Suami Cemburu? Untunglah!

- 15 May 2014Keluarga

Assalamua’laikum. Amanah lelaki memang besar! Menjadi cermin yang jujur dalam keluarga. Seorang lelaki boleh jadi dia tu seorang suami, ayah, abang mahupun adik dalam sebuah keluarga. Saya tak nak cerita lebih besar dari itu, sebab semuanya bermula daripada sebuah keluarga.

Bacalah entri ini dengan nada yang lembut dan berlapang dada.

Maka, jika suami cemburu dengan anda seorang yang bernama isteri, maka bersyukurlah! Anda memang beruntung. Kenapa saya katakan beruntung sedangkan anda mungkin terkadang rasa dikongkong, rasa disekat kebebasan dan rasa rimas serta seribu macam lagi perasaan yang tak best? Untuk itulah, saya kongsikan kepada anda betapa seorang isteri yang mempunyai isteri yang cemburu, sebenarnya beruntung sangat-sangat.

Cemburu suami penyelamat rumahtangga?

Saya sendiri adalah seorang suami. Saya akui, saya juga ada sifat cemburu. Malah saya yakin benar, para suami di luar sana juga ada sifat yang sama. Kalau takde rasa cemburu, maka di situlah bermulanya akar masalah!

Cuma persoalannya ialah adakah sifat cemburu seorang suami ini KENA PADA TEMPATnya? Cemburu bertempatkah kita sebagai seorang suami? Lelaki/suami perlu ada sifat cemburu. Sebabnya hanyalah satu iaitu untuk mengelak kita para suami menjadi seorang LELAKI DAYUS dalam erti kata sebenar!

Kita jangan ingat, lelaki yang tolong isteri jemur baju, tolong pegang beg isteri, temankan isteri shopping dan mungkin banyak lagi perkara yang saya tak terfikir itu adalah LELAKI DAYUS. SILAP benar lagi salah jika ini yang kita percaya dan yakin selama ini. Ini semua bukan sifat atau ciri-ciri lelaki/suami dayus!

Suami tegur itu ini tandanya cemburu?

Suami yang tahu hukum hakam agama pastinya akan berusaha untuk membentuk keluarga yang bahagia dalam erti kata yang sebenar. Suami anda mungkin banyak kali tegur perkara-perkara berikut;

  1. Cara isteri bersolek terlampau tebal bila keluar rumah
  2. Cara isteri berkomunikasi dengan rakan sekerja lelaki (maksudnya mungkin suami periksa mesej/whatsapp)
  3. Cara isteri berpakaian ketika keluar bekerja mahupun keluar ke mana-mana saja
  4. Cara isteri bersosial di laman-laman sosial

Yakinlah bahawa suami anda cemburu itu tandanya mereka sayangkan anda. Mereka sedang melaksanakan amanah yang Allah berikan kepada seorang suami. Menjaga isteri dan ahli keluarga dari terjerumus terbuat dosa tanpa disedari.

suami cemburukan isteri

saya sayang awak….

Perkara yang suami wajib teliti dan tegur untuk elak menjadi dayus!

Bak pesan Ustaz Haryanto, kita para suami banyak kali terlepas benda yang mungkin kita suami atau pandang remeh/perkara kecil tetapi padahal ianya adalah perkara yang besar yang boleh menyebabkan lelaki/suami menjadi dayus.

Selain perkara di atas, ada lagi yang para suami seperti saya ni terlepas pandang. Antaranya ialah;

