Servis Diri Sempena Madrasah Ramadhan!

hikmah bulan ramadan audit diri

Assalamua’laikum.

Madrasah Ramadhan. Jika kenderaan kita pun ada jadual servis, apa salahnya malah wajib bagi kita yang bernama manusia ni pun ada jadual servisnya. Elok benar rasanya bulan Ramadhan tahun ni kita pakat bertekad untuk buang mana-mana sifat buruk, perangai kurang elok kita untuk diganti dengan perangai yang lebih baik, disenangi kawan malah lebih best dipandang mulia di sisi Allah. Jom kita tengok beberapa perkara yang kita sokmo-sokmo (selalu) terlepas pandang. Bukan saja dalam bulan Ramadhan, mungkin juga dalam bulan-bulan lain.

Madrasah Ramadhan Servis Diri

Peringatan ni khas ambe tujukan untuk diri sendiri yang banyak dosa dan hikmah ramadhan akhlak nabi muhammad Bulan mengambang kekurangan. Mana yang baik, sama-sama kita kongsikan. Moga-moga bila kita baik, ahli keluarga kita juga baik. Jiran kita baik. Masyarakat kita baik. Negara kita juga menjadi lebih baik.

1. ‘Kondem’ mereka yang buat baik

Bila ada yang pakai tudung, kita senang-senang jer tuduh ini semua hipokrit dan bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam. Apa salahnya kita ringankan mulut kita untuk doakan, moga-moga rakan kita yang cuba berubah tu dikekalkan hati mereka untuk kekal bertudung. Ini tidak, di’kondem’ dan macam kita nak jauhkan mereka dari Islam. Baik sangat ke kita ni yop? Ce baca maksud hadith sahih ni;

“Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang..” ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir)

2. Selepas sahur, tidur semula

Sahur ni antara saat yang makbul doanya dan banyak bebenor barakahnya. Rugi ler kita kalau lepas sahur, kita dalam keadaan perut yang kenyang sambung tidur semula. Apakata, lepas sahur kita terus ambil wuduk (mandi lagi bagus) dan bacalah zikir, istighfar. Baca Quran pun bagus juga.

3. Gangguan di masjid/surau

Biasa sangatlah. Budak-budak main mercun masa orang lain solat terawih. Jangan dibiar. Adab di masjid surau ni kena diajar pada anak-anak. Kalau dibiar, nanti dah besor, dah jadi bapak orang main handphone masa khatib baca khutbah. Ada juga yang terlupa ‘silent mode’ handphone sebelum solat. Jika berbunyi, wajib untuk kita bergerak sikit untuk tutup bunyi handphone kita. Jangan kita kacau khusyuk dan fokus jemaah lain!

Ini antara butiran yang boleh ambe kongsikan. Sama-sama kita periksa diri dan servis mana yang patut. Yang baik tu daripada Allah, yang buruk tu milik ambe.

Entri asal adalah tulisan Ustaz Dr. Zaharuddin. Boleh baca entri penuh ini, “12 Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan.”

@hafizmd – Madrasah Ramadhan. Tinggal lagi kurang 11 hari untuk kita betul-betul servis diri sempena Ramadan. Jangan lupa kita doakan saudara seakidah kita di Mesir. Allahuakbar!