Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola Sepak

by hafizmd on 8 January 2013

Assalamua’laikum.
Peminat bola sepak Malaysia seperti ambe pastinya akan mula mencetak “Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013” dalam kamus rancangan tv masing-masing. Mungkin ada para isteri yang sudah mula gusar bila berdepan dengan situasi ini. Nak kena berkongsi alat kawalan tv dan kepeningan tengok bola setiap minggu. Maafkan kami wahai para isteri, kami cintakan bola sepak! Kami dan bola sepak ibarat gawang gol dan bola, apa guna ada bola tapi tak pandai jaringkan gol? Ok. Berhenti merepek. Jadual Liga Super Malaysia musim 2013 kali ni pasti menjadi tumpuan kerana beberapa sebab yang amat menarik. Serius, memang teruja habis! 

Jadual Liga Super musim 2013.

jadual liga super Malaysia musim 2013 januari

  1. Kalau nak download penuh jadual Liga Super Malaysia 2013, sila ke laman ni —> Jadual Lengkap Liga Super Malaysia 2013
  2. Kali ni nampaknya ada lagi pasukan yang terpaksa bermain disebelah petang. Antaranya ialah Terengganu dan T-Team, dua-dua pasukan kesayangan ambe. Harap pihak PBSNT cepat-cepat selesaikan masalah ni. Main petang, penonton mesti tak berapa ramai!
  3. Pasukan pilihan Liga Super musim 2013. Ambe pilih Kelantan, Johor DT dan Terengganu. Ok. Selangor pun ambe pilih.
  4. Perlawanan tumpuan Liga Super Malaysia 8 Januari 2013 pastinya perlawanan Johor DT vs Pahang. Saksikan siaran langsung perlawanan ni di Astro Arena 801. Blogger Hairulafiz pasti dah siap siaga dengan jersi baru dan kemaskini terbaiknya!
  5. Terengganu diharap mampu memberi cabaran kepada pasukan gergasi lain setelah beberapa tonggak utama pasukan Terengganu musim 2012 berhijrah ke pasukan lain. Antaranya ialah Sarbinee Allawee, Abdul Syukur Jusoh (Selangor), Mazlizam Mohamad, Marzuki Jusoh (T-Team), Muslim Ahmad (Johor DT), Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi serta beberapa lagi pemain.
  6. Liga Malaysia musim 2013 diharap mampu melahirkan ramai lagi pemain muda berbakat besar seperti Nazmi Faiz dan Wan Zack Haikal. Pemain-pemain muda seperti ini amatlah diharap diserap dalam skuad utama Harimau Malaya.
  7. Liga Super Malaysia pada ambe, adalah medan eksperimen sebenar untuk jurulatih bola sepak kebangsaan. Pemain yang berkebolehan, silalah panggil untuk membarisi skuad Harimau Malaya!

Diharap, Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 ni memudahkan para peminat bola sepak Malaysia untuk sama-sama turun padang memberi sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing. Siapa lagi yang nak sokong, kalau bukan kita? Takkan nak sokong pasukan BPL jer?peace…

Untuk mengetahui lebih dekat setiap keputusan terkini, jadual Liga Super Malaysia musim 2013, kedudukan carta Liga Super 2013…boleh terjah laman ini—> Liga Super Malaysia Sokernet

@hafizmd – Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013. Apakah berbaloi pasukan yang berbelanja besar musim ni?

{ 40 comments… read them below or add one }

papa mifz January 8, 2013 at 11:35 am

perlawanan pertama N.Sembilan vs Selangor…makno eh Den vs Isteri Den…ha siapo lah monang agaknyo…hehe
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Tempat Menarik di Melaka

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:28 am

hehe…duo2 kome kene sokong

Reply

hatiputera January 8, 2013 at 11:39 am

Pasukan tumpuan pada malam ini semestinya Johor Darul Takzim.
Baca entri terkini Blogger hatiputera´s: Bidikan Pertama Menggunakan Wide Angle Lens Nikkor 35mm

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:28 am

Akhirnya tewas tapi perlawanan ni mmg best!

Reply

titan January 8, 2013 at 1:14 pm

go selangor go!!
Baca entri terkini Blogger titan´s: Komisen ke 9 dari Jobdirumah.com

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:01 am

Tahniah selangor menang!

Reply

Joe January 8, 2013 at 1:37 pm

Saya tertanya tanya mengapa isu perpindahan pemain masih tidak professional. FAM has to do something.
Baca entri terkini Blogger Joe´s: Cubaan Cashout $1000 Dari Clickbank

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:58 am

Isu org atas JDT mencari pemain semasa pemain dalam kejohanan AFF amat jarang berlaku

Reply

boni kacak January 8, 2013 at 2:35 pm

Adakah pasukan Johor akan meroket lepas ni??hehehe.banyak star dalam tu
Baca entri terkini Blogger boni kacak´s: Bila Aku Menggila Atas Pentas

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:56 am

Sama2 kita tunggu!