  1. Aurat isteri bila balik rumah mertua sebelah suami. Kenalah ambil tahu dan jaga seelok-eloknya. Ada bukan mahram dalam rumah tu. Sama-samalah jaga bahagian aurat masing-masing.
  2. Isteri naik motosikal nampak betisnya. Suami kena ambil tahu. Check dulu. Minta isteri pakai stoking kaki. Tolong belikan lagilah bagus.
  3. Aurat isteri di media sosial? Jangan suami pulak yang gatal tangan muat naik gambar isteri yang tak tutup aurat dengan sempurna. Ada tak kita muat naik gambar isteri yang pakai baju lengan pendek nampak lengannya? Cuba kita periksa kembali.
  4. Isteri bersolek terlampau meriah sehingga menarik perhatian lelaki lain. Percayalah bahawa banyak mata lelaki yang memandang. Sebabnya mudah. Lelaki Allah ciptakan sukakan benda-benda cantik. Wanita Allah ciptakan suka nak tunjuk diri cantik. TETAPI Allah juga telah tetapkan apa yang kita boleh tunjuk dan apa yang kita boleh tengok. Kepada siapa yang kita boleh solek setebal buku teks sekali pun. Betul atau tidak?
  5. Cara isteri bertudung. Ianya memang sensitif di pihak isteri. Sementalah mungkin isteri yang kita kahwini belum bertudung sejak dulu lagi. Percayalah, yakinlah. Isteri yang bertudung adalah isteri solehah yang didambakan seorang suami. Ajaklah isteri untuk bertudung dengan tudung yang tepat syariatnya. Slow and steady. InsyaAllah Allah pasti melembutkan hati isteri untuk menjadi isteri solehah.
  6. Pakaian isteri. Sama-samalah kita perhati apa jenis baju dan seluar yang isteri pakai untuk keluar rumah, waima nak sidai baju sekalipun. Kalau seluar ketat sampai nampak apa yang patut menjadi hak seorang suami saja tapi kini ditunjuk “percuma” kepada orang lain, apakah suami tiada rasa CEMBURU & RISAU?

Entri ini khas saya tujukan buat diri sendiri sebagai peringatan dan nasihat. Jika ianya berguna dan bermanfaat buat rakan-rakan suami mahu pun yang bergelar isteri di luar sana, Alhamdulillah.

Nak tegur menegur, nasihat menasihati ni memang mencabar jugalah jika kita ni manusia jenis susah nak terima teguran. Berlapang dada dan sanggup terima nasihat lebih-lebih lagi daripada pasangan kita.

Bak kata orang tua-tua, ‘tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus.’ Slow and steady untuk berubah.

Paling penting pastinya, suami kenalah juga cermin diri dalam masa yang sama menjadi cermin untuk isteri dan keluarga.

Bacaan rujukan: Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam?

Anda belum kahwin? Maka, jangan “seksa” Ayah anda yer. Jaga juga diri anda sebelum anda nanti akan dijaga oleh suami anda. Sama-sama kita saling nasihat-menasihati.

@hafizmd – Berusaha menjadi suami yang lebih baik! InsyaAllah

{ 37 comments… read them below or add one }

akubiomed May 15, 2014 at 10:43 am

Menjadi ketua keluarga perlu memimpin isteri dan anak.

Reply

Ismail N May 15, 2014 at 4:34 pm

Follow the leader… leader.. Hu hu teringat lak citer Teletubbies bila ckp cam tu :D

Reply

azwan May 16, 2014 at 4:38 pm

teringat pulak cerita wonderpets…apa yang penting !…

Reply

Anak Askar Pencen May 15, 2014 at 11:27 am

Cemburu tu penting dalam rumah tangga supaya dapat menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami dan isteri.

Reply

Ismail N May 15, 2014 at 4:33 pm

Alright juga kalau masih ada perasaan cemburu tu. Sama juga dgn isteri. Kalau dia tak cemburu, sure risau gak kita. Tapi ada had nya lah. Pandai2 mengawal agar rukun dan aman rumahtangga.

Reply

ery May 15, 2014 at 4:43 pm

Sebagai seorang suami, aku namakan perkara tersebut sebagai cemburu. tapi, itu adalah tanggungjawab dan ambil berat. Bagi aku lah.. Cemburu tu rasanya masa zaman bercinta dulu boleh la, sikit² jeles.. Tp, bila dah kahwin kita dah jadi suami isteri dah tak ada istilah cemburu. Dah jadi milik kita kot.. nak cemburu buat ape..

