Nak Demam Tengok Terengganu vs Kelantan!

Assalamua’laikum.
Keputusan terkini Terengganu vs Kelantan. Sekarang agregat 5-5. Macam dah nak demam tengok game Terengganu vs Kelantan ni. Terengganu bangkit bergaya mendahului 4-0 sebelum Kelantan menye’core’ gol dalam saat terakhir untuk melangsi peluang Terengganu ke akhir Piala FA.
Tahniah Terengganu!
Dah hampir sangat dah pengadil nak tiup wisel. Sekarang sementara tunggu masa tambahan, ambe update dulu entri ni. Sekarang dah nak mula dah. Tangan ambe nak naik ketar dah. Terengganu pulak kena main 10 orang sebab Effa Owona gatal sangat p lawan pengadil. ‘Cerdik’ sungguhlah mamat ni! Ambe harap Terengganu dapat score lagi sebiji untuk layak ke final walaupun terpaksa main 10 orang.
Argggghhh! Manaf Mamat pulak dah nak jadi pakar kungfu! Terengganu main 9 orang. Kalau Kelantan tak menang jugak. Memang tuah untuk Terengganu!
Walaupun Terengganu menang 4-2 petang ni, akhirnya selepas berhempas pulas menahan asakan Kelantan, Terengganu terpaksa akur dengan jaringan terakhir Dickson Nawakaeme dalam masa tambahan menjadikan Kelantan menang agregat 6-5.
Ayuh Terengganu! Peteh Ganu Peteh! Ambe yakin seluruh rakyat Terengganu bangga dengan semangat melawan Terengganu hingga ke wisel penamat. Bangga dengan pemain Terengganu. Noktah.
*walau kalah, ambe tak jadi demam*
@hafizmd – Tahniah Terengganu dan tahniah Kelantan layak ke akhir Piala FA 2013.
aduh..leka saat-saat akhir..
selalu sangat camni..
ambe dah siap sedia nak melompat dah…adeh
memang sengit la game tadi..best sangat….
mmg best!
kesian manaf mamat kena buang padang…
dh nak menang dh td…
tu lah… emosi penting dlm pmainan.. as profesional lh kn.. hehehe 🙂
tulah..kecewa agaknya..tu yg tak dapat kawal emosi..
pepun, all the best utk pasukan kesayangan ambe utk piala malaysia lepas ni…yeahhh
nasib memang jg, kalau gini jugak main dgn pahang @ johor pasti kalah kelantan nanti…
ambe setuju..kelantan kena cepat bangun dan bangkit..
serius, kelantan macam serba tak kena..tp akhirnya menang jugak..tahniah kelantan
Tengah tengok Pahang vs Johor… -_- Tertangguh…
tensen betullah
walaupun kalah, tapi terrengganu telah pamirkan aksi terbaik..bukan senang nk cover balik gol minggu lpas..mmg enjoy tgk game td.
betul tu..bukan senang tp terengganu buktikan falsafah bola sepak ‘bola tu bulat” mmg betul2 boleh jadi…
mmg enjoy
mujur aku tak ada lemah jantung
memang berdebar sangat
apa pun tahniah kepada pasukan terengganu yang berjaya menyusahkan kelantan
ambe rasa nak demam..serius mmg best tp tak best bila ada 2 kad merah utk terengganu
tahniah kelantan layak ke akhir
yey, inilah yang kita mahukan,walaupun kalah, semangat juang yang kental….
betul tu bro..
mmg kembang kuncup hidung ni tgk terengganu main petang semalam, takde tuah jer plus..ehehehe
yg penting, tak tunda…hohohohoho
xtengok plk..manaf mamat tue abg bgth org kmpg ciktom..eyriqazz pn sekmpg…xkenal plk..oh kecilnya dunia…haha
ooo..marang ek?
mmg kecik dunia ni kan? entah2 kita pernah terserempak mana2…hehee
termenung tu yg miss kot heee
hehe..termenung jugaklah kejap…tp bangga ngn pasukan terengganu!
hahah.. kalau dah tak jadi demam, boleh sambung kerja lepas ni walaupun dlm hati ada duri.. hehehe
keh3…kerja ttp kerja..dok gitu bang maza
Emm yang ni sempat tengok kejap jer..masa gol pertama terengganu..tahniah buat pasukan terengganu..kalah pun kalah bermaruah..hehehe
betul tu bro..mmg bangga