9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?

- 7 January 2013. Updated 9 February 2019Kesihatan

Assalamua’laikum.

9 petua awet muda

Petua awet muda dan produk anti-penuaan. Kulit dah tak tegang dan kendur sana sini. Murung, letih dan lesu. Biasalah, ramai yang kata…kalau dah umur meningkat ni, macam-macamlah kurangnya. Mana yang dulu jalan laju ala-ala Usain Bolt lari 100meter, kini dah perlahan walaupun tak seperlahan siput. Dulu kalau pusing shopping complex Sogo+Jalan TAR lima puluh kali, steady aje. Sekarang nak habis satu pusingpun semput. Nafas dah tak teratur. Dah tak power! Dulu kulit tegang lagi anjal, sekarang dah nampak kedut seribu. Lututpun ada bunyi-bunyi, kreeeekk….Biasalah, usia di”salah”kan atas seribu kedutan dan ke’kreeekk’kan yang berlaku. Kita lupa nak tanya diri sendiri, selama ni kita amalkan tak petua awet muda? Petua awet muda bukan sekadar muda fizikal. Yang lebih penting ialah muda di jiwa dan hati dalam erti kata sebenar. Jom ambe kongsikan beberapa petua untuk kekal awet muda.

Petua awet muda zahir & batin

  1. Kitaran hidup seharian. Contohnya tidur. Cara nak tidur, cara tidur, cara bangun tidur. Ini penting untuk pastikan kita tak lesu dan mengantuk. Ada yang tidur terlangkup, ada yang tidur kaki tergantung, ada yang tidur sambil dengar lagu, ada yang tidur tak tidur. Cara terbaik petua awet muda untuk tidur? Ikutlah sunnah Nabi. Kata Saidatina Aisyah, Nabi kalau nak tidur mesti baca surah 3 Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dan tiup kat tapak tangan. Kemudian Nabi sapu kat kepala, muka dan seluruh badan yang sampai. Nabi ulang 3 kali. (Maksud hadith riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad).
  2. Cara berjalan. Penting untuk berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk. Ada yang laju yang amat, ada yang perlahan yang sangat. Contohi cara Rasululullah berjalan. Kata Saidina Ali, Nabi berjalan tegak seperti berjalan menuruni tanah landai. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? (Maksud hadith riwayat Tarmizi dan Hakim). Itulah cara Nabi. Berjalan tegak tapi tidak mendada. Berjalan juga senaman yang amat bagus untuk jantung!
  3. Makan. Kita biasa dengar, “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang…”. Kita? Makan selepas kenyang, berhenti selepas habis makanan dibantai. Tak sempat kunyah, dah telan. Kesian perut, kerja kuat nak hadam. Gigit dan kunyah makanan kita biar hancur. Gigi bukannya sekadar hiasan. Air liur (ada enzim amilase pecahkan kanji kepada gula) bukan saja-saja Allah buat. Nanti dah takde gigi, sibuk cari gigi palsu. Sekarang ada pula produk berasas kolagen yang katanya bagus untuk tegangkan dan anjalkan kulit. Kalau mampu, boleh beli =)
  4. Pergaulan. Ramai yang sakit hati dengan rakan sekerja, ahli politik, jiran tetangga malah dengan rakan alam maya yang tak pernahpun kita tengok rupanya. Macam-macam berita kita tolong sebarkan di twitter & facebook tanpa kita tahu kebenarannya. Jangan kita jadi tukang sebar fitnah! Semua orang tau, fitnah tu lebih dahsyat daripada membunuh. Eh, takkan selamba jer kita suka-suka nak kongsi gambar seksi dan berita sensasi yang tak sahih demi nak dapat traffik kencang? Sama-sama kita perbanyak istighfar, senyum dan perkuatkan tali persaudaraan. Hati tenang, inshaaAllah wajahpun nampak awet muda!
  5. Hiburkan hati. Macam-macam jenis hiburan bersepah kat alam dunia ni. Pilihlah hiburan yang boleh mengingatkan kita pada Allah dan kematian. Ambe naik runsing juga tengok cerita Melayu terutamanya, penuh dengan dendam dan perkara negatif. Siap ada guna tok bomoh lagi. Orang kita memang suka bermain dengan emosi dan kontroversi. Dah habis idea nak buat karya yang mendidik jiwa anak petua awet muda? Baik tengok cerita Naruto
  6. Jaga kesihatan paru-paru dan jantung. Makanlah epal masam sebab ada kajian yang sebut, kalau makan 5 biji epal seminggu, dah cukup untuk memelihara kesihatan paru-paru kita. Untuk kesihatan jantung, boleh amal makan tomato yang bagus untuk buang kolesterol berlebihan. Lupakan makanan yang banyak MSG, nanti berat naik, jangan salahkan orang lain. Paru-paru dan jantung yang sihat, pasti akan buat kita lebih ceria, cergas dan wajahpun nampak muda remaja. Tak gitu?
  7. Bergurau senda. Silalah bergurau senda dengan anak isteri. Jangan asyik serius sepanjang hari. Walaupun umur sudah lebih 30 tahun, apa salahnya bergurau senda seperti zaman awal-awal perkahwinan dulu? Bukan orang lain, isteri@suami kita juga yang akan nampak lebih muda nanti! Ada pulak yang risau nanti bila suami nampak muda..hehehe
  8. Aerobik Minda. Ransang minda dengan permainan seperti teka silang kata, kotak rubik, sudoku, main game perang-perang, dinner dash? Bila kita asyik latih minda untuk selesaikan masalah dan atur strategi, ia akan memudakan minda kita dan merendahkan risiko penyakit Alzhemer.
  9. Motivasi tinggi. Untuk awet muda, kita perlu sentiasa ceria dan cergas. Motivasi diri kenalah tinggi dan bagus. Tak mudah putus ada dan terasa. Terima kritikan dan lihat sesuatu dengan positif. Tak faham lagi? Anda boleh cuba untuk baca ebook Super Motivasi oleh Bro Nashriq. Beliau ada berkongsi pelbagai tips menarik untuk terus bermotivasi! Kena baca sendirilah…hehe

Nak lagi petua awet muda? Ada lagi, tapi yang ni bergantunglah. Mungkin boleh nampak muda, bergantung kepada banyak mana anda “perasan” anda tu muda!

  • Buang kumis. Mesti nampak macam zaman muda remaja! Nak lagi bagus, rambut gaya belah tepi…yeahaaa!
  • Rambut pendek dan kemas. Pasti nampak sentiasa hensem kacak bergaya.
  • Kahwin muda. Kenapa? Sebabnya, bila anak dah besar, kita masih lagi muda bergaya. Mesti orang cakap camni…”akak, ni adik ke?”. Sila perasan lagi! Nak tau apa lagi kebaikan kahwin muda? Sila baca entri ini sekarang –> Kebaikan Kahwin Muda
  • Layan anime seperti Naruto dan One Piece. Moga kita perasan kita masih muda remaja walaupun anak dah ada dua.
  • Layan cerita Korea, sebab hero dan heroinnya punya muka yang amat licin dan anjal lagi gebu. Perasan kitapun nak jadi macam tu, jadi silalah amalkan 9 petua awet muda di atas.

Ambe tahu ada lagi petua awet muda tentang makanan/supplemen tambahan, makan cendol Banting makan ulam pegaga banyak-banyak mahupun cara bersenam untuk nampak muda. Ada lagi? Anda pulak yang tambah yer…

Kalau anda rasa entri ni ada manfaat, boleh klik butang G+, Tweet mahupun Like Fb. Bolehlah buktikan butang-butang ni berguna selain manipulasi semata-mata!

@hafizmd – Petua awet muda. Apa guna awet muda, tapi hati sudah “tua”.

{ 46 comments… read them below or add one }

qadar January 7, 2013 at 3:39 pm

Makan epal masam?Bukan tidak baik untuk ingatan sebab ia masam? Suka main game RTS tapi game ni ambil masa lame jd slalu cheat je,hehe..

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:36 am

ermm…tapi salah satu makanan kegemaran Nabi ialah cuka =)

Reply

jal January 7, 2013 at 4:24 pm

hehehhe bukan yang tua jer kaki kreekk2 sya yang muda ni kengkadang kreekk gak :D nice info untuk orang muda

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:35 am

keh3….krekkk sesekali takpe…hahaa

Reply

onlajer January 7, 2013 at 6:00 pm

teringat budak – budak negro yang belajar di kota madinah umur 23 dah ada bini 3

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:33 am

woooo…dasat tu

Reply

titan January 7, 2013 at 6:52 pm

salah satu petua awet muda bagi lelaki kacak adalah makan cendol..

Reply

fiezaradzi January 8, 2013 at 1:37 pm

dah agak dah, titan mesti bagi tip makan cendol, nak lagi hebat , makan tiap2 hari.. kan titan?

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:57 am

Terlebih makan, lembek plak nnti cam cendol…hehehehe

Reply

pipoq January 7, 2013 at 8:50 pm

selalu jugak berfikiran muda remaja..cuma kadang2 je teringat rupanya usia udah terlebih sikit..hahaha..

paling penting kalau nak awet muda, jangan lupa PENCIPTA..bila selalu ingat, kita akan rasa baru bermula, bukannya macam dah cukup segala.. :)

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:32 am

hahaha…biasalah…nak2 anak2 dah mula membesar, lagilah rasa muda…hahaha

itu yg penting tu…sentiasa ingatkan DIA

Reply

donnyien January 7, 2013 at 10:13 pm

hai bro,
banyaknya petua untuk awet muda yang bro kongsikan di atas, cuba untuk mengikuti petua di atas sebaik yang mungkin. terima kasih sudi berkongsi.

