Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola Sepak

Assalamua’laikum.
Peminat bola sepak Malaysia seperti ambe pastinya akan mula mencetak “Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013” dalam kamus rancangan tv masing-masing. Mungkin ada para isteri yang sudah mula gusar bila berdepan dengan situasi ini. Nak kena berkongsi alat kawalan tv dan kepeningan tengok bola setiap minggu. Maafkan kami wahai para isteri, kami cintakan bola sepak! Kami dan bola sepak ibarat gawang gol dan bola, apa guna ada bola tapi tak pandai jaringkan gol? Ok. Berhenti merepek. Jadual Liga Super Malaysia musim 2013 kali ni pasti menjadi tumpuan kerana beberapa sebab yang amat menarik. Serius, memang teruja habis! 

Jadual Liga Super musim 2013.

jadual liga super Malaysia musim 2013 januari

  1. Kalau nak download penuh jadual Liga Super Malaysia 2013, sila ke laman ni —> Jadual Lengkap Liga Super Malaysia 2013
  2. Kali ni nampaknya ada lagi pasukan yang terpaksa bermain disebelah petang. Antaranya ialah Terengganu dan T-Team, dua-dua pasukan kesayangan ambe. Harap pihak PBSNT cepat-cepat selesaikan masalah ni. Main petang, penonton mesti tak berapa ramai!
  3. Pasukan pilihan Liga Super musim 2013. Ambe pilih Kelantan, Johor DT dan Terengganu. Ok. Selangor pun ambe pilih.
  4. Perlawanan tumpuan Liga Super Malaysia 8 Januari 2013 pastinya perlawanan Johor DT vs Pahang. Saksikan siaran langsung perlawanan ni di Astro Arena 801. Blogger Hairulafiz pasti dah siap siaga dengan jersi baru dan kemaskini terbaiknya!
  5. Terengganu diharap mampu memberi cabaran kepada pasukan gergasi lain setelah beberapa tonggak utama pasukan Terengganu musim 2012 berhijrah ke pasukan lain. Antaranya ialah Sarbinee Allawee, Abdul Syukur Jusoh (Selangor), Mazlizam Mohamad, Marzuki Jusoh (T-Team), Muslim Ahmad (Johor DT), Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi serta beberapa lagi pemain.
  6. Liga Malaysia musim 2013 diharap mampu melahirkan ramai lagi pemain muda berbakat besar seperti Nazmi Faiz dan Wan Zack Haikal. Pemain-pemain muda seperti ini amatlah diharap diserap dalam skuad utama Harimau Malaya.
  7. Liga Super Malaysia pada ambe, adalah medan eksperimen sebenar untuk jurulatih bola sepak kebangsaan. Pemain yang berkebolehan, silalah panggil untuk membarisi skuad Harimau Malaya!

Diharap, Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 ni memudahkan para peminat bola sepak Malaysia untuk sama-sama turun padang memberi sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing. Siapa lagi yang nak sokong, kalau bukan kita? Takkan nak sokong pasukan BPL jer?peace…

Untuk mengetahui lebih dekat setiap keputusan terkini, jadual Liga Super Malaysia musim 2013, kedudukan carta Liga Super 2013…boleh terjah laman ini—> Liga Super Malaysia Sokernet

@hafizmd – Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013. Apakah berbaloi pasukan yang berbelanja besar musim ni?