Reply

hairulafiz January 8, 2013 at 4:18 pm

semoga pelaburan JDT berbaloi
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Pahang

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:55 am

Harap2nya berbaloi dan mampu mengangkat status bola sepak Malaysia lebih baik

Reply

hairulafiz January 8, 2013 at 4:18 pm

lupa plak. tq bagi link bro..
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Pahang

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:54 am

Terima kasih kembali

Reply

muktasim January 8, 2013 at 7:13 pm

tak sabar nak tgk man city malaysia main malam ni.. :)
Baca entri terkini Blogger muktasim´s: Penerbangan Percuma AirAsia – Program Integrasi 1Malaysia

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:54 am

hehe…sama macam man city, ada yg nampak tak serasi lagi

Reply

TehR January 8, 2013 at 8:31 pm

gomo klate gomo
haha

tapi kelantan main malam besok la
dah tak sabar ni
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Pantun Orang Mengidam

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:54 am

Tahniah Kelate…memang perlawanan pertama kalahkan PKNS 2-1

Reply

azwan January 8, 2013 at 8:55 pm

semoga liga malaysia tahun ni lebih meriah dan menarik berbanding sebelumnya
Baca entri terkini Blogger azwan´s: Harimau Malaya Perlu Di Rombak

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:54 am

Itulah harapnya….baru syok nak tengok semua game

Reply

padin January 8, 2013 at 11:09 pm

hehee Alhamdulillah Selangor menang game pertama :D
Baca entri terkini Blogger padin´s: Nostalgia : Koleksi Permainan

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:53 am

Nampaknya Selangor bakal kembali menggegar bolasepak Malaysia…

Reply

CutiMalaysia January 8, 2013 at 11:36 pm

Hafizmohd jemput datang sertai contest di CutiMalaysia.my. Hadiah keseluruhan RM 800 untuk dimenangi..jom join

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:51 am

Terima kasih singgah. InshaaAllah, akan cuba utk memeriahkan kontest ni

Reply

titan January 8, 2013 at 11:54 pm

haha..pahang menang, selangor pun menang. suka aku malam ni.

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:50 am

ceee…selangor menang, aku fahamlah…pahang menang?pasai pa ko suka?ada skandal kat sana ek?hehehe

Reply

daddydee January 9, 2013 at 12:14 am

Menunggu untuk game kelantan esok. heheheeh
Baca entri terkini Blogger daddydee´s: Kesan Inflasi Kepada Kita

Reply

suri January 9, 2013 at 2:20 am

itu sudah pasti bro nghee… jgn terlepas key kwn2 semua
Baca entri terkini Blogger suri´s: Mi Suah Sup

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:47 am

@suri,pasti tonton pasukan pilihan masing2

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:50 am

aaa…betullah…ada lagi 4 team tak main

Reply

suri January 9, 2013 at 2:20 am

tadi gak tgok tv tpi tak tahu sapa juara selangr ke ngri 9 hee..lupa dah
Baca entri terkini Blogger suri´s: PRIVATE & CONFIDENTAL

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:47 am

Selangor menang..ini baru mula ni..

Reply

fiezaradzi January 9, 2013 at 11:12 am

yelah, yelah.. tengoklah bola.. kami anak beranak naik tido dulu.. hihi.. susah lah peluang nak tgk citer korea ni.. hahaha

trengganu main petang ek? tgk pulau pinang, pagi tak main, petang tak main, malam pun tak main.. hehehe
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Giveaway Pertama dari Haniz.com

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:46 am

keh3…nak buat camne…dah sebati ngn bola…hohohohoho

pulau pinang power!

Reply

hairulafiz January 9, 2013 at 4:34 pm

nampaknay JDT bermula dgn langkah kiri…huhuhu
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Wordless Wednesday # 11 : Besarnya buah nangka tu!

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:41 am

Gitulah nampaknya, tp mmg nampak boleh pergi jauh cuma ada bahagian yg nampak tak berapa serasi dan tak berapa berfungsi dgn baik…

Paling best tgk Guiza passing bola masa first half…terbaik bro!

Reply

yas January 9, 2013 at 5:19 pm

Tak sangka semalam Pahang leh beat JDT….mcm tonton perlawanan akhir la plak….hehhe
Baca entri terkini Blogger yas´s: Serius – Wanita Beranak Dalam Kapalterbang

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 8:38 am

Setuju. Game mmg best…laju jer…berbeza ngn live satu lagi…opppsss!

Reply

topo January 10, 2013 at 10:04 am

malangnya RTM hanya siarkan beberapa perlawanan je -.-
Baca entri terkini Blogger topo´s: Gambar Sambutan Tahun Baru 2013 di Serata Dunia

Reply

Ladfe Amir January 11, 2013 at 12:34 pm

perlawanan pertama sudah lepas. tapi bukan pengukur segalanya.
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Tip Nuffnang Untuk Dapatkan Iklan Kempen CPUV Buffered Earning

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: