Godek Themes…

Assalamua’laikum.

Kerja menggodek themes ni banyak kali ambil masa yang lebih lama. Alang-alang mood nak menulis tu dah ke laut, ambe secara tiba-tiba naik ‘sheikh’, payah nak berhenti godek-godek themes ni. Semalam dah guna themes Twenty Twelve. Hari ni cuba theme Denis pulak. Mana pergi themes Thesis ambe yang dulu. Dah muak ke guna tema thesis ni?

Selamat tinggal Thesis

Ceritanya mudah aje. Sebelum ni, ambe perasan yang loading blog ni makin lama makin perlahan walaupun guna Unifi dan adakalanya laju macam biasa. Perlahan tu sampaikan makan masa hampir 25 saat untuk siap loading sepenuhnya. Kalau ambe jadi pengguna enjin carian, 25 saat tempoh yang agak lama juga.

Jadi, ambe pun gatal-gatallah tangan hantar tiket bantuan kat NetKL. Macam biasa, NetKL tak pernah hampakan pelanggannya. Kata salah sorang staf NetKL, antara sebab kenapa loading blog perlahan bergantung juga kepada kesesuaian blog dengan server. Jadi, disarankan untuk cuba pindah server untuk tengok perubahan selepas pindah server.

Dipendekkan cerita bukan malam Jumaat ni, dah siap pindah server, theme Thesis tidak lagi boleh berfungsi macam biasa. Terus lumpuh. Kata staf NetKL lagi, mungkin sebab thesis tu dah tak sesuai dengan versi terkini software PHP 5.4 dalam server baru.

Ok. Panjang cerita. Ambe terus godek themes. Jadi, ambe mohon bantuan anda untuk sahkan beberapa perkara;

  1. Tahap kelajuan loading blog ni. Ok ke tak?
  2. Susunan. Ada tak yang senget di mana-mana posisi?
  3. Lain-lain yang anda rasa macam tak best bila singgah sini.

Terima kasih pada yang sudi respons. Walaupun mood ke laut, semangat blogwalking tak pernah surut. Jangan risau….hehehehe

@hafizmd – Godek themes wordpress percuma. Dah baca entri ‘Blogging bukan sekadar SEO semata?‘ =)