Nak Kuruskan Badan? Jom Aktif Dengan Keluarga!
Assalamua’laikum.
Petua & Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat. Memang takde ubat ajaib. Ubat untuk kurangkan berat badan ialah ilmu dan komitmen (rajin). Kalau takde dua benda ni, memang payah nak turun walaupun 1 gram. Nak beli basikal dalam rumah tu, memang agak mahal. Nak pergi gym, bayaran bulanan pun boleh tahan, apatah lagi kalau nak bayar jurulatih peribadi untuk latih kita supaya benar-benar kurus dan lebih sihat serta berketak! Ada cara lebih murah dan seronok iaitu aktif bersama keluarga.
Tips mudah kuruskan badan dengan keluarga
Ada satu kajian yang sebut, budak-budak dan remaja obesiti sekarang, tahap plak dalam saluran arteri mereka sama dengan seorang dewasa yang berumur 45 tahun! Semakin tebal plak dalam saluran darah kita, makin tinggi risiko untuk kena penyakit berkaitan jantung dan macam-macam lagi penyakit. Cukup ngeri!
Saya tahu, memang payah juga nak ajak anak isteri kita untuk sama-sama aktif bersenam. Nak-nak zaman ledakan gadget ni. Anak-anak leka sungguh dengan permainan di gadget dan komputer. Lupa nak keluar bersenam, berlari dan bermain kejar-kejar macam kita dulu-dulu. Tapi, kalau kita usaha lebih sikit dan tahu caranya, pasti boleh ajak anak isteri untuk sama-sama aktif bersenam. Jom baca 5 cara untuk kita sama-sama aktif, kurangkan lemak, bakar kalori dan sekaligus dapat kurangkan berat badan.
- Rancang aktiviti luar rumah – Paling senang, hari cuti mingguan. Ajak gi joging di taman. Kayuh basikal pun boleh. Nak lagi best, bawa bekal untuk makan pagi (contoh:roti sandwich). Habis berjoging, makan sama-sama tapi jangan pula pekena roti canai, tak berkesanlah nak bakar kalori…hehe
- Buat senaman aerobik berjemaah – Iya. Kenapa tidak beraerobik bersama keluarga tersayang? Pasti lebih bersemangat bila kita dapat tetapkan masa untuk sama-sama beraerobik. Tak perlu di padang, dalam rumah pun boleh.
- Ubah susun atur di rumah – Kunci utama bakar kalori dan lemak degil ialah pergerakan. Lagi banyak kita bergerak, lagi banyak kalori dibakar. Kalau sebelum ni semuanya di hujung jari, cuba alihkan supaya kita kena bergerak untuk dapatkannya. Apa saja mungkin. Yang penting, biar lebih banyak pergerakan dalam rumah. Rumah bukan lagi tempat kita untuk ‘bermalasan’.
- Jadikan aktiviti harian/mingguan lebih menarik – Contoh: Aktiviti menjemur baju dan melipat baju nampak mudah tapi sebenarnya melibatkan banyak juga pergerakan otot-otot badan. Kalau selama ni, hanya isteri saja yang menjemur baju, apakata libatkan sekali suami dan anak-anak. Basuh kereta bersama-sama sambil dengar lagu. Berpeluh dan seronok bersama-sama…yeahh!
- Ubah cara penyediaan makanan – Contoh: Selama ni isteri/suami berseorangan saja ke pasar. Apa kata, ajak sekali anak-anak ke pasar. Biar mereka pilih jenis sayur dan buah yang mereka suka. Boleh juga perkenalkan mereka dengan alam sayuran dan buahan. Mungkin mereka lebih teruja untuk makan sayuran dan buahan yang mereka pilih. Logik tak?
Itulah serba sikit tips dan petua untuk kita kurangkan masalah obesiti anak-anak remaja kita termasuk menguruskan berat badan kita. Lebih banyak kita bergerak, lebih banyak kalori yang dibakar. Lebih aktif kita bersama keluarga, lebih rapat dan bertambah mesra antara suami, isteri dan anak-anak. Siapa yang untung? Kita juga, kan? =)
Selamat beramal dengan 5 petua untuk kuruskan badan ni bersama keluarga tersayang!
