Menang Contest Review SirapLimau.com Masam-masam Manis!

- 4 March 2014Blogging

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat blog hafizmohd.com menjadi lagi. Berdebarnya macam baru menang 6 juta! Meleleh jugalah air mata jantan aku ni. Berita aku menang hadiah utama contest review blog siraplimau.com melegakan sedikit rasa risau sebelum ni. Sebab risau ni agaknya, aku makin kurus sekarang. Terbukti, risau boleh kuruskan korang secara automatik dan tanpa korang sendiri sedar…..hohoho. Aku bukan nak cerita pasal cara kuruskan badan,  tips kurus, lain kali yer…

Tips Tulis Review di Blog?

Ada tips tertentu ke nak tulis review ni? Aku tak pasti tapi aku yakin ada caranya yang benar-benar menjadi. Sebab itu jugalah, aku ada pasang niat nak pergi kelas penulisan secara formal satu hari nanti. Ini azam 2014 yang belum aku buat. Ok, itu selingan ajerlah.

contest review siraplimau.com

Aku harap, fan page ni mampu menjadi medan solusi masalah rumahtangga…

Biasanya kalau contest review macam ni….aku buat beberapa perkara. Antaranya;

  1. Aku baca dulu syarat utama penganjur. Kena baca betul-betul supaya tak terlepas benda-benda penting.
  2. Aku terjah blog yang nak direview. Tengok atas bawah, kiri kanan. Tengok kelebihan blog ni dulu. Kelemahan aku tengok last sekali (biasanya tengok luaran jer..dalaman tak reti wooo). Dalam kes blog siraplimau.com ni, memang aku tak sentuh bab teknikal. Sebabnya kalau masuk blog ni, memang dah boleh agak yang tuan tanah blog memang orang lama. Semuanya nampak nice jer.
  3. Aku cuba teka siapa pemilik blog tu. Penting ke? Penting sebab nanti dia yang akan pilih pemenangnya. Kalau blog lelaki, aku rasa kena tulis cara lelaki. Kalau perempuan, ada pulak caranya. Ni semua aku main agak-agak dan ikut “deria rasa” aku.
  4. Tengok niche blog. Lebihkan cerita pasal blog tu. Koreklah sedalam mungkin. Kenalah rajin sikit buat kerja rumah.
  5. Kayakan kosa kata. Agaknyalah, sebab aku ni terikut-ikut perangai isteri aku yang suka baca buku. Jadinya aku pun makin banyak baca buku. Penting kot aku rasa, nak luaskan gaya bahasa dan lenggok penulisannya.
  6. Itu ajerlah yang aku tahu dan aku buat takat ni (aku yakin, korang pun dah tahu dan buat lebih dari apa yang aku buat). Korang mesti ada lagi nak tambah. Sila tambah kat bawah yer…jangan malu-malu…

Entri ni bukan nak tunjuk aku pandai menulis, no no no…tapi nak membuktikan yang kalau kita betul-betul fokus dan pentingkan apa yang betul-betul penting macam yang aku tulis dalam entri “Eat That Frog,” tak mustahil banyak benda positif yang kita boleh buat!

Akhir kata, terima kasih kepada freelancer siraplimau.com iaitu Blogger Norfanil.com sebab memilih entri aku tu sebagai pemenang utama. Tahniah juga penganjur bersama, Encik Titan. Hang datang Gombak, aku belanja cendol bakar…hehehe. Tahniah juga kepada 2 lagi pemenang dan semua peserta. Percayalah, kali ni rezeki aku, esok lusa tulat rezeki anda pula. InsyaAllah. Ameeen.

“Walaupun hanya membantu di alam maya, mendengar dengan ‘mata’ dan membantu dengan ‘tangan’ melalui penulisan, ianya satu usaha murni yang wajar diberikan sokongan…” – Petikan entri contest review siraplimau.com

@hafizmd – Alhamdulillah. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

{ 37 comments… read them below or add one }

Fadhil Husin March 4, 2014 at 10:54 am

Tahniah bro. Bila nak belanja weh. haha

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:17 am

terima kasih bro Fadhil. Boleh ajer…tunggu duit masuk dululah

Reply

titan March 4, 2014 at 11:08 am

Lambat lagilah kalau aku nak turun ke gombak wehh..tunggu aku balik malaysia dulu la jawabnya.. haha

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:17 am

hang p bertapa celah mana ni weh?

