Oh! Kontest & Pemenang Buku Perang Arab-Israel 1973

Assalamua’laikum.

Kini, giliran ambe mengumumkan pemenang cabutan bertuah sebuah buku iaitu buku ‘Perang Arab-Israel 1973’ sempena¬† kesudian rakan semua mengklik butang g+1@tweet@Like Fb untuk entri kontest iPhone 5 Gadget Impian yang dahpun tamat. Semalam, kecoh juga dilaman fb tentang ‘duplicate content’ yang berlaku antara peserta kontest ni. Hangat dan panas juga. Pasti penganjur sudahpun tahu dan akan membuat keputusan yang terbaik dalam menghargai penat lelah peserta kontest. Kalau sudah rezki, inshaaAllah tak ke mana.

Buku “Gadis Kecil Di Pinggir Gaza” sudahpun mempunyai tuan. Boleh baca entri “Pemenang Buku Gadis Kecil Di Pinggir Gaza”. Siapa pula pemenang buku Perang Arab Israel 1973 Operasi Badar? Boleh periksa nombor cabutan anda di entri ni dulu, “Senarai Peserta Cabutan Bertuah”.

1. Undian ni dibuat sendiri menggunakan jari-jemari ambe yang kacak lagi tak berapa lembut ni. Pemenangnya ialah peserta no. 4. Siapa pemegang tiket nombor 4? Sila tengok sendiri sekali lagi di entri ini, “Senarai Peserta Cabutan Bertuah”. Ambe sengaja tak nak tulis nama pemenang. Kalau nak tahu kot-kot anda yang menang, silalah jenguk kembali link entri di atas untuk memastikan nombor cabutan anda.

2. Antara entri paling menarik semalam yang sempat ambe baca ialah entri bro Titan tentang konsep asas bila buat kontest. Ini entri wajib baca ni! Memang banyak yang ambe setuju dan banyak yang boleh ambe belajar kalau-kalau blog ni nak anjur kontest mahupun GA satu hari nanti.

3. Alhamdulillah. Ambe cukup bertuah mencapai 3 kemenangan di awal tahun 2013. Giveaways anjuran Pondok Kecil, Segmen Review Puan Bee dan Kontest Cikai Ladfe Amir. Terima kasih kepada semua penganjur dan penaja. Semuanya tentang rezeki Allah. Alhamdulillah.

4. Ramai yang menunggu keputusan rasmi kontest iPhone 5 Gadget Impian, moga yang layak menang akan menang jua akhirnya.

5. Tahniah pada semua penganjur GA, Segmen Review, Kontest atas keberanian dan kesungguhan anda untuk menjenamakan blog dan berkongsi rezeki bersama rakan-rakan. Semoga rezeki anda semakin murah dan diberkati Allah jua. Ameen.

@hafizmd – Oh! Kontest & Pemenang Buku Perang Arab-Israel 1973. Ambe memang selalu bertuah kalau ada cabutan bertuah. Alhamdulillah.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.