Carilah Cermin Yang Jujur!
Assalamua’laikum.
Cari dan jadilah cermin yang jujur. Apa yang bakal ambe tulis adalah peringatan untuk diri sendiri khasnya. Jika ada kebaikan, Alhamdulillah. Jika buruk, tegurlah. Semua tahu sifat cermin memantulkan imej. Imej yang dipantulkan hampir 100% sama dengan objek sebenar. Kalau kita tengok cermin, mesti nampak muka kita. Takdenya nampak muka Cik Kiah sebelah rumah. Tapi, berapa ramai antara KITA yang tertipu, menipu dan ditipu oleh pantulan imej yang kita lihat dalam cermin?
Jom Cermin & Audit Diri
Kita kadang-kadang banyak kali menipu fitrah diri sendiri. Jom KITA pakat tanya diri sendiri beberapa soalan di bawah ni;
- Bila beli baju, kita dah tengoh saiz baju tu S, sedangkan saiz badan kita M. Kita beli juga sebab nak nampak langsing. Ketat pun ketatlah…
- Kita beli makanan, dah rasa macam banyak dan terlebih tapi KITA tetap juga beli sebab kita rasa kita ada duit & mampu perabis makanan tu. Akhirnya….
- Kita pakai tudung. Kita rasa dah lengkap tapi kita buat-buat tak nampak yang memang tudung tu nipis. Nampak leher dan nampak apa-apa yang tak patut ditayang!
- Kita pakai baju yang kainnya nipis. Jadi kita pakai baju di dalam (inner) yang ketat untuk “tutup kenipisan” tadi. Kain dah sah jarang….
- Kita tanya kawan tentang cara kita pakai. Kawan kita cakap, “aku rasa macam nipis sikitlah baju hang ni…” Kita tak terima. Kita rasa kawan kita dengki dengan baju kita.
- Kita tanya kawan kita, “eh, baju ni kalau aku beli ok tak?” Kawan kita jawab tak ok sebab jarang. Kita tak percaya. Kita rasa kawan kita jeles dengan baju baru tu.
- Isteri tanya suami, “bang, ok tak sayang pakai lipstik ni?” Suami cakap, “terang sangat kaler tu.” Isteri jawab lagi, “ala…kaler lain bibir nampak pucatlah bang…”
- Ada suami suruh isteri pakai tudung tapi diri sendiri pakai seluar pendek pergi shopping.
- Ada bapa-bapa suruh anak-anak pergi sekolah agama belajar solat, diri sendiri macam biskut chipsmore dengan tikar sejadah.
- ………banyak lagi, tapi yang penting kita usaha untuk ubah diri menjadi lebih baik dari semalam.
Cukup rasanya ambe senaraikan beberapa kesilapan dan kekurangan yang selalu kita buat. Kita cuba mencari cermin yang jujur, tapi bila ada cermin yang jujur cuba memberi jawapan yang jujur. Kita payah nak terima. Kenapa? Sebab cermin dalam diri sendiri juga tidak jujur.
Serius, entri ni bukan nak sakitkan hati sesiapa. Ambe jugak banyak dosa dan silap sana-sini. Entri ni berupa suntikan virus motivasi untuk diri sendiri. Moga suntikan yang entah ke berapa kali ni, mampu buat kita kenal siapa diri kita dan Rabbul Izzati.
โSesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
@hafizmd – Misi Mencari Cermin yang Jujur Misi Sepanjang Hayat. Sama-sama rebut peluang audit diri di bulan Ramadhan.
kita tanpa sedar buat perkara mcm tu.. thanks atas peringatan ^^
terlepas pandang dan tak nak terima nasihat
terima kasih kembali
betul sangat
sebabnya cermin dalam diri tak jujur
payah cermin luar nak nasihat lagi
sendiri payah nak ubah diri sendiri
Kalau sendiri payah nak terima jujur, payah nak berubah
Semuanya berpunca dari hati…
itulah…hati baik…insyaAllah baiklah kita
susah juga nak dptkan cermin yg jujur bila hati penuh dgn sifat sombong dan bermegah
Astagfirullah. Nak kena jaga benda2 ni..thanks bro ingatkan
hoho..kat mana ada jual cermin macam ni ekk..
Not for sale =)
nak ubah org semua makan makan..hanya org tertentu sahaja akn Allah bg petunjuk…org terpilih itu mmg kira antara golongan-golongan yang beruntung..
Sama2 mohon hidayah Allah. Ustaz kata, nak hidayah kena baca Quran
bab baju saya setuju…sy baru2 ada pi kedia cari baju tgok org sekeliling saya .seboleh2 org tu nak baju ikut saiz dia.saya pelik.padahal bg saya kalau baju lebih longgar adalah lebih bagus. sebab mana tahu badan naik ker dia masih blh pakai baju ni lagi..pernafasan teratur, kepala tak sakit.org kita suka pilih baju klu boleh agaknya nak berbalut cam cempedak!
org macam ini kita doa sahajalah dalam hti mana tahu terbuka perubahan dlm hatinya nnti
Itu yg terbaik…sama2 kita doakan moga kita dan rakan2 kita dapat hidayah dan rahmat Allah.
ameen
paten baju sekarang, mmg rimas tgk…
Hehe..terbaiklah boh…ada kena batang hidung sendiri nih…alamak kena ubah ni..haha..terima kasih tolong ingtkan..
Ambe kena jugok…tp kena tulis utk ingatkan diri
suka entri nih. penuh dengan peringatan untuk diri sendiri.
Hehe..betul tu fyna..
@PK, betul betul betul
terima kasih fyna. Ingatan utk kita pakat sama2 jadi lebih baik
betul tu bro..walaupun kita tahu hakikatnya salah..tapi kita buat juga..
