Carilah Cermin Yang Jujur!

- 21 July 2013. Updated 10 March 2014Agama

Assalamua’laikum.

Cari dan jadilah cermin yang jujur. Apa yang bakal ambe tulis adalah peringatan untuk diri sendiri khasnya. Jika ada kebaikan, Alhamdulillah. Jika buruk, tegurlah. Semua tahu sifat cermin memantulkan imej. Imej yang dipantulkan hampir 100% sama dengan objek sebenar. Kalau kita tengok cermin, mesti nampak muka kita. Takdenya nampak muka Cik Kiah sebelah rumah. Tapi, berapa ramai antara KITA yang tertipu, menipu dan ditipu oleh pantulan imej yang kita lihat dalam cermin?

akhlak nabi muhammad

Jom Cermin & Audit Diri

Kita kadang-kadang banyak kali menipu fitrah diri sendiri. Jom KITA pakat tanya diri sendiri beberapa soalan di bawah ni;

  1. Bila beli baju, kita dah tengoh saiz baju tu S, sedangkan saiz badan kita M. Kita beli juga sebab nak nampak langsing. Ketat pun ketatlah…
  2. Kita beli makanan, dah rasa macam banyak dan terlebih tapi KITA tetap juga beli sebab kita rasa kita ada duit & mampu perabis makanan tu. Akhirnya….
  3. Kita pakai tudung. Kita rasa dah lengkap tapi kita buat-buat tak nampak yang memang tudung tu nipis. Nampak leher dan nampak apa-apa yang tak patut ditayang!
  4. Kita pakai baju yang kainnya nipis. Jadi kita pakai baju di dalam (inner) yang ketat untuk “tutup kenipisan” tadi. Kain dah sah jarang….
  5. Kita tanya kawan tentang cara kita pakai. Kawan kita cakap, “aku rasa macam nipis sikitlah baju hang ni…” Kita tak terima. Kita rasa kawan kita dengki dengan baju kita.
  6. Kita tanya kawan kita, “eh, baju ni kalau aku beli ok tak?” Kawan kita jawab tak ok sebab jarang. Kita tak percaya. Kita rasa kawan kita jeles dengan baju baru tu.
  7. Isteri tanya suami, “bang, ok tak sayang pakai lipstik ni?” Suami cakap, “terang sangat kaler tu.” Isteri jawab lagi, “ala…kaler lain bibir nampak pucatlah bang…”
  8. Ada suami suruh isteri pakai tudung tapi diri sendiri pakai seluar pendek pergi shopping.
  9. Ada bapa-bapa suruh anak-anak pergi sekolah agama belajar solat, diri sendiri macam biskut chipsmore dengan tikar sejadah.
  10. ………banyak lagi, tapi yang penting kita usaha untuk ubah diri menjadi lebih baik dari semalam.

Cukup rasanya ambe senaraikan beberapa kesilapan dan kekurangan yang selalu kita buat. Kita cuba mencari cermin yang jujur, tapi bila ada cermin yang jujur cuba memberi jawapan yang jujur. Kita payah nak terima. Kenapa? Sebab cermin dalam diri sendiri juga tidak jujur.

Serius, entri ni bukan nak sakitkan hati sesiapa. Ambe jugak banyak dosa dan silap sana-sini. Entri ni berupa suntikan virus motivasi untuk diri sendiri. Moga suntikan yang entah ke berapa kali ni, mampu buat kita kenal siapa diri kita dan Rabbul Izzati.

“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

@hafizmd – Misi Mencari Cermin yang Jujur Misi Sepanjang Hayat. Sama-sama rebut peluang audit diri di bulan Ramadhan.

{ 71 comments… read them below or add one }

zuan July 22, 2013 at 10:18 pm

kita tanpa sedar buat perkara mcm tu.. thanks atas peringatan ^^

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:20 am

terlepas pandang dan tak nak terima nasihat
terima kasih kembali

Reply

TehR July 22, 2013 at 11:14 pm

betul sangat
sebabnya cermin dalam diri tak jujur

payah cermin luar nak nasihat lagi
sendiri payah nak ubah diri sendiri

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:19 am

Kalau sendiri payah nak terima jujur, payah nak berubah

Reply

Hairul Azni July 23, 2013 at 6:02 am

Semuanya berpunca dari hati…

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:16 am

itulah…hati baik…insyaAllah baiklah kita

Reply

Hairul Hissam July 23, 2013 at 6:14 am

susah juga nak dptkan cermin yg jujur bila hati penuh dgn sifat sombong dan bermegah

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:16 am

Astagfirullah. Nak kena jaga benda2 ni..thanks bro ingatkan

Reply

titan July 23, 2013 at 8:26 am

hoho..kat mana ada jual cermin macam ni ekk..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:16 am