Reply

hafiz March 4, 2014 at 11:42 am

Memang terrerlah bro dalam bab2 review ni

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:17 am

Biasa2 jer bro…thanks bro

Reply

Denaihati March 4, 2014 at 11:56 am

Alhamdulillah dan tahniah buat bro dan lain-lain pemenang.

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:17 am

Alhamdulillah. Terima kasih tuan DH

Reply

akubiomed March 4, 2014 at 1:13 pm

Tanniah bro. Bila hendak open table? :-)

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:16 am

terima kasih bro AB. tunggu duit masuk dulu…hehe

Reply

cikgu naman March 4, 2014 at 1:30 pm

Tak sempat nak mengarang untuk siraplimau haritu..kalau tak bolehlah dapat no belakang2 hafizmohd..hehe

Tahniah ye!!

Takkan titan je dpt cendol?

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:15 am

Kalau cikgu naman masuk, ambe takde nombor dah =)

terima kasih boh…

ok2..counting in cikgu naman…hehe =)

Reply

Malaysia Tercinta March 4, 2014 at 4:17 pm

Tahniah, penguat semangat berbloging tu.

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:12 am

terima kasih MT. mmg semangat

Reply

khairul asrol March 4, 2014 at 5:15 pm

fuhh tahniah bro! memang king lah tulis review. boleh upah ko jadi review produk ni kalau aku ada produk nak promosikan. hehe

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:11 am

mana ada king bro..biasa2 jer..kebetulan rezeki aku..alhamdulillah

boleh2..jgn lupe tu..hehee

Reply

khairul asrol March 4, 2014 at 5:19 pm

baru perasan template dah takde error, ade satu tu pun mmg tak boleh solve kot. html5 lagi! wahh. terbaik lah bro!

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:11 am

hohohoho…ni bukan kerja aku…hahaha

thanks bro

Reply

ohcikgu March 4, 2014 at 9:39 pm

bila mahu belanja cendol lagi..

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:11 am

hehehe…cikgu mai sining

Reply

ahmadyani March 4, 2014 at 9:59 pm

Selepas ini, saya mahu cubahlah review mereview ni. Pernah sekali aje mereview majalahniaga. Selepas itu stop!

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:10 am

Silakan bro Ahmad yani. Ambe pun rasa makin semangat nak belajar ilmu penulisan ni..moga kita dipermudahkan

Reply

munir ardi March 5, 2014 at 6:41 am

Tahniah Bro saya yakin akan banyak prestasi lagi di masa yang akan datang

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:09 am

terima kasih bang munir…ameen

begitu juga halnya utk bang munir..moga sukses!

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain March 5, 2014 at 11:01 am

Hmmm.. ada bakat jadi tukang review ni. Buat satu blog khas utk review ler bro.

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 11:07 am

menarik gak idea ni bro! hehehe…thanks bro

Reply

reezluv March 5, 2014 at 11:15 am

memang sedap baca ko punya entri tu..aha..memang layak menang..ahaha..apa pun moga hasil kemenangan tu dapat digunakan sebaiknya ke jalan yang diredhai…

*lagi best lau dapat membelanjakan aku semangkuk cendol time panas panas gini..ahaaha

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 6:20 pm

terima kasih bro reez…terharu aku =) ameen…

no hal bro..klau sempat di sbb2014 nanti..boleg juge =)

Reply

myliferia March 5, 2014 at 3:37 pm

wah, tahniah tuan rumah, juga kepada pemenang2 yang lain :)

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 6:20 pm

terima kasih myliferia =)

Reply

myliferia March 5, 2014 at 3:56 pm

thanks for the info. terus order…hehehe

Reply

hafizmd March 5, 2014 at 6:20 pm

hehehe…order buku ke?

Reply

Liniey Nor March 5, 2014 at 11:29 pm

wahhh untung laa..tahniah2…lanje tutti pruti sedozen k :3

Reply

suri March 6, 2014 at 3:20 pm

alhamdulillah rezeki saya dapat tau terkejut juga.tahniah ;)

Reply

Ummi Hanie March 6, 2014 at 5:26 pm

tahniah dan terima kasih berkongsi tips tu ;)

bila nak belanja kami? ;)

Reply

papa mifz March 6, 2014 at 5:56 pm

tahniah bro , anda memang hebat…!!!

Reply

MK Kimi March 7, 2014 at 12:09 am

Tahniah sang Juara :D

Reply

Leave a Comment