Liga Super Makin Syok! Johor DT vs Kelantan & Selangor vs Terengganu
Assalamua’laikum.
Keputusan terkini [FT]: Johor DT [2] vs Kelantan [0] & Selangor [2] vs Terengganu [0]
Liga Super Makin Syok! Johor DT vs Kelantan Live Streaming& Selangor vs Terengganu. Kaki bola. Kalau dah nama kaki bola, pasti hampir setiap siaran langsung mahupun live streaming akan cuba dilayan sebaik mungkin. Malam esok, sekali lagi peluang terbaik buat pasukan seperti Selangor, Johor DT, Kelantan dan Terengganu meraih 3 mata berharga. Astro Arena 801 sekali lagi akan menyiarkan perlawanan pilihan. Link live streaming akan dikemaskini untuk tatapan bersama!
1. Siaran langsung Liga Super Astro Arena 801 22 Mei 2013
- Siaran langsung Johor DT vs Kelantan. 8.45 malam
2. Live streaming Liga Super perlawanan pilihan
- Link live streaming Johor DT vs Kelantan | Channel 15
- Admin akan cuba mencari link live streaming perlawanan lain. Jika tiada, harap maaf yer
3. Perlawanan paling best? Ambe pilih Selangor vs Terengganu. Terengganu hari tu menang 3-1 ke atas Perak, Selangor pulak seri dengan Kelantan, 1-1. Misi Selangor semestinya menang tapi ambe yakin 3000%, pasukan Terengganu takkan beri laluan mudah untuk anak didik bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti.
4. Terengganu turun tanpa Effa Owona dan Bikana. Pastinya khidmat Ashaari Samsudin, Manaf Mamat dan Ismail Faruqi amat diperlukan untuk merobek gawang Selangor. Ambe pasti pilih Terengganu untuk menang game ni. Maaf yer fan Selangor =)
5. Selangor turun tanpa kelibat Amri Yahyah. Legalah sikit, kalau tak payah nak kawal si Amri ni. Licik dan diluar dugaan prestasinya.
6. Apa kata penyokong Johor DT dan Kelantan?
7. Ok. Satu lagi game ialah N.Sembilan vs Pahang. Kalau seri ok jugak…hehehe
8. Berita paling tak best hari ni pasal bola ialah ada dakwaan pemain Liga Perdana diugut bunuh oleh bookie jika tak ikut arahan mereka! Harap isu rasuah bola sepak tak kembali berulang. Kalau tak, zaman suram bola sepak Malaysia akan kembali!
@hafizmd – Liga Super Makin Syok! Selangor vs Terengganu & Johor DT vs Kelantan. Jom layan skuad badminton Malaysia vs Jerman, Piala Sudirman 2013 sekejap saja lagi di Astro Arena 801, 6.00 petang!
harap ada yg boleh mencantas LIONSXII, tak kisah pasukan mana, janji dari Malaysia. Jgn biarkan Piala Liga Super 2013 jatuh ke negara luar, malu wah.
maruah tu…
Harapnye camtulah…harap sgt2…kalau tak…adeh..mana kita nak letak muka kita ni….adeh
bro auc setuju tak kalau ambe kata team lions paling byk dapat manfaat sbb masuk liga kita berbanding pasukan kita dalam liga mereka?
makin hari nampak harapan untuk piala kekal di sini semakin tipis
sedih sungguh
@cikgu, nampaknya cam gitulah..sama jugak macam ganu..musim ni agak mengecewakan…nasib baik ada piala fa nak rebut ngn kelantan..hehe
kita kira adik beradik, boleh?
bagi kat kelantan je
hehe
setuju sgt weh… tapinya nak buat cam ner, kita terus dijajah, bola pun kena jajah jugak..
pejam celik dh byk game leeza miss
sebab tu ada coach yg cakap liga malaysia liga paling sibuk dalam dunia..
pado den tak berapa syoko sebab pasukan N9 berada pada kedudukan tercorot…huhu
tp N9 kalahkan ATM hari tu..dah start power kot
sokong Selangor seperti biasa
Dt mmg fan selangor…ambe fan ganu..hehe
syok ma malam ni jdt vs red warior hehe
hehe…harap2 game best dan aga gol byk2..hehe
harap JDT dapat menewaskan kelantan malam ni..
hehee..ambe secara peribadi nak kelate menang, tp secara strategi nak JDT menang
gomo klate gomo… .
selangor menang.. yeahhhh
huhuhu….
Hebat selangor nih..hehe..terengganu kenapa kalah tu?hehe
biasalah…bukan musim ganu tahun ni…
*ayat nok nyedap hati jer ni..hahaha*