Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!

Assalamua’laikum.

*Awas, entri ni memang entri merepek santai* Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi. Esok, 24 Mei sekolah dah mula bercuti (Hari Wesak) sampailah 9 Jun. Lama jugak tu. Sebut jer cuti sekolah, manusia yang paling gembira atas muka bumi ni ialah budak-budak sekolah. Kalau ada cuti sekolah kat planet Nameks  sekali pun, budak-budak sekolah jugaklah yang riang ria. Mana taknya, tak perlu pergi sekolah. Maksudnya… 

Kenangan masa belum baligh

Maksudnya banyak masa untuk main! Sebut pulak pasal main, budak-budak sekarang tau main ape yer? Alih-alih main game kat komputer jer ke? Takkanlah, kan? Bosan tuuu…

Dulu-dulu masa ambe masih budak lagi, dengan gaya rambut belah tepi…asal cuti sekolah jer biasanya ada latihan sukan. Tak pun kami paksa cikgu sukan untuk buat latihan waktu petang. Dapat main bola sejam dua jadilah. Mak ayah pun tak risau sebab dah tahu kami ada kat padang sekolah.

Malamnya, jangan haraplah nak keluar rumah. Kalau keluar jugak, siaplah dapat ‘hadiah’ daripada Abah. ‘Best’. Jadi, malam-malam biasanya kena baca Quran. Waktu cuti macam nilah saat dan ketikanya kami kalau boleh diwajibkan baca banyak-banyak, supaya dapat khatam cepat-cepat dan ulang lagi dan lagi. Sampailah berapa kali khatam Quran.

Cerita pulak bab mengaji ni, arwah Abah ambe ni Ustaz, tapi macam ustaz-ustaz lain jugaklah, anak mesti gi ngaji dengan guru lain. Bila tiba waktu cuti sekolah camni, bila kena mengaji dengan arwah Abah, ambe dengan adik perempuan ambe yang belum khatam mesti menangis bila mengaji dengan arwah Abah. Garang woo bila bab mengaji.

Alhamdulillah, berkat garangnya arwah Abah, boleh ambe baca Quran dan ajar anak pulak. Cuma bab garang jer belum cukup resepinya =) Terima kasih Abah.

Aktiviti anak-anak sekarang bila cuti sekolah

Anak ambe yang sulung, Kakak dah siap beritahu kawan-kawan yang dia nak balik kampung bila cuti sekolah ni. Adeh. Abah belum cakap apa-apa lagi, tapi Kakak dah ‘memerangkap’ Abah. Pandai betullah. Jadi, salah satu aktiviti wajib untuk cuti sekolah kali ni ialah balik kampung.

gambar sungai sedim aktiviti cuti sekolah

Selain tu, ada juga sesi jalan-jalan makan angin. Lokasinya bakal diceritakan selepas ambe balik bercuti nanti. Oleh sebab cuti ni agak panjang, dah pasti ambe akan siapkan ‘jadual tak terancang’ untuk Kakak. Kena juga mengadap buku. Buku belajar suku kata, asas matematik, asas BI dan pastinya buku Iqra’. Cikgunya ialah ambe dan isteri =)

Ok. Dah siap satu entri merepek santai ini. Perut ambe masih lagi tak berapa keruan dek terkena “kerusi merah beruang merah” (‘chair red bear red’) bak kata Datin Tyka yang sedang mungkin dilamun cinta.

Nak menulis dengan jiwa pun tak berapa nak boleh akibat penangan sakit perut ni. Harap maklum.

@hafizmd – Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi. Cikgu-cikgi macam mana? Ada kursus ke cuti sekolah ni?