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:32 am

Hai,
Mmg byak cuma tinggal nak amalkan jer..hehe

Reply

nurmisnan January 7, 2013 at 10:31 pm

Aku setuju yang atas semuanya kecuali bab tengok ceta KOREA tuh..
Plastik.. Takut terikut nak buat surgery mcm diorang.. hik3

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:31 am

keh3…bab citer korea tu…mmg tak boleh layan sangat…hahahaha

tips tu utk tambah kasi sedap entri..keh3

Reply

Denaihati January 7, 2013 at 10:33 pm

suka ayat bawah sekali…he he. muda zahir je…

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:30 am

Muda zahir tak penting…muda batin tu penting

Reply

Nadot January 7, 2013 at 11:58 pm

Terasa pulak baca point nombor 3…hehehe

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:29 am

Samalah kita. Nak tulispun dah terasa…keh3

Reply

TehR January 8, 2013 at 12:07 am

bab cerita korea tu aku tak boleh nak amalkan
payah tu, bro
haha

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:29 am

hahaha..tgk saje drama melayu…ok jugak…keh3

pilihan melawak jer tu cikgu…hahaa

Reply

shraqs January 8, 2013 at 11:55 am

Terbaiklah tips2 ni.
P/s: orang rumah tak bagi potong kumis/misai,.. Nampak terlalu muda plak ha ha

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:04 am

hehe..samalah..katanya nampak tak encem! hahaha

Reply

akubiomed January 8, 2013 at 1:29 pm

Tip menarik. :-)

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:01 am

Berkongsi dgn rakan2

Reply

fiezaradzi January 8, 2013 at 1:38 pm

banyak tips tu.. tapi kalau dengar lagu orang-orang muda, leh join tips ke? ke itu diri sendiri je rasa muda, padahal tak? hahaa

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:57 am

Bagus jugak tips ni..ok..masuk senarai…hahahah

Reply

hairulafiz January 8, 2013 at 4:16 pm

kalau layan citer anime tu aku memang layanlah tapi citer korea huhuhu

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:55 am

keh3…citer korea tu hanyalah pilihan terakhir…hahaha

Reply

hairulafiz January 8, 2013 at 11:35 pm

sekarang ni aku dah rajin bersukan yela utk awet muda hahaha

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:52 am

cantik sangatlah tu bro..baru kekal muda remaja…hahaha

Reply

daddydee January 9, 2013 at 12:38 am

Tips yang menarik. Terima kasih tuan.

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:49 am

Sama2 kasih..sama2 kita amal

Reply

Malaysia coin January 9, 2013 at 12:44 am

Kalau dah jadi blogger, mana boleh nak cukup tidur 8 jam sehari…. :(

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:47 am

hehe…nak tak nak..kenalah jaga kesihatan jugak =)

Reply

Myra Jay January 9, 2013 at 1:34 pm

Ok TQ, kena amalkan selalu la :D

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:43 am

hehe…itu yg penting..konsisten =)

Reply

UmmiKami January 10, 2013 at 9:28 am

Salam hurmat untuk orang muda.. :)

Harum lengkuas di angin lalu,
Belah lada pijar di tangan;
Senyum ikhlas dan manja selalu,
Barulah muda sepanjang zaman. hehe :)

Reply

sharafie January 10, 2013 at 12:38 pm

apesal gambar entri ni tengkorak lembu??menarik tips awet muda ni..tp ada skit je yang aku amalkan..sentiasa tersenyum..sampai bini orang pun tergoda..haish..yang bab makan tu memang susah sikit la..sebab gigi tengah sakit..kunyah 2 3 kali terus telan..

Reply

imkaberita January 11, 2013 at 9:38 am

thank sudah share ilmu baru teman, keep blogging :)

Reply

Ladfe Amir January 11, 2013 at 12:39 pm

lebih baik layan naruto dari layan cite korea.

pastu simpan misai macam Aizat dlm AJL27 baru2 ni. lagi mengancam

Reply

Hazril February 27, 2013 at 1:53 am

good info!!

Reply

Asyrof Asri April 2, 2013 at 4:04 pm

Petua awet muda untuk tambahan pencerahan, sentiasa amalkan makanan sunnah Nabi Muhammad, kehidupan seharian sebagai seorang Muslim dan perkara-perkara yang mendatangkan pahala padanya. ;)

InsyaAllah, muka berseri seperti kita lihat sendiri wajah-wajah para ilmuwan (ulamak).

Reply

ieta mat sa'ad March 27, 2014 at 6:08 pm

mak aih…banyaknye komen… jenuh jari scroll ke bwh. petua awet muda saya ketawa bila je yg suka

Reply

Hafizmd March 28, 2014 at 7:01 am

hehee..semuanya mesra2 kak =)
ketawapun salah satu cara awet muda juga

Reply

fatihah Yaacob July 2, 2014 at 4:13 pm

Lagi satu kalau nak awet muda, boleh cuba Vivix Shaklee pun semulajadi juga tau. Kalau nak nmpk muda dari usia dan nk berhenti merokok , recommended sgt vivix ni :)

Jemput singgah ke blog ye ;)

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }