Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013

Assalamua’laikum.

Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013. Kejohanan Piala Sudirman ni antara kejohanan yang ambe tunggu. Kenapa? Ini antara kejohanan yang mana pasukan China akan menghantar skuad terkuat. Agak-agak, Lin Dan ada tak? Malaysia? Macam biasalah, masih mengharap kudrat Dato Lee Chong Wei. Anda minat badminton tak?

Misi Malaysia vs Jerman

  • Perlawanan pertama, Malaysia dan seluruh peminat badminton terpaksa akur bila kita tewas 2-3 dengan Taiwan. Cukup mengejutkan sebab kita diletakkan sebagai pilihan 3/4 kejohanan.
  • Paling ‘best’ ialah kalahnya beregu harapan Malaysia Koo Kien Kiet dan Tan Boon Heong (ranking ke-3 dunia) kepada beregu Taiwan yang kurang ternama.
  • Petang ni, kalau beregu Koo-Tan tak diturunkan, Goh V Shem-Lim Khim Wah atau Hoon Thien How-Tan Wee Kiong (ranking ke -7 dunia) akan mengisi slot beregu utama. Tak kisah mana beregu pun turun petang ni, mata pertama mesti menang!
  • Macam biasa, Dato Lee Chong Wei akan kekal sebagai pemain perseorang utama. Sampai bila BAM nak ‘pertaruhkan’ Dato LCW dan ‘menyimpan’ pemain pelapis BAM, kita sama-sama tunggu.

Kedudukan terkini pemain perseorangan dunia BWF

  • Serius, terkejut ambe tengok nama Lin Dan tiada dalam top 10. Jom tengok 10 pemain terbaik dunia perseorangan lelaki.

bwf ranking perseorangan lelaki terkini 2013

  • Ranking Lin Dan sekarang? No. 40 dunia! Macam tak percaya pulak.
  • Tengok saja dua pemain muda mereka iaitu Du Pengyu dan Cheng Long. Semakin menghampiri kedudukan no 1 dunia. Kalau mereka menang kejohanan ni, tak mustahil lagi beberapa kejohanan besar, salah sorang dari mereka akan memintas Dato LCW.
  • Isu siapa yang bakal ganti Dato LCW memang takkan terjawab rasanya dalam setahun dua ni.

Fakta menarik Piala Sudirman 2013

  • Piala Sudirman diasaskan oleh Dick Sudirman, bekas pemain kebangsaan Indonesia.
  • Kejohanan pertama ialah pada tahun 1989.
  • Diadakan di Stadium Bung Karno, Indonesia dengan hanya melibatkan 28 buah negara.
  • Sekarang, lebih 50 buah negara terlibat dalam kejohanan 2 tahun sekali ni.

Sukan badminton. Inilah antara sukan yang begitu digemari rakyat Malaysia selain bola sepak. Apa saja melibatkan sukan ni, impaknya agak mendalam buat peminat sukan tanahair.

Moga Menteri Belia dan Sukan yang paling kacak dan termuda dalam sejarah, YB Khairy Jamaluddin mampu merangka sesuatu untuk menaikkan kembali maruah sukan badminton Malaysia!

Ayuh Malaysia, petang ni jam 6.00 petang, kita wajib menang lawan Jerman!

@hafizmd – Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013, Malaysia vs Jerman. Patut hari ni ambe senam badminton ngn my gwiyomi, tapi sebab perut masih sakit dek cirit birit, kang tak pasal ambe pulak yang kena smash ngan makcik cleaner kat court nanti….hahaha