@hafizmd – Nak Kuruskan Badan? Jom Aktif Dengan Keluarga! Musim cuti sekolah, elok sangatlah bawa anak-anak dan isteri pusing-pusing taman =)
Hehe..menarik untuk dikongsi..ser lagi kang, selalu lah main kejor2 ngn isteri dalam rumah..dop pong main tang nusuk..anok2 jong kire…hehe..
suami main sorok2 dengan isteri?
aku tak percaya
aku memang tak percaya
hahaha
ini mmg sukar dipercayai…hehehhehee
adakh benar aha,betul apa smlm main kejar2 sb terbubuh garam byk sgt dlm lauk ahaa,,,
Sila percaya…hahaha
@PK, hehe..ambe percaya..
H H,Tak faham arti bahasa yang digunakan oleh bro Hafizul.PM pliss!
nasib baik aku dan pasangan tak gemuk..
memang menguruskan diet dengan betul ni
canteklah tuh..sama slim
selalu sy akan senam dulu senam kaki kat rumah tu dapat satu jam keluar peluh bagus juga
bro jika kita orang lari setempat boleh tak?
boleh jugaklah..buat mode laju, perlahan, rehat…ulang lagi sampai penat..hehehe
cik tom mmg tgh mood diet…haha…muke dah naik tembam ni…
kalau kat muka jer, senang cik tom..kurangkan makan nasi..hehe
jika amalkan cara hidup aktif mmg x perlu rawatan atau ubat pun kan?
sop kalau kejor anak2 pun dah boleh kurus,, hheheh
nice entry
betul tu bang sop..kena usaha kalau nak..
tp kalau kena jugak, mmg Allah dah siapkan utk kita..
thanks bang sop
moh jogging bawah jambatan dengan gua. ramai awek petang-petang gini.
hehe…jauh maaa..kalau dekat dah sampai dah…hahahaha
Nak lagi mudah..makan roti sekeping sehari..cukup sebulan confirm kurus..hahaha
takut tak sampai sebulan, masuk hospital..hahaha
Yang no.2 tu susah sikit nak buat..boleh ganti dengan malam jumaat..haha
ape2 jerlah..hahahaha
Main kejar-kejar dengan anak boleh keluar peluh. 🙂
setuju tu..nak2 macam bro AB..semuanya hero2
nanti esok nak berjoging la hehehe
canteklah..bawak anak2 sekali..hhehe
alamak keluarga jauh.. takde pemangkin..
sbb tuh mulut je mampu berkata nak kurus
tapi diri sndiri pun tak ikut senamannya.. hahahah..
hehe..biasalah..ada kala semangat ke laut..
duduk sorang2, lagilah rasa nak makan jer…hahaha
satu je penyakit orang kita nie, malas ahaha tak kesudahanlah jwbnye
bab malas tu..mmg betul
Jom sihatkan badan yeaaaaa -_-
yeahhhh! eh, ko turun ke pahang vs jdt sabtu ni?
kalau malam2 selalu layan bini.. boleh kurus tak bro. .he.he.he
hehehehehee…ini komen ambe tunggu org lama macam cikgu tehramuan dan bang maza jawabkan =)
mak kata jangan sesekli mkn mlm heee
kalau dilakukan bersama2 dengan anggota keluarga pasti lebih menyenangkan tu terutama untuk exercise menurunkan berat badan
Perkongsian yang menarik admin. Nak kurus ni kalau tak kena langkah yang betul, protein pun ngelak nak ambik, memang ada peluang badan kurus tapi menggeleber macam orang tua..huhu
Saya ada berkongsi bagaimana vitamin semulajadi dapat membantu menguruskn badn sehingga 5-6 kg dalam masa 2-3 bulan. Untuk ibu menyusu yang nak kurus pun ada.
http://KedaiVitaminFatimah.Wordpress.Com