Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!
Assalamua’laikum.
*Awas, entri ni memang entri merepek santai* Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi. Esok, 24 Mei sekolah dah mula bercuti (Hari Wesak) sampailah 9 Jun. Lama jugak tu. Sebut jer cuti sekolah, manusia yang paling gembira atas muka bumi ni ialah budak-budak sekolah. Kalau ada cuti sekolah kat planet Nameks sekali pun, budak-budak sekolah jugaklah yang riang ria. Mana taknya, tak perlu pergi sekolah. Maksudnya…
Kenangan masa belum baligh
Maksudnya banyak masa untuk main! Sebut pulak pasal main, budak-budak sekarang tau main ape yer? Alih-alih main game kat komputer jer ke? Takkanlah, kan? Bosan tuuu…
Dulu-dulu masa ambe masih budak lagi, dengan gaya rambut belah tepi…asal cuti sekolah jer biasanya ada latihan sukan. Tak pun kami paksa cikgu sukan untuk buat latihan waktu petang. Dapat main bola sejam dua jadilah. Mak ayah pun tak risau sebab dah tahu kami ada kat padang sekolah.
Malamnya, jangan haraplah nak keluar rumah. Kalau keluar jugak, siaplah dapat ‘hadiah’ daripada Abah. ‘Best’. Jadi, malam-malam biasanya kena baca Quran. Waktu cuti macam nilah saat dan ketikanya kami kalau boleh diwajibkan baca banyak-banyak, supaya dapat khatam cepat-cepat dan ulang lagi dan lagi. Sampailah berapa kali khatam Quran.
Cerita pulak bab mengaji ni, arwah Abah ambe ni Ustaz, tapi macam ustaz-ustaz lain jugaklah, anak mesti gi ngaji dengan guru lain. Bila tiba waktu cuti sekolah camni, bila kena mengaji dengan arwah Abah, ambe dengan adik perempuan ambe yang belum khatam mesti menangis bila mengaji dengan arwah Abah. Garang woo bila bab mengaji.
Alhamdulillah, berkat garangnya arwah Abah, boleh ambe baca Quran dan ajar anak pulak. Cuma bab garang jer belum cukup resepinya =) Terima kasih Abah.
Aktiviti anak-anak sekarang bila cuti sekolah
Anak ambe yang sulung, Kakak dah siap beritahu kawan-kawan yang dia nak balik kampung bila cuti sekolah ni. Adeh. Abah belum cakap apa-apa lagi, tapi Kakak dah ‘memerangkap’ Abah. Pandai betullah. Jadi, salah satu aktiviti wajib untuk cuti sekolah kali ni ialah balik kampung.
Selain tu, ada juga sesi jalan-jalan makan angin. Lokasinya bakal diceritakan selepas ambe balik bercuti nanti. Oleh sebab cuti ni agak panjang, dah pasti ambe akan siapkan ‘jadual tak terancang’ untuk Kakak. Kena juga mengadap buku. Buku belajar suku kata, asas matematik, asas BI dan pastinya buku Iqra’. Cikgunya ialah ambe dan isteri =)
Ok. Dah siap satu entri merepek santai ini. Perut ambe masih lagi tak berapa keruan dek terkena “kerusi merah beruang merah” (‘chair red bear red’) bak kata Datin Tyka yang sedang mungkin dilamun cinta.
Nak menulis dengan jiwa pun tak berapa nak boleh akibat penangan sakit perut ni. Harap maklum.
@hafizmd – Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi. Cikgu-cikgi macam mana? Ada kursus ke cuti sekolah ni?
nice sharing…
teringat mse kecik2 dlu…
hehe
Trima kasih KM singgah sini
untunglah anak mau balik kampung. ada sesetengah orang tu nak balik kampung pun taknak. sanggup duduk ngadap game daripada balik kampung jumpa tok nenek.
hehe..anak2 tak diajar ngadap game..tu yg pantang sebut kampung, terus ajak balik esok..hohooh
Siaplah apabila cuti sekolah bermula tentu riuh rendah rumah jadinya.
Tak pernah sunyi..hhehe
cuti sekolah mesti ambil peluang baik kampung lama sikit, anak2 puas sikit main2 kat kamung dan bagi meriah atoknya..
Mmg meriah. Kakaklah paling seronok, ada mak tok ngn wan layan dia
insyaAllah nak g langkawi esok..disupport..hehe
tapi balik ni terus ada kelas tambahan
wah..bagus² mak bapak luangkan masa didik anak² sendiri
wah…ini mmg terbaiklah cikgu! fully support =)
dah balik nanti, tgh fresh, mesti mood cikgu makin kacaklah..hehe
selagi ada masa ni, bolehlah..hehe
wah, seronoklah di support macam tu.. bila la org nak support kami.. nak pergi jugak..
bro kena lagi garang daripada ayah bro tu. 🙂
hehe…kadang2 bleh jugaklah.. =)
kerja kahwin pun banyak gak….
siap sedia saje =)
time2 cuti sekolah mcm ni anak anak la yg paling happy kannn hehehe
betul tu mak dara…anak2 seronok habis
gua kahwin ka..lom kahwin ka..wajib balik kampung. haha..
itu terbaik! dah kawen, kena bergilir balik kampung bini plak =)
dah cikgu, cuti sekali, kalau tak balik, mmg la…
kalau balik kampung yg macam kampung.. mmg terasa suasana kampung.. tapi kalau kampung yg dah mcm bandar, terasa sama je mcm kat rumah sendiri…
hehe..urbanisasi dah sampai ke kampung.. =)
nasib baik kampung kami berdua masih lagi kampung nya..
Cuti sekolah saya sama saja. Keja tetap kena keja. hheehhe
hehehe..samelah kita…yg cutinya anak..bukan bapak..hehe
ada 3 kenduri kahwin sedang tunggu dalam cuti ni
tu dia..duduk kat kg lagu tulah..silap2, dok payoh masok dumoh doh..makan kenduri tipa2 hari
lepas jumaat semalam ada majlis solat hajat kat rumah bapa saudara
juga ada hidangan percuma 😀
@cikgu, tu yg best tu duduk kampung…boleh p kenduri kendara, majlis tahlil sana sini =) hehe
balik kmpg kat mn ni?tganu ke?
balik penang..hari tu dh balik ganu..turn penang plak..hehe
cik tom balik kg dok?
tempat aku takde sungai mcam ni lah sungai gambut + tanah liat ada la
tmpat ambe masih ada jugaklah..
ini kat sg sedim =)
dulu kalau cuti sekolah, balik Singapore je… cousin sebaya semua di sana
wah…kiranya masih ramai lagi sanak saudara di sana yer DT?
ye.. semua sepupu DT berada di Singapore.. tu kerap balik Singapore..
selamar bercuti utk yg bercuti.. hehe..
Asyik….. cuti
cuti sekolah begini,kurang sikitlah kelam kabutnya…
kalau tak awal pagi dah kena bangun siapkan anak-anak nak pergi sekolah…hehe
hehee…betul jugok tu boh…hehee
Emm seronok sakan lah anak-anak tu yer..saat yang ditunggu-tunggu..kakak tu dah pandai psikologi abah dia..hahaha..selamat bercuti bro…
Ayat dia sekrang mmg byk yg psiko..adeh
cuti sekolah, anak2 paling suka.. wpun kadang2 dia jugaklah yg nak pergi sekolah.. hehe..selamat cuti..