Cuma, sebagai seorang isteri.. Jaga etika korang sebagai isteri.. Korang bukan lagi anak dara yang perlu di pertontonkan oleh orang ramai.. Pakaian, penampilan, pertuturan tu kena jaga. Yang masih belum kahwin pun perlu la jaga etika korang. Zaman sekarang wanita dah ada yang bekerjaya so etika dan penampilan tu kena jaga..

Kalau yang bekerjaya tu, jaga tingkah laku korang tu.. jgn dok gedik xtentu pasal.. aku selalu tengok perempuan yang dok bertepuk tampar ngan lelaki kat office diorang. Jangan la macam tu kak.. Tak kisah la akak tu bini orang ke, janda orang ke.. Ingat sikit korang tu perempuan jangan layan sangat lelaki ni walaupun rakan sekerja.. Ini gelak sampai 1 office boleh dengar..

Komen dan pesanan ringkas dari aku ni… hehehe

Reply

Khir Khalid May 15, 2014 at 6:41 pm

Suami yg baik pasti ada sifat cemburu kan… tp biarlah kena pada tempatnya & yg ke arah kebaikan rumahtangga.. Perkongsian yg menarik bro Hafiz.. :)

Reply

titan May 15, 2014 at 6:46 pm

cemburu itu normal maa..

haha

Reply

AUC May 15, 2014 at 10:11 pm

cemburu??? kena ada untuk mewujudkan rasa tanggungjawap…

Reply

Mohd Shubhi May 15, 2014 at 10:33 pm

Artikel yang baik ni bro. Peringat memperingati sesama suami dan isteri. Kalau nampak kena tegur, kalau tak nampak susah jugakkan…! tertarik dengan komen Ery di atas, memang ada pompuan yang gedik tampor orang lelaki kawan pejabat sana sini gurau senda geli geli…sian kat suami mereka!

Reply

Bahrain May 15, 2014 at 11:08 pm

Suami besar tanggungjawabnya, tak tegur isteri neraka menanti.

Reply

Abdur May 16, 2014 at 8:51 am

Wa√°laykumussalaam,seorang suami sememangnya harus memperhatikan enam perkara yang bro kongsikan itu,sebab apa jua kesalahan yang isteri buat pastilah suami akan diminta tanggung jawap nanti

Reply

cheq eem May 16, 2014 at 11:22 am

yang bergelar isteri (termasuk saya) sila renung2kan dan selamat beramal…. good sharing bro…! :)

Reply

Ustazah Ain May 16, 2014 at 8:31 pm

Semoga ramai lelaki di luar sana yang bersikap cemburu dan ambil peduli, kini terlalu banyak masalah berkaitan dengan hal wanita yang pastinya ia adalah berpunca daripada sikap tidak ambil peduli seorang lelaki pada ahlinya… Ye semoga Allah melindungi kita selalu, teruskan menjadi pemimpin yang baik utk semua

Reply

Firdaus Azizi May 17, 2014 at 8:28 am

Entri yang bagus untuk peringatan buat suami-suami dan juga isteri. Memang kadang2 isteri nih suka sangat nak cantik-cantik, tapi biarlah kecantikan itu disimpan khas untuk suami ;)

Saya tak suka isteri bercantik2 di luar rumah. Biar nampak kemas dah cukup bagi saya. Serious saya kuat jeles :P

Reply

ahmadyani May 17, 2014 at 8:51 am

kadang-kadang benda yang kecil-kecil ini kena ambil tahu juga kerana ia akan menambah dosa si suami atas tindakan si isteri. Macam naik motor nampak betis tu…ramai yang anggap ini benda kecil.

Reply

azlanvai May 17, 2014 at 10:37 pm

Cemburu suami itu dapat pahala..

