9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?

Assalamua’laikum.

9 petua awet muda

Petua awet muda dan produk anti-penuaan. Kulit dah tak tegang dan kendur sana sini. Murung, letih dan lesu. Biasalah, ramai yang kata…kalau dah umur meningkat ni, macam-macamlah kurangnya. Mana yang dulu jalan laju ala-ala Usain Bolt lari 100meter, kini dah perlahan walaupun tak seperlahan siput. Dulu kalau pusing shopping complex Sogo+Jalan TAR lima puluh kali, steady aje. Sekarang nak habis satu pusingpun semput. Nafas dah tak teratur. Dah tak power! Dulu kulit tegang lagi anjal, sekarang dah nampak kedut seribu. Lututpun ada bunyi-bunyi, kreeeekk….Biasalah, usia di”salah”kan atas seribu kedutan dan ke’kreeekk’kan yang berlaku. Kita lupa nak tanya diri sendiri, selama ni kita amalkan tak petua awet muda? Petua awet muda bukan sekadar muda fizikal. Yang lebih penting ialah muda di jiwa dan hati dalam erti kata sebenar. Jom ambe kongsikan beberapa petua untuk kekal awet muda.

Petua awet muda zahir & batin

  1. Kitaran hidup seharian. Contohnya tidur. Cara nak tidur, cara tidur, cara bangun tidur. Ini penting untuk pastikan kita tak lesu dan mengantuk. Ada yang tidur terlangkup, ada yang tidur kaki tergantung, ada yang tidur sambil dengar lagu, ada yang tidur tak tidur. Cara terbaik petua awet muda untuk tidur? Ikutlah sunnah Nabi. Kata Saidatina Aisyah, Nabi kalau nak tidur mesti baca surah 3 Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dan tiup kat tapak tangan. Kemudian Nabi sapu kat kepala, muka dan seluruh badan yang sampai. Nabi ulang 3 kali. (Maksud hadith riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad).
  2. Cara berjalan. Penting untuk berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk. Ada yang laju yang amat, ada yang perlahan yang sangat. Contohi cara Rasululullah berjalan. Kata Saidina Ali, Nabi berjalan tegak seperti berjalan menuruni tanah landai. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? (Maksud hadith riwayat Tarmizi dan Hakim). Itulah cara Nabi. Berjalan tegak tapi tidak mendada. Berjalan juga senaman yang amat bagus untuk jantung!
  3. Makan. Kita biasa dengar, “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang…”. Kita? Makan selepas kenyang, berhenti selepas habis makanan dibantai. Tak sempat kunyah, dah telan. Kesian perut, kerja kuat nak hadam. Gigit dan kunyah makanan kita biar hancur. Gigi bukannya sekadar hiasan. Air liur (ada enzim amilase pecahkan kanji kepada gula) bukan saja-saja Allah buat. Nanti dah takde gigi, sibuk cari gigi palsu. Sekarang ada pula produk berasas kolagen yang katanya bagus untuk tegangkan dan anjalkan kulit. Kalau mampu, boleh beli =)
  4. Pergaulan. Ramai yang sakit hati dengan rakan sekerja, ahli politik, jiran tetangga malah dengan rakan alam maya yang tak pernahpun kita tengok rupanya. Macam-macam berita kita tolong sebarkan di twitter & facebook tanpa kita tahu kebenarannya. Jangan kita jadi tukang sebar fitnah! Semua orang tau, fitnah tu lebih dahsyat daripada membunuh. Eh, takkan selamba jer kita suka-suka nak kongsi gambar seksi dan berita sensasi yang tak sahih demi nak dapat traffik kencang? Sama-sama kita perbanyak istighfar, senyum dan perkuatkan tali persaudaraan. Hati tenang, inshaaAllah wajahpun nampak awet muda!
  5. Hiburkan hati. Macam-macam jenis hiburan bersepah kat alam dunia ni. Pilihlah hiburan yang boleh mengingatkan kita pada Allah dan kematian. Ambe naik runsing juga tengok cerita Melayu terutamanya, penuh dengan dendam dan perkara negatif. Siap ada guna tok bomoh lagi. Orang kita memang suka bermain dengan emosi dan kontroversi. Dah habis idea nak buat karya yang mendidik jiwa anak petua awet muda? Baik tengok cerita Naruto
  6. Jaga kesihatan paru-paru dan jantung. Makanlah epal masam sebab ada kajian yang sebut, kalau makan 5 biji epal seminggu, dah cukup untuk memelihara kesihatan paru-paru kita. Untuk kesihatan jantung, boleh amal makan tomato yang bagus untuk buang kolesterol berlebihan. Lupakan makanan yang banyak MSG, nanti berat naik, jangan salahkan orang lain. Paru-paru dan jantung yang sihat, pasti akan buat kita lebih ceria, cergas dan wajahpun nampak muda remaja. Tak gitu?
  7. Bergurau senda. Silalah bergurau senda dengan anak isteri. Jangan asyik serius sepanjang hari. Walaupun umur sudah lebih 30 tahun, apa salahnya bergurau senda seperti zaman awal-awal perkahwinan dulu? Bukan orang lain, isteri@suami kita juga yang akan nampak lebih muda nanti! Ada pulak yang risau nanti bila suami nampak muda..hehehe
  8. Aerobik Minda. Ransang minda dengan permainan seperti teka silang kata, kotak rubik, sudoku, main game perang-perang, dinner dash? Bila kita asyik latih minda untuk selesaikan masalah dan atur strategi, ia akan memudakan minda kita dan merendahkan risiko penyakit Alzhemer.
  9. Motivasi tinggi. Untuk awet muda, kita perlu sentiasa ceria dan cergas. Motivasi diri kenalah tinggi dan bagus. Tak mudah putus ada dan terasa. Terima kritikan dan lihat sesuatu dengan positif. Tak faham lagi? Anda boleh cuba untuk baca ebook Super Motivasi oleh Bro Nashriq. Beliau ada berkongsi pelbagai tips menarik untuk terus bermotivasi! Kena baca sendirilah…hehe