Mmg itulah manusia
peringatan untuk semua nih , terima kasih bro sudi kongsi entry nih…;)
Terima kasih kembali. Moga ada kebaikan utk kita
Nampak gaya panjang senarai pembentukan dan muhasabah diri perlu dilakukan.
Senarai ambe pun panjang juga…huhu
Iyelah Hafiz, nak tak nak kita manusia tak lari dari semua itu, tapi apa-apapun kita yang boleh mengubah diri dari pendekatan yang berbeza dengan cara masing-masing. Kadang-kadang kita tidak sedar kita pernah dan masih berfikiran seperti itu.
Betul tu Azie. Kita kadang2 ingat diri dah baik sangat, padahal banyak lagi nak kena perbetul.
Sama perbetul diri dan keluarga.
Thanks Azie
sarat mesej bagi orang2 yang mahu berfikir.. ๐
Sama2 kita fikir dan hadam =)
Perkara paling susah untuk dilakukan… ialah menasihati & mengubah diri sendiri!
Betul tu. Moga dikuatkan tekad
Manusia sekarang ni banyak kali tersalah tengok cermin…..
Contoh paling mudah ialah apabila dia tahu kawan ada blog, dia pun nak buat blog juga. Sampai satu masa, idea dah habis, tak tahu nak tulis apa, ditambah lagi dengan tension sebab takde siapa yang datang membaca blog tersebut. Duit dan masa habis begitu saja, sedangkan boleh digunakan untuk perkara yang lain.
Terbaik! contoh camni mmg kena sangat..kita byk ikut org lain tanpa kita faham.
mendiang MJ pon ada cakap”I’m staring with the man in the mirror…” ๐
yeahhh! mmg kenalah sangat
saling mengingatkan antara kita..satu tugas blogger yang tak ramai blogger sedar..
terima kasih atas peringatan ๐
samaยฒ menuju ke arah yang lebih baik
terima kasih cikgu,
ambe buat part ambe jer..diri pun byk dosa gak..huhuhu
sebab itu kita selalu haruslah muhasabah diri setiap malam, imbas kembali ape yang seharian yang kita buat.. Arwah abah selalu pesan macam tu..
Betul sangatlah tu bro irwan..
Moga2 esok lebih baik
Kena belajar terima pendapat atau nasihat org….
betul tu…kadang2 kita tak perasan mana tak kena
susah nak jujur kann?
susah
Terima kasih tuan… satu nasihat yang cukup jujur.
Bersamalah kita cermin diri sendiri…
Terima kasih kembali
Sama2 kita audit diri
Dalam dok bercermin tu pun, kdg kita lupa lagi,lalai lagi …
saya pun byk lalai…astaghfirullah
maza bersikat pakat raba2 aje.. volleh?
heheheh
psst: ngeri nak tengok diri sendiri.. kena cepat2 taubat ni.. uhuk!
raba diri sendiri takpe…hehehehe
..cermin yg mengejek pun ada..bila kita tgk cermin..dia akan pantulkan satu imej yg lain..kalau org tu kurus..dlm cermin nmpak mcm chubby sket..mmg sakit ati gak dibuatnya..eheheh..
chii setuju ngn hafiz…ramai yg cuba menidakkan apa yg dorang da nampak…apa pun…peringtan yg baik..utk diri chii sndiri juga ๐
itulah…kalau nmpak chubby, nak kena tambah usaha, tp kalau org tersayang suka chubby2 sikit…oklah..hehe
peringatan utk diri sendiri gak ni…
terima kasih atas peringatan di dalam entri ini
terima kasih kembali pn ema =)
jujur mengelakkan hati dari membusuk. Salam 16 ramadhan ๐
tepat..terima kasih bro
salam 17 ramadhan =)
cermin biasa jujur cuma kita boleh terima atau tidak
sama2 kita musahabah diri yer bro ๐
betul tu bang sop
terima kasih bang sop
betul tu.. kita kena audit diri sendiri.. slalu masalah yang dihadapi “tak boleh terima teguran”.. sedangkan teguran itu terbaik sebenarnya…
nak terima teguran dgn berlapang dada yg payah..tp kena demi utk kebaikan diri
saya suka entri ini..saya juga sedar diri ini juga penuh dengan kekurangan sana -sini..tengah ganti cermin yang baru
nak cari isteri.. cari isteri yang jujur menegur. nanti sama2 akan bahagia
Nice entry bro…
mereka yg biasa cermin diri sendiri biasanya susah nak heboh pasal kekurangan orang lain.
Betul tu bro ladfe…sama2 kita perbetul diri…ameen
Betul tu. Jika semua orang yang kita lihat sekeliling diambil sebagai cermin, tentu kita tak akan mengata sebaliknya buat koreksi diri…
Itu yg ambe cuba betulkan diri sendiri..ameen
Instropeksi diri sangat diperlukan untuk membentuk diri yang lebih baik…
Mari kita cari cermin yang jujur untuk diri kita ๐
Memang kita tak perasan penipuan ni.nasib baik admin tolong bgtau.tq
Seorang cermin adalah cerminan mukmin yang lain.
Dan ini telah dibuktikan oleh ilmuwan barat..
Pakar psikologi mengatakan… Sikap kita adalah dipengaruihi dari 10 orang paling hampir
Kalau kawan kita tak pakai tudung kita pun sama
Kalau kawan bertudung labuh dan berakhlak mulia.. sedikit ssebanyak akan terpalit juga sifat mulia tu
Umpama berkawan dengan penjual minyak wangi.. akan mendapat wangian
Berkawan dengan tukang besi akan mendapat percikan api
Subhanallah, benar kita harus mencari cermin yang jujur, bukan cermin yang menipu. Cermin dalam jiwa akan memastikan siapakah diri kita. Inilah cermin yang jujur.