Terengganu vs Kelantan & Pahang vs Johor DT:Misi Sukar Terengganu!

Assalamua’laikum.

Live streaming & siaran langsung Terengganu vs Kelantan & Pahang vs Johor DT. Terengganu ada 90 minit untuk score paling langsi 3 gol dan jangan kasi Kelantan score langsung. Mustahil tak? Bola sepak, takde benda yang mustahil. Barcelona pun boleh tewas agregat 0-7 dengan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah. Jadi, ada peluang tak Terengganu & Pahang menang?

KLIK Live streaming Terengganu vs Kelantan & Pahang vs Johor DT

Saksikan siaran langsung jam 4.45 petang & 8.45 malam di RTM 1 &  Astro Arena 801

Keputusan Terkini Piala FA Terengganu vs Kelantan

Sebenornya, payoh hati ambe ni nok terima kekalohan besor 1-4 dengan Kelate hari Sabtu hari tu. Ambe ingat, ceroh sapa ke petang, rupanya ribut petir dihujung permainan. Defisit 3 gol memang agok payoh untuk di’kaver’ balik oleh Terengganu, tapi ambe sebagai peminat sejati skuad Penyu, menyeroh kaloh bukan prinsip perjuangan kami!

Se jer harapang ambe, harap benor Ismail Faruqi tu sihat. Boleh main lawan Kelantan nanti. Kalau dok, misi Terengganu nok sumbat gol Kelantan makin payoh dan berliku. Nok harap ke Liga Super, memang jauh ikan dari api. Kira memang tak dok harapang ‘starang baroh’ doh. Peteh Ganu Peteh!

KLIK Live streaming Terengganu vs Kelantan & Pahang vs Johor DT

Peluang Pahang vs Johor DT

Ambe sempat tengok highlight saja untuk perlawanan Sabtu lalu. Ambe rasa, peluang masih 50-50 untuk Johor DT dan Pahang. Bermain di Kuantan ibarat satu tonik makjun Tongkat Ali buat pemain Pahang. Kelibat Martias Conti pasti menjadi sotong dalam meggi goreng buat pasukan Johor DT.

Serius, Pahang dan Johor DT antara pasukan yang ambe suka tengok tahun ni. Mutu kawalan bola dan corak permainan mereka memang banyak kali lebih baik berbanding pasukan lain. Johor DT misalnya, awal-awal musim boleh tahan jugak kena kritik sebab tak menampilkan corak permainan pemain bintang.

Sekarang, Johor DT cukup power. Corak hantaran pantas mereka memang best!

Perlawanan akhir Piala FA 2013?

Ramai yang jangka Kelantan vs Johor DT dalam aksi akhir Piala FA 2013. Kalau benar-benar berlaku, memang game ni lagi panas berbanding dua pertemuan mereka dalam Liga Super. Bojan Hodak vs Fandi Ahmad!

Apa pilihan anda?

*Liga Super 27 Mei – Lions XII [3] vs Selangor PKNS [0]. *

@hafizmd – Keputusan terkini Terengganu vs Kelantan & Pahang vs Johor DT. Musim 2013, antara musim terbaik bola sepak Malaysia =)