeh kat muka korang perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat, nanti habis rosak sel-sel muka!
- Jangan lupa, basahkan dulu muka korang sebelum proses menenyeh. Tak pasal-pasal nanti calar-balar…
- Biarkan skrub daun jambu batu tadi kat muka korang dalam 2-3 minit.
- Lepas tu bilas bersih-bersih. Kalau ok, bolehlah amalkan 2 kali seminggu.
Khasiat #3 Daun Jambu Batu
- Ubat sakit perut, sembelit dan cirit yang ringan.
- Caranya mudah saja. Ambil beberapa 3 helai daun jambu batu yang muda
- Basuh cuci-cuci, baca selawat, dan terus kunyah daun jambu batu tadi.
- InshaaAllah, masalah perut seperti cirit birit yang ringan dapat diatasi.
Kalau korang ada lagi petua berkaitan petua mengatasi dan menghilangkan bau badan serta yang seangkatan dengannya, silalah jangan malu segan untuk berkongsi. Itulah saja petua Pak Din Bolognese kali ni. Siapa dia Pak Din ni? Korang boleh baca beberapa entri berkaitan Pak Din di bawah ini;
- Siapa dia Pak Din Bolognese?
- Misteri Kebun Pak Din!
- Pak Din & Lelaki Menopaus?
- Pak Din Menang iPhone 5 ?
@hafizmd – Oh! Daun jambu batu! Mengatasi dan menghilangkan bau badan. Pening kalau bersesak dalam bas…
Sumber petua: Pengalaman sendiri & bacaan di Mingguan Wanita bil 1172 & Sumber gambar: Wikipedia
Bacaan Tambahan...



{ 62 comments… read them below or add one }
di KK ramai betul yang jual jambu batu ni tepi jalan..
Baca entri terkini Blogger Mus´s: Aktiviti Nikon Club Malaysia Sepanjang Januari 2013
Sudah makin glamer pulak =)
pokok jambu batu ni kat kampung aku da pupus sebab da tak ada orang nak pnjat dan melepak atas pokok da..maklum penduduk kampung da ramai berhijrah ke bandar..hehe..nice tips..
boleh menghilangkan parut demam campak..eh tu daun kunyit..hahahaa..silap²..
Baca entri terkini Blogger sharafie´s: Perlu Ke Aku Submit URL Blog Aku ke Semua Directory
Betullah bro. Mmg makin payah nak jumpe…huhu
ooo…tips jugak ni..thanks bro
banyak rupanya khasiat daun jambu batu yer…baru tau…thx share bro…:)
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Kabinet Dapur Murah
Byk. Cuma tinggal nak guna jer..terima kasih kembali
Jambu makan dengan serbuk asam sedap.
Itu feveret tu..kalau balik Penang, mesti singgah mana2 hentian yg ada jual…hehe
suka buah jambu yang asamnya putih tuuu…ketagih gak dibuatnya. hehe
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: Bayaran komisen ke 8 dari Jobdirumah.com
Kena pulak makan ngn cendol…fuh!
Pucuk daun jambu batu pula boleh dijadikan ubat cirit-birit. Cuma ambil beberapa helai pucuk yg betul-betul muda (daun masih tertutup), basuh kemudian kunyah-kunyah. Boleh sembuh cirit-birit tanpa perlu makan Lomotil atau ubat dr hospital pun.
Baca entri terkini Blogger Haniz´s: Telekung Vietnam Design Baru, Bunga Lebih Lebat
Mmg benar tu. Amat mujarab utk cirit birit…inshaaAllah
wah!…byk gak khasiat buah jambu ek…thanks sbb berkongsi info
Baca entri terkini Blogger lady gamer´s: Board Games – Introducing New Games to Your Gaming Group
Terima kasih kembali.
Jambupun byk jugak khasiatnya
sedap ni makan dgn asam pergh terliur
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Gelagat Aiman
makan ngn asam…habislah citer…hehe
bagus daun jambu batu ni ya, cuma kalau nak dapatkan pokoknya atau daunnya memang agak susah di kl ni, kecuali di kampung, terimakasih atas petua ini
Baca entri terkini Blogger sweetkurma´s: 2013 tahun untuk ke depan
Betul tu Kak. Kat KL ni mmg tak pernah nampak.
Terima kasih kembali
boleh try nie…. mana tahu berhasil… heheh
Baca entri terkini Blogger Manan Qayyim´s: Projek Bloglist 2013 MQ-Network
silakan bro manan…kalau menjadi, silalah roger yer
baru tau khasiat daun jambu batu. terima kasih bro sudi berkongsi pasal ni
Baca entri terkini Blogger Amirez´s: Perginya Seorang Atuk
terima kasih kembali. cubalah bila perlu =)
Satu lagi kegunaan jambu batu ni, ambik buah dia makan dengan sambal kicap….. Fuuuuh…. sedap….
Baca entri terkini Blogger Malaysia coin´s: Duit RM100 tunai percuma
itu mmg terbaik bro!
Banyak gak khasiat rupenye… saya main makan je… hehe… letak dengan asam nya.. fuuhh.. heaven!
