Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit Birit

"tip ubat cegah sakit perut buang air kecil"

Assalamua’laikum.

Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit Birit. Kalau anda tiba-tiba sakit perut, apa yang anda lakukan? Cari tandas dan melepaskan hajat. Selesai. Sekali sakit perut tadi datang lagi dan kali ni anda dah dapat ‘kerja baru’ iaitu ulang-alik ke tandas. Najis yang keluar bukan pepejal dan dah macam air. Sah, anda dah kena cirit birit! Seksa juga bila kena sakit perut akibat cirit birit ni. Betul tak? Kena pula waktu kita sedang enak tidur. Serius, penting untuk kita tahu samada kita sakit perut cirit birit atau sakit perut lain yang luar biasa.ย 

4 simptom/tanda-tanda sakit perut cirit birit

1. Sakit dan kekejangan perut – Perut mulai terasa tak sedap (mulai rasa memulas dan kejang). Akhirnya, akibat kita dah ulang alik ke tandas membuang hingga hampir kosong perut kita, pasti akan rasa sakit di bahagian perut tengah akibat kekejangan.

2. Loya dan muntah – Akibat ada alahan makanan, pengawet makanan, ubat-ubatan dan mungkin kita termakan/minum makanan yang tak bersih menyebabkan kita mula rasa loya dan nak muntah.

3. Letih – Rasa letih akibat sakit perut cirit birit. Tenaga banyak hilang akibat kehilangan banyak air. Mahunya tak letihkan?

4. Demam – Biasanya kita pun tak sedar kita demam, tapi elok kita sediakan jangka suhu. Jika suhu badan mencapai 37 darjah celsius, demamlah tu!

Apa nak buat bila dah kena sakit perut cirit birit?

Biasanya kalau sakit perut cirit birit ni, ia akan baik sendiri. Untuk mengurangkan tanda-tanda sakit perut cirit birit ni dan mencegah dehidrasi (hilang air dalam tubuh), boleh lakukan 3 perkara di bawah;

tanda-tanda sakit perut cirit birit

  • Minum air masak banyak-banyak.
  • Makan makanan separa pepejal (macam bubur) dan kurang serat secara beransur-ansur.
  • Elak makan produk tenusu, makanan tinggi serat, makanan tinggi bahan pengawet dan makanan tinggi lemaknya.

Ubat sakit perut cirit birit tradisional

Sebelum tu, ubat sakit perut/cirit birit dan ibu segala ubat ialah kita tahu yang kita tak sihat. Kita kena terima ianya dugaan Allah untuk kita. Jadi, ubatnya ialah sabar dan berusaha untuk cari ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati.

Apa ubat tradional untuk sakit perut/cirit birit?

  • Pucuk jambu batu – Caranya ambil beberapa helai. Basuh bersih, kunyah dan telan.
  • Buah ciku muda – Caranya rebus dan minum air rebusan tu.
  • Teh pekat – Bancuh teh biar kaw dan minum.
  • Air tepung gandum – Bancuh gandum dalam air suam. Biar gandum tu mendap di dasar cawan dan minum.
  • Pil Chit Kit Teck Aun – Ambil ikut dos seperti yang disarankan.

Ada lagi petua lain untuk sakit perut/cirit birit?

  • Doktor pesan, sila basuh tangan sebersih-bersihnya. Takut nanti berjangkit pula kepada anak isteri.
  • Makan makanan yang baru dimasak. Mana-mana yang dah berhari-hari dalam peti sejuk, janganlah dipanaskan kembali dan dimakan!
  • Masa kena sakit perut cirit birit ni, elok kita duduk di rumah saja. Takut nanti ada yang berjangkit.
  • Makan buah dan sayur yang sudah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.

Nak juga beli ubat di farmasi? Boleh cuba beli Lomotil ubat untuk cirit birit.

Ingat, penting untuk kita kenal tanda-tanda sakit perut cirit birit dan tanda-tanda sakit perut yang lain. Contohnya tanda-tanda sakit perut radang appendik. Boleh baca di sini –> 9 Tanda-Tanda/Simptom Sakit Perut Radang Appendik

@hafizmd –ย  Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit Birit. Ambe kena cirit birit bermula pagi semalam, memang ditakdir tak berpeluang ke SBDdB13. Terima kasih my gwiyomi buatkan bubur semalam =)

Sumber rujukan: Portal MyHealth