Reply

Akuro San May 18, 2014 at 7:51 pm

lelaki yang tidak dayus dan mampu menegur isteri secara berhikmah memang terbaik…

Reply

Nutri Bullet May 18, 2014 at 11:54 pm

Artikal yang sangat bagus dan bermanfaat bagi semua lelaki yang bergelar suami atau bapa

Reply

suri May 19, 2014 at 10:36 am

kalau bersama-sama menjaga bukankan sejuk mata memandang

Reply

SueAK May 19, 2014 at 11:22 am

Betul..
Para suami.. Jangan jadi dayus…

Reply

Denaihati May 19, 2014 at 11:49 am

lepas ni kena suami periksa mesej/whatsapp isteri…heeee.
Sebagai peringatan ni, mesti tegur isteri jika salah, dan mungkin dia terlepas pandang atau tak tahu.

Reply

Hanafi Abdullah May 20, 2014 at 6:48 am

betul tu bro!..saya akui jika kita cemburu pada tempat yang betul apa salah..malah ada kebaikannya!

Reply

Hafizul May 20, 2014 at 2:46 pm

Yup..setuju dengan apa yang diutarakan ini..walaupun hakikat sikap cemburu yg ada ni amat susah untuk dihilangkan walaupun sedikit..terima kaasih kongsikan…tak salah tegakkan menda yang betul…demi kebahagiaan keluarga sendiri…

Reply

hafizmd May 22, 2014 at 5:08 pm

Berul3. Benda tegak mesti ditegakkan.

Reply

Hairul Hissam May 21, 2014 at 7:10 pm

jiran2 saya pun ramai yg tolong jemur kain keluarga….
dah jadi perkara biasa skrg nie…

Reply

hafizmd May 22, 2014 at 5:08 pm

Betul tu. Tp ramai juge yg salah faham pasal ni..

Reply

Mai Has May 22, 2014 at 1:15 pm

Suami saya tak cemburu sgt kecuali haritu terserempak dengan “kawan lama” saya.Seminggu asyik mengungkit peristiwa itu.haha…rupa2nya cemburu juga suami saya ini.hihi

Reply

Sobrimansor May 22, 2014 at 4:02 pm

Cemburu tu biarlah bertempat. Pada saya, bila dah berumahtangga, tanggungjawab pada isteri dan anak2 mesti kena ambil tahu. Bukan sebab nak tunjuk kuasa tapi atas sebab tanggungjawab.

Reply

Mazni Azmi August 17, 2014 at 10:19 pm

Tanggungjawab dan amanah datang selari.

Saat diijab kabulkan..

Tergalas bebanan yang berat di bahu suami untuk membimbing dan memimpin keluarga

Reply

Aishah Ahmad August 11, 2014 at 3:57 pm

100% saya setuju

Reply

Mazni Azmi August 17, 2014 at 10:16 pm

Setuju sangat.

Dalam cemburu supaya isteri memakai tudung yang labuh dan mengikut syariat..

Ada ilmu agama di sebaliknya kan.

Semua perkara elok sekiranya kena pada tempatnya

Reply

J3B September 16, 2014 at 10:19 pm

Jangan sampai cemburu buta sudaah.

Reply

nanang October 7, 2014 at 2:22 pm

Artikel yang sangat bermanfaat sekali, terima kasih sudah sudi berbagi.

Reply

Nurudin Bin Latuo May 13, 2015 at 9:38 pm

bagaimana kah mengatasi ataupun menghalang isteri yang suka keluar rumah?

Reply

Hafizmd May 16, 2015 at 12:42 am

En Nurudin. Perempuan ni kalau ditegur kasar, payah nak ikut. Cubalah En Nurudin cakap elok2..dan ikut lenggok isteri. Tanyalah elok2, kenapa suka keluar rumah. Pasti ada yg dicarinya.

Bykkan berdoa, dan teruskan berdoa. Perempuan hatinya lembut..saya doakan2 yg terbaik utk en nurudin

Reply

dendialam April 9, 2018 at 4:22 pm

saya setuju, cemburu pertanda sayang sama pasangan, insya alloh menjadi keluarga yang berkah amiin

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }