Menang Contest Review SirapLimau.com Masam-masam Manis!

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat blog hafizmohd.com menjadi lagi. Berdebarnya macam baru menang 6 juta! Meleleh jugalah air mata jantan aku ni. Berita aku menang hadiah utama contest review blog siraplimau.com melegakan sedikit rasa risau sebelum ni. Sebab risau ni agaknya, aku makin kurus sekarang. Terbukti, risau boleh kuruskan korang secara automatik dan tanpa korang sendiri sedar…..hohoho. Aku bukan nak cerita pasal cara kuruskan badan,  tips kurus, lain kali yer…

Tips Tulis Review di Blog?

Ada tips tertentu ke nak tulis review ni? Aku tak pasti tapi aku yakin ada caranya yang benar-benar menjadi. Sebab itu jugalah, aku ada pasang niat nak pergi kelas penulisan secara formal satu hari nanti. Ini azam 2014 yang belum aku buat. Ok, itu selingan ajerlah.

contest review siraplimau.com
Aku harap, fan page ni mampu menjadi medan solusi masalah rumahtangga…

Biasanya kalau contest review macam ni….aku buat beberapa perkara. Antaranya;

  1. Aku baca dulu syarat utama penganjur. Kena baca betul-betul supaya tak terlepas benda-benda penting.
  2. Aku terjah blog yang nak direview. Tengok atas bawah, kiri kanan. Tengok kelebihan blog ni dulu. Kelemahan aku tengok last sekali (biasanya tengok luaran jer..dalaman tak reti wooo). Dalam kes blog siraplimau.com ni, memang aku tak sentuh bab teknikal. Sebabnya kalau masuk blog ni, memang dah boleh agak yang tuan tanah blog memang orang lama. Semuanya nampak nice jer.
  3. Aku cuba teka siapa pemilik blog tu. Penting ke? Penting sebab nanti dia yang akan pilih pemenangnya. Kalau blog lelaki, aku rasa kena tulis cara lelaki. Kalau perempuan, ada pulak caranya. Ni semua aku main agak-agak dan ikut “deria rasa” aku.
  4. Tengok niche blog. Lebihkan cerita pasal blog tu. Koreklah sedalam mungkin. Kenalah rajin sikit buat kerja rumah.
  5. Kayakan kosa kata. Agaknyalah, sebab aku ni terikut-ikut perangai isteri aku yang suka baca buku. Jadinya aku pun makin banyak baca buku. Penting kot aku rasa, nak luaskan gaya bahasa dan lenggok penulisannya.
  6. Itu ajerlah yang aku tahu dan aku buat takat ni (aku yakin, korang pun dah tahu dan buat lebih dari apa yang aku buat). Korang mesti ada lagi nak tambah. Sila tambah kat bawah yer…jangan malu-malu…

Entri ni bukan nak tunjuk aku pandai menulis, no no no…tapi nak membuktikan yang kalau kita betul-betul fokus dan pentingkan apa yang betul-betul penting macam yang aku tulis dalam entri “Eat That Frog,” tak mustahil banyak benda positif yang kita boleh buat!

Akhir kata, terima kasih kepada freelancer siraplimau.com iaitu Blogger Norfanil.com sebab memilih entri aku tu sebagai pemenang utama. Tahniah juga penganjur bersama, Encik Titan. Hang datang Gombak, aku belanja cendol bakar…hehehe. Tahniah juga kepada 2 lagi pemenang dan semua peserta. Percayalah, kali ni rezeki aku, esok lusa tulat rezeki anda pula. InsyaAllah. Ameeen.

“Walaupun hanya membantu di alam maya, mendengar dengan ‘mata’ dan membantu dengan ‘tangan’ melalui penulisan, ianya satu usaha murni yang wajar diberikan sokongan…” – Petikan entri contest review siraplimau.com

@hafizmd – Alhamdulillah. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”