Malaysia vs Yaman, Boleh Menang ke?
Malaysia vs Yaman Kelayakan Piala Asia. Harimau Malaya mengharapkan keajaiban untuk layak ke Piala Asia 2015. Lawan Yaman malam ni, jam 10 malam. Misi perkemas kembali skuad Harimau Malaya!

Malaysia vs Yaman, Wajib Menang ke?
1. Atas kertas, memang payah dah nak layak ke Piala Asia 2015. Kena jadi pasukan ke-3 terbaik keseluruhan kalau nak layak sedangkan ada lagi beberapa pasukan lain yang pungutan mata mereka lebih baik. Takpe. Lupakan pasal layak atau tak. Itu era zaman Coach Rajagobal.
Ada live di Astro Arena 801. Pukul 10 malam ni. Kalau tak ngantuk, sila layan yer…
2. Kalau tak nak menang, nak apa? Malam ni, pukul 10 malam…aku nak tengok Malaysia boleh score. Berapa biji, tak kisahlah, janji ada jaringan. Hari tu lawan Filipina, striker tak berapa nak menjadi walaupun banyak peluang.
3. Nak tengok gandingan Piya-Safiq lagi sekali. Gandingan ni dikatakan mustahil dibuat masa zaman coach Raja tapi coach Ong buat masa lawan Filipina hari tu. Killer passing Piya dan Safiq nampak makin bagus. Ini yang penting. Hafiz Kamal pun dalam posisi terbaik sekarang. Nazmi Faiz tak turun malam tu, tapi dia mesti tak sabar nak main malam ni.
4. Khairul Azhan, Shakir Shaari, Junior, Mat Yo. Ni semua coach Ong tak bawak ke Yaman. Jadi, bahagian striker kita ada Amri, Safee Sali. Tak kisah sape score, janji nak tengok bola masuk gol.
5. Akhir kata, buat FAM. Tolonglah dengar “rintihan panas” penyokong setia bola sepak Malaysia. Terima kasih.
@hafizmd – Dah baca pesanan untuk peserta SBB2014 belum? Gi baca sini, “Pesanan khas untuk peserta SBB2014“
nak tak nak kena menang.
seri atau kalah bukan lagi satu pilihan.
hohoho…tugas berat utk coach ong malam ni…
layan live streaming la gua malam ni lagi..
hahaha…jgn lupa…kang sempat…kita buat ulasan lagi kat fb….hahhahaa
Malaysia tewaskan Yamen masa perlawanan di KL, maka peluang untuk menang tu tetap ada. Cuma bermain di gelanggang lawan bukanlah hal yang mudah. Tambahan pula, kita sering menghadapi masaalah mengekang fizikal Pak-Pak Arab ni. Kena sabar dan keep the ball low dan jangan hilang kawalan bola dengan mudah, insya-allah boleh berjaya.
Btw, kenapa Shakir Shaari tak di bawa bersama? Injured atau OKS tak rate dia langsung? Hmm… Kawe kena check newspaper lah lepas ni..
Betul tu. bab fizikal mmg payah nak kawal pak2 arab ni..tp game2 sebelum ni ngn pak arab, boleh main macam yg bro cakap tulah..
kawal bola, dan jgn bagi muka sgt kat depa ni…hehe
shakir shaari, entahlah..pelik juga..aku rasa injured kot..
Kalau boleh memang nak menang. Sekurang-kurangnya reda sikit kemarahan penyokong.
Menang dah semalam. Harap ultras jangan marah lagi wlpn x cukup utk bawa ke pusingan akhir Piala Asia.
ultras malaya dah naik minyak dah…hohohoho
Malam ini maza sudah tempah tiket kerusi depan sekali di kedai mamak. Insyallah, malaysia mampu menjaringkan gol.
Gol kemenangan atau tidak, maza tidak merasa penting. Apa yang mustahak lawan, tetap lawan!
hahahaa
Hmmm.. pi la skali skala ke negara Pak Arab tu support Harimau Malaya. Lepas tu sambung buat umrah ke 😀
cantik gak saranan ni…bestnye!
mlm tadi, mmg lawan…kita main 10 org…bagus disiplin defender..