Cerita 2014: Samsung Note 3, trafik blog dan affiliate!

tips lulus temuduga kerja kerajaan

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Ambe baru jer renew domain ngan hosting hafizmohd.com. Bukan payah pun nak buat keputusan nak renew atau tak. Sebabnya inilah satu-satunya blog self-hosted yang ambe  ada. Lain-lain kalau ada, semuanya free platform. Lagipun rugi kalau tak renew, sebab blog ni salah satu yang beri duit online tiap-tiap bulan dengan penuh gagah perkasa. Taklah banyak tapi bolehlah untuk belanja anak bini ambe pisang goreng cheese setiap hari tanpa gagal.

Samsung Note 3 dengan berblogging!

Cerita tahun 2014 untuk blog ni ambe boleh kata antara yang terbaik sepanjang berblogging. Antara yang paling best dan tak boleh ambe lupakan sampai bila-bila pastinya menang Samsung Note 3. Ambe ada tulis kat entri ni, “Aku dan Samsung Note 3.” Menang Note 3 ni selepas menang Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s anjuran Tuan Ilham, founder Denaihati.com.

Memang cukup manis kenangan 2014 dengan blog ni. Sekadar permulaan semangat untuk ambe tahun 2015 ni, ambe tulis senarai kontest yang membuahkan hasil tahun lepas. Alhamdulillah.

  1. Blogger Contest Tanah Arab
  2. Contest Review Blog Papa Mifz
  3. Entri Terbaik Mom Blogger Referrel Contest
  4. Tempat pertama Contest Review Blog SirapLimau.com
top blogger 2014
Kenangan SBB2014. SBB2015???

Entri “Yeo’s Lovemark” membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi ambe dalam contest tu. Mana nak dapat free Note 3, kan? Alhamdulillah. Rezeki blogging memang ada janji kita usaha dan tahu cara-caranya. Itu yang Tuan Ilham pesan kat ambe masa SBB2014.

Itu cerita tahun lepas. Semuanya dah lepas dan takde benda yang kekal pun. Selagi ada usaha, insyaAllah adalah hasilnya. Takde usaha, jangan bising-bising tak dapat apa yang kita impikan dan jangan cari salah orang lain. Noktah.

Trafik blog tahun 2014.

Masih rendah. Malas nak captured dari Google Analytic. Secara puratanya sebulan dalam 18k UV. Sehari dalam 600 UV. Sumber trafik memang banyak dari enjin carian. Belum cukup gempak mana. Perlu lebih banyak ilmu dan paling penting entri-entri yang boleh menarik minat pembaca. Paling penting lagi, entri tu mestilah muncul di muka surat pertama enjin carian. Kalau tak, kuranglah pembaca, kuranglah impaknya, maka kuranglah juga hasilnya =)

Untuk tujuan tu, Alhamdulillah ambe dah mulakan langkah dengan mendapatkan kitab terhangat di pasaran milik Encik Titan. Kitab SEO  Merah Jambu. Ambe dah start baca. Semangat dah ada. Cara yang lebih tepat dah mula nampak. InsyaAllah, mudah-mudahan hajat untuk tambah pendapatan sampingan dengan blog lebih kencang dan kacak tahun ni. InsyaAllah.

Affiliate!

Itu nantilah…hahaha..banyak lagi nak kena belajar dari sifu-sifu Affilate Encik Titan, Bro Reez, Tok Puteh, Tuan Besar Muaz Hadi IKR, jejaka kacak Prof Hariz dan ramai lagi yang dah mulakan langkah kecil menghala ke langkahan lebih besar dan bergaya. Usaha usaha usaha!

Terima kasih. Semoga korang terhibur dan tak bosan baca entri ni. Kalau bosan, korang gi baca entri “Ayam Pakai Lipstik” dulu sebelum pangkah butang X….hehehehe