Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal!

Assalamua’ laikum.

Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal! Selangor seri buat kali kelima berturut-turut dan kali kesembilan musim ni. ATM tewas dengan N.Sembilan melepaskan peluang untuk memintas Lions XII di takhta liga. Apakah ada pasukan yang mampu sekat kemaraan Lions jadi juara Liga Super 2013?

1. Tahniah Kelantan dan Selangor!

Kenapa nak tahniah? Sebab ambe tengok walaupun dua pasukan ni baru saje habis game dalam Piala AFC, terutamanya pemain Selangor yang baru pulang dari Maldives. Ternyata pemain memang kepenatan bermain dalam perlawanan yang berturut-turut tanpa henti. Pemain masih mampu buat hantaran menarik dan memberikan persembahan yang tak mengecewakan.

keputusan terkini liga super 18 mei

2. Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak siap cakap lagi lebih kurang camnilah, “liga kita liga paling sibuk dalam dunia.” Ternyata ada nada sinis dan sedikit kesian kepada pemain yang kepenatan. Bukan senang nak jadi pemain bola, kita yang jadi penyokong ni kena jugak beri sokongan padu kepada pasukan pilihan. Jangan masa menang kita sokong, masa kalah kritik kaw-kaw punya!

3. ATM ambe jangka boleh menang ke atas N. Sembilan. Nyata silap bila ATM gagal ambil peluang untuk menang dan pintas Lions. Pasukan mana lagi lepas ni yang boleh kita harap untuk tumbangkan Lions?

kedudukan terkini liga super

4. Mungkin Liga Super 2014, FAM perlu kaji balik kerelevanan penyertaan pasukan Lions XII dalam liga Malaysia, mereka nampaknya betul-betul gunakan kesempatan yang ada untuk membina skuad terbaik dalam menghadapi Sukan SEA contohnya.

5. Jangan lupa aksi separuh akhir Piala FA minggu depan. Kelantan vs Terengganu dan Pahang vs Johor Darul Takzim.

Sekian kemaskini ringkas. Dah ngantuk, nak kena tidur awal. Penat bersorak untuk Kakak hari ni untuk Hari Sukan sekolahnya =)

@hafizmd – Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal! Esok, ambe doakan moga Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network berjalan lancar!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.