Keputusan Undian Piala Malaysia 2013

"keputusan undian piala Malaysia 2013"

Assalamua’laikum.

Piala Malaysia 2013. Undian Piala Malaysia dah selesai. Ada kumpulan yang saya boleh katakan kumpulan maut. Pasukan sama seperti tahun lepas sekali lagi diundi dalam kumpulan maut. Perlawanan pertama Piala Malaysia 2013 pada 20 Ogos dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 pada 3 November. Jom kita tengok hasil undian dan apa pandangan anda?

Keputusan undian Piala Malaysia 2013

Kumpulan A: Selangor, ATM, Sime Darby & Johor FA

Kumpulan B: Johor DT, PKNS Selangor, T-Team & Felda United

Kumpulan C: Kelantan, Terengganu, Pahang & Negeri Sembilan

Kumpulan D: Lions XII, Sarawak, Perak & Kedah

Jadi, kumpulan C paling menarik untuk sama-sama kita tengok samada mampu atau tak Kelantan teruskan misi juara berganda selepas merembat Piala FA. Terengganu, Pahang dan N.Sembilan bukan lawan mudah buat Kelantan. Itu saya cukup pasti. Saya jangka Terengganu dan Kelantan akan layak ke suku akhir =)

Kumpulan A pasti sengit dengan adanya Selangor dan ATM. Bukan mudah tu! Kumpulan B pasti nampak sedikit mudah buat Johor DT tapi bola tetap bulat. Apa-apa boleh jadi. Kumpulan D pasti juga menjadi tumpuan dengan Lions ada kelebihan lagi sekali bermain atas padang tiruan yang bakal menjadi “lubuk menang” untuk mereka. Mampu tak Perak, Sarawak dan Kedah halang Lions XII?

Pasukan mana menjadi pilihan anda?

@hafizmd – Terkini Piala Malaysia 2013. Lepas raya baru kita sambung balik cerita Piala Malaysia yer =)