Baca entri terkini Blogger Nadot´s: Restoran Rocky’s di Seksyen 7 Shah Alam
hehe..makan ngn asam..adui…kecur!
Salam hurmat..
Memang banyak khasiat jambu, selain jambu batu, jambu bol paling saya suka sebab rasanya yang manis bercampur masam…begitu juga jambu air. Terimakasih kerana info yang diberi.
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Siapa Itu Ya..
As salam kak,
jambu bol tu pun sedap…nak kena p carik jugak petang ni..gehehe
Nak guna daun jambu, guna la. tapi jangan mandi tak bersabun pulakk
Baca entri terkini Blogger effort lab´s: Kajian Harian Edisi 23
hahaha..tu mmg tak patutlah
aku juga dah lama tak lepak kat atas pokok jambu batu
pokok pun dah tak ada sekarang ni
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Liga Super 2013 | Langkah Kanan Langkah Kiri
Mmg dah payah nak carik pokok ni, kat rumah ambepun kalau ade anak2 pokok jer..nak kena buat reserved ni..
Dah lama tak makan buah jambu nie…
Baca entri terkini Blogger Joe´s: Cabaran Buat Duit Dengan Says
Nak kena cariklah lepas ni bro..kang kempunan pulak..keh3
Banyak gak kegunaannya ehh.. Kawe tahu makan jer. Sodapppp…
Baca entri terkini Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s: Anugerah Juara Lagu 2012
hehe..janji kita tau makan…hahaa
jambu batu yang isi putih ni masih lagi biasa ditemui, tapi jambu batu yg isinya warna pink sudah hampir pupus.
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Tip Nuffnang Untuk Dapatkan Iklan Kempen CPUV Buffered Earning
Betul tu bro. Yg jambu batu isi pink ni mcam dah nak pupus dah…adeh
jambu memang sedapppp…
Baca entri terkini Blogger titan´s: Cara blogger otai buat duit dengan blog?
jambu mmg sedap…jgn jadi jambu sudahlah =)
dari dulu lagi Jambu memang diyakini berkhasiat…terbaik
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: Nuffnang Sayang Saya
terbaik! silalah makan..hehe
jambu aku memang suka makan, tak tau pula daunnya byk khasiat
Baca entri terkini Blogger beckhrooy´s: Kereta JPJ Dibakar Orang Ramai | Kemalangan di Ayer Tawau
Kita biasa makan jambu jerkan, tp pucuk daun jambu mmg betul2 byk khasiat
saya skrg makan buah2 waktu malam.. antaranya jambu yg buat perut tak lapar…. sayangnya kedai jual buah sahaja… daunnya tak jual plak.. tima kasih bro atas info khasiat daun jambu batu…
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: 7 Azam Tahun Baru 2013 Saya
Ini mmg betul2 diet yg bagus…jambu mmg kenyang…cuma kalau tak tahan, boleh angin jugak..hehe
terima kasih kembali
mmg byk khasiat buah2 tempatan ni kalau kita tau manfaatnya..pasal scrub muka tu mmg biasa dgr..tp ilang bau badan..mcm 1st time plak
apa pun..jambu 666 sedap dimakan :p
Baca entri terkini Blogger chii´s: Selamat Tahun Baru 2013
hehe…bolehlah cuba lepas ni kalau terdesak sangat…hehehe
info baru ni kalau yang hilangkan bau badan tu..
teringat masa budak2 dulu, batang pokok jambu batu ni sangat sesuai untuk dijadikan gasing pangkah..kebal giler owh..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Bakor Yeop Bakor !!
Batang pokok jambu mmg kebal..menang sajelah jadinya…hehe
Tengok jambu jer teringat Jambu maharaja lawak…
Dulu-dulu selalu ler makan pucuk jambu batu kalau sakit perut…
hehe..ambepun same..keh3
memang mujarab daun jambu batu ni
tak pernah lagi try petua daun jambu.. anyway thanks kerana sudi berkongsi petua haha.. selalu dok balun jambu dengan kuah rojak ja tau hehe
Baca entri terkini Blogger aimannajmy´s: Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting Yan
keh3…lepas ni balun sekali ngn daun2 jer bro..hahaha
khasit satu dan dua tak pernah buat la pulak..yang ketiga tu rajin ler buat..mak ayah kat kampung pun suka rebus air ni buat minum time sakit perut..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013
hehe…mmg berkhasiat jambu batu ni
jambu cecah asam… perrgghhh…
Baca entri terkini Blogger Hazril´s: 7 Ways To Increase Your Energy Levels The Right Way
pergh…meleleh!
Sy juga mjual jambu & jus jambu d jln tpk 2/4 d taman perindustrian kinrara.. Hari2 sy bedal jambu.. Rasa bdn rasa lebih btenaga … Sila2 singgah beli! Heheee
canteklah…kang ambe lalu singgah pekena air jambu batu…fuuh!
ni kalau buat jus jambu sedap ni…
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Gelagat Anaqie membelek hadiah
Mmg sedap bro, tp ada org takleh minum..
{ 1 trackback }