Nak lagi petua awet muda? Ada lagi, tapi yang ni bergantunglah. Mungkin boleh nampak muda, bergantung kepada banyak mana anda “perasan” anda tu muda!

  • Buang kumis. Mesti nampak macam zaman muda remaja! Nak lagi bagus, rambut gaya belah tepi…yeahaaa!
  • Rambut pendek dan kemas. Pasti nampak sentiasa hensem kacak bergaya.
  • Kahwin muda. Kenapa? Sebabnya, bila anak dah besar, kita masih lagi muda bergaya. Mesti orang cakap camni…”akak, ni adik ke?”. Sila perasan lagi! Nak tau apa lagi kebaikan kahwin muda? Sila baca entri ini sekarang –> Kebaikan Kahwin Muda
  • Layan anime seperti Naruto dan One Piece. Moga kita perasan kita masih muda remaja walaupun anak dah ada dua.
  • Layan cerita Korea, sebab hero dan heroinnya punya muka yang amat licin dan anjal lagi gebu. Perasan kitapun nak jadi macam tu, jadi silalah amalkan 9 petua awet muda di atas.

Ambe tahu ada lagi petua awet muda tentang makanan/supplemen tambahan, makan cendol Banting makan ulam pegaga banyak-banyak mahupun cara bersenam untuk nampak muda. Ada lagi? Anda pulak yang tambah yer…

Kalau anda rasa entri ni ada manfaat, boleh klik butang G+, Tweet mahupun Like Fb. Bolehlah buktikan butang-butang ni berguna selain manipulasi semata-mata!

@hafizmd – Petua awet muda. Apa guna awet muda, tapi hati sudah “tua”.