Kelantan vs Johor DT

live streaming kelantan vs ATM separuh akhir kedua piala malaysia

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini: Kelantan 6 vs JDT 1 | Sarawak 3 vs Sime Darby 1. Kelantan vs Johor DT. Rata-rata, ramai yang terkejut dengan persembahan pasukan bimbingan Bojan Hodak dalam suku akhir pertama. Kelantan, juara bertahan Piala Malaysia kalah 2-4 minggu lalu. Malam ni, skrip berbeza pastinya menanti skuad Singa Selatan. Kelantan bermain di gelanggang sendiri bukannya kelebihan yang kecil. Rekod menceritakan betapa Kelantan cukup liat di depan penyokong setia mereka!

live streaming kelantan vs johor DT 5 oktober

Kelantan vs Johor DT

1. Kelantan mesti cari gol awal. Ambe kira, kalau JDT dulu yang dapat gol, peluang untuk Kelantan ke separuh akhir makin sukar.

2. JDT mungkin akan berkampung dalam kawasan pertahanan. Strategi serang hendap (counter attack) mungkin jadi pilihan jurulatih Azmi Ibrahim malam ni, tapi ambe rasa bertahan bukan pilihan terbaik sebab cara bertahan paling best pastinya dengan serangan.

3. Barisan pertahanan JDT malam ni memang kena all-out. Tak boleh buat silap mudah. Ramai yang setuju, pertahanan JDT kurang konsisten.

4. Piya, Dickson, Indra, Farhan. Ini yang ambe rasa akan menyerlah malam ni. Hari tu, boleh kata, tak perform mana.

5. Ambe rasa, Safee Sali sekali lagi akan jadi duri dalam daging malam ni buat pertahanan Kelantan. Kena hati-hati dengan kelicikan Safee Sali yang pandai curi ruang dan peluang. Dia ni masih berbisa!

Live streaming Kelantan vs Johor DT

Siaran langsung di Astro Arena, Kelantan vs Johor DT dan di RTM 1, Sarawak vs Sime Darby.

Kalau nak tengok aksi magis Marlon Alex James malam tadi, boleh tonton video di sini –> Video ATM menang 4-1 kalahkan Lions XII.

Kelantan atau Johor DT yang akan menentang ATM di separuh akhir?

@hafizmd – Kelantan vs Johor DT & Sarawak vs Sime Darby. Dua lagi tempat kosong ke separuh akhir!