Not for sale =)

Reply

suri July 23, 2013 at 9:30 am

nak ubah org semua makan makan..hanya org tertentu sahaja akn Allah bg petunjuk…org terpilih itu mmg kira antara golongan-golongan yang beruntung..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:15 am

Sama2 mohon hidayah Allah. Ustaz kata, nak hidayah kena baca Quran

Reply

suri July 23, 2013 at 9:36 am

bab baju saya setuju…sy baru2 ada pi kedia cari baju tgok org sekeliling saya .seboleh2 org tu nak baju ikut saiz dia.saya pelik.padahal bg saya kalau baju lebih longgar adalah lebih bagus. sebab mana tahu badan naik ker dia masih blh pakai baju ni lagi..pernafasan teratur, kepala tak sakit.org kita suka pilih baju klu boleh agaknya nak berbalut cam cempedak!

org macam ini kita doa sahajalah dalam hti mana tahu terbuka perubahan dlm hatinya nnti

Reply

hafizmd July 23, 2013 at 10:31 am

Itu yg terbaik…sama2 kita doakan moga kita dan rakan2 kita dapat hidayah dan rahmat Allah.
ameen

paten baju sekarang, mmg rimas tgk…

Reply

Hafizul July 23, 2013 at 10:00 am

Hehe..terbaiklah boh…ada kena batang hidung sendiri nih…alamak kena ubah ni..haha..terima kasih tolong ingtkan..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:15 am

Ambe kena jugok…tp kena tulis utk ingatkan diri

Reply

fyna July 23, 2013 at 10:27 am

suka entri nih. penuh dengan peringatan untuk diri sendiri.

Reply

Hafizul July 24, 2013 at 11:30 am

Hehe..betul tu fyna..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:08 am

@PK, betul betul betul

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:13 am

terima kasih fyna. Ingatan utk kita pakat sama2 jadi lebih baik

Reply

blackrosehunter July 23, 2013 at 11:20 am

betul tu bro..walaupun kita tahu hakikatnya salah..tapi kita buat juga..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:13 am

Mmg itulah manusia

Reply

papa mifz July 23, 2013 at 1:07 pm

peringatan untuk semua nih , terima kasih bro sudi kongsi entry nih…;)

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:13 am

Terima kasih kembali. Moga ada kebaikan utk kita

Reply

akubiomed July 23, 2013 at 1:41 pm

Nampak gaya panjang senarai pembentukan dan muhasabah diri perlu dilakukan.

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:12 am

Senarai ambe pun panjang juga…huhu

Reply

Azie July 23, 2013 at 2:16 pm

Iyelah Hafiz, nak tak nak kita manusia tak lari dari semua itu, tapi apa-apapun kita yang boleh mengubah diri dari pendekatan yang berbeza dengan cara masing-masing. Kadang-kadang kita tidak sedar kita pernah dan masih berfikiran seperti itu.

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:12 am

Betul tu Azie. Kita kadang2 ingat diri dah baik sangat, padahal banyak lagi nak kena perbetul.
Sama perbetul diri dan keluarga.
Thanks Azie

Reply

Padin July 23, 2013 at 10:55 pm

sarat mesej bagi orang2 yang mahu berfikir.. :D

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:11 am

Sama2 kita fikir dan hadam =)

Reply

anif July 23, 2013 at 11:17 pm

Perkara paling susah untuk dilakukan… ialah menasihati & mengubah diri sendiri!

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:11 am

Betul tu. Moga dikuatkan tekad

Reply

Obsolete Coin July 23, 2013 at 11:28 pm

Manusia sekarang ni banyak kali tersalah tengok cermin…..
Contoh paling mudah ialah apabila dia tahu kawan ada blog, dia pun nak buat blog juga. Sampai satu masa, idea dah habis, tak tahu nak tulis apa, ditambah lagi dengan tension sebab takde siapa yang datang membaca blog tersebut. Duit dan masa habis begitu saja, sedangkan boleh digunakan untuk perkara yang lain.

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:11 am

Terbaik! contoh camni mmg kena sangat..kita byk ikut org lain tanpa kita faham.

Reply

Ismail N July 24, 2013 at 12:11 am

mendiang MJ pon ada cakap”I’m staring with the man in the mirror…” :D

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:10 am

yeahhh! mmg kenalah sangat

Reply

cikgu naman July 24, 2013 at 12:33 am

saling mengingatkan antara kita..satu tugas blogger yang tak ramai blogger sedar..

terima kasih atas peringatan ;)

sama² menuju ke arah yang lebih baik

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:10 am

terima kasih cikgu,
ambe buat part ambe jer..diri pun byk dosa gak..huhuhu

Reply

Irwan Alessa July 24, 2013 at 3:17 am

sebab itu kita selalu haruslah muhasabah diri setiap malam, imbas kembali ape yang seharian yang kita buat.. Arwah abah selalu pesan macam tu..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:09 am

Betul sangatlah tu bro irwan..
Moga2 esok lebih baik

Reply

hafiz July 24, 2013 at 6:29 am

Kena belajar terima pendapat atau nasihat org….

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:09 am

betul tu…kadang2 kita tak perasan mana tak kena

Reply

ohcikgu July 24, 2013 at 6:50 am

susah nak jujur kann?

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:09 am

susah

Reply

daddydee July 24, 2013 at 12:53 pm

Terima kasih tuan… satu nasihat yang cukup jujur.

Bersamalah kita cermin diri sendiri…

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:08 am

Terima kasih kembali
Sama2 kita audit diri

Reply

dja@sishaza July 24, 2013 at 1:00 pm

Dalam dok bercermin tu pun, kdg kita lupa lagi,lalai lagi …

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:07 am

saya pun byk lalai…astaghfirullah

Reply

maza July 24, 2013 at 2:31 pm

maza bersikat pakat raba2 aje.. volleh?
heheheh

psst: ngeri nak tengok diri sendiri.. kena cepat2 taubat ni.. uhuk!

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:07 am

raba diri sendiri takpe…hehehehe

Reply

chii July 24, 2013 at 2:33 pm

..cermin yg mengejek pun ada..bila kita tgk cermin..dia akan pantulkan satu imej yg lain..kalau org tu kurus..dlm cermin nmpak mcm chubby sket..mmg sakit ati gak dibuatnya..eheheh..

chii setuju ngn hafiz…ramai yg cuba menidakkan apa yg dorang da nampak…apa pun…peringtan yg baik..utk diri chii sndiri juga :)

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:06 am

itulah…kalau nmpak chubby, nak kena tambah usaha, tp kalau org tersayang suka chubby2 sikit…oklah..hehe

peringatan utk diri sendiri gak ni…

Reply

ema July 24, 2013 at 2:51 pm

terima kasih atas peringatan di dalam entri ini

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:04 am

terima kasih kembali pn ema =)

Reply

nazray July 24, 2013 at 8:33 pm

jujur mengelakkan hati dari membusuk. Salam 16 ramadhan :D

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:04 am

tepat..terima kasih bro
salam 17 ramadhan =)

Reply

Sop July 25, 2013 at 12:18 am

cermin biasa jujur cuma kita boleh terima atau tidak
sama2 kita musahabah diri yer bro :)

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:03 am

betul tu bang sop

terima kasih bang sop

Reply

Datin Tyka July 25, 2013 at 8:36 am

betul tu.. kita kena audit diri sendiri.. slalu masalah yang dihadapi “tak boleh terima teguran”.. sedangkan teguran itu terbaik sebenarnya…

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:03 am

nak terima teguran dgn berlapang dada yg payah..tp kena demi utk kebaikan diri

Reply

kakiblog July 25, 2013 at 9:50 am

saya suka entri ini..saya juga sedar diri ini juga penuh dengan kekurangan sana -sini..tengah ganti cermin yang baru

Reply

staibaqhang July 25, 2013 at 10:01 am

nak cari isteri.. cari isteri yang jujur menegur. nanti sama2 akan bahagia

Reply

Joe July 25, 2013 at 12:06 pm

Nice entry bro…

Reply

Ladfe Amir August 30, 2013 at 4:06 pm

mereka yg biasa cermin diri sendiri biasanya susah nak heboh pasal kekurangan orang lain.

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:44 pm

Betul tu bro ladfe…sama2 kita perbetul diri…ameen

Reply

Mohd Shubhi August 30, 2013 at 7:17 pm

Betul tu. Jika semua orang yang kita lihat sekeliling diambil sebagai cermin, tentu kita tak akan mengata sebaliknya buat koreksi diri…

Reply

hafizmd September 3, 2013 at 4:42 pm

Itu yg ambe cuba betulkan diri sendiri..ameen

Reply

Rina January 3, 2014 at 7:42 am

Instropeksi diri sangat diperlukan untuk membentuk diri yang lebih baik…
Mari kita cari cermin yang jujur untuk diri kita :)

Reply

Aishah Ahmad August 12, 2014 at 4:38 pm

Memang kita tak perasan penipuan ni.nasib baik admin tolong bgtau.tq

Reply

Mazni Azmi August 17, 2014 at 10:41 pm

Seorang cermin adalah cerminan mukmin yang lain.

Dan ini telah dibuktikan oleh ilmuwