BAM Sasar Malaysia Layak Ke Separuh Akhir, Tewas Lawan Jerman!

Assalamua’laikum.

Malaysia tewas lagi semalam. Kali ni dengan pasukan Jerman. Rata-rata pemain kita rankingnya lebih baik, tapi dalam sukan badminton, ranking memang bukan penentu kemenangan. Selepas kita dimalukan Taiwan, kali ni giliran Jerman menunjukkan jalan keluar buat pasukan badminton Malaysia. Cukup mengecewakan!

1. Keputusan penuh Malaysia vs Jerman

  • Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah Fuchs-Michels (21-17, 18-21, 17-21)
  • Lee Chong Wei menang Dieter Domke (21-18, 21-18)
  • Khim Wah-V Shem menang Ingo Kindervater-Johannes Schoettler (21-16, 23-21)
  • Tee Jing Yi kalah Konon (12-21, 14-21)
  • Woon Khe Wei-Vivian Hoo Kah Mun kalah Michels-Johanna Golsizewski (16-21, 21-16, 18-21)

2. Kita tewas 2-3. Sasaran BAM untuk pasukan Malaysia ialah layak paling cikai pun ke separuh akhir, tapi akhirnya peringkat kumpulan pun tak lepas!

3. Dilihat prestasi Dato Lee Chong Wei juga menampakkan keresahan sehingga terpaksa bertarung sengit sebelum menang. Mungkin Dato LCW sudah mula memberi ‘isyarat tertentu’ kepada BAM untuk lebih nampak?

keputusan piala sudirman malaysia vs jerman

4. Beregu wanita Malaysia nampak memang cukup berbakat dan boleh pergi jauh. Sayang, pengalaman bermain di pentas antarabangsa mungkin memberi kelebihan buat pasangan wanita Jerman semalam. Best game ni.

5. Beregu lelaki memang cukup terbaik. Nampaknya, beregu Koo-Tan mungkin bakal ‘dibuat sesuatu’ oleh BAM. Dengar kata, YB Khairy Jamaluddin sendiri akan turun padang berbincang dengan BAM.

6. Semuanya dah terlambat, kita sekarang hanya mampu jadi tuan rumah saja. Pasukan negara lain seperti Taiwan & Jerman sudah mula setanding malah untuk acara berpasukan mereka nampak lebih bagus berbanding kita. Cukup mengecewakan kerana kita dulunya pasukan yang cukup hebat dalam badminton!

@hafizmd – Mungkinkah BAM perlu dirombak besar-besaran? Apa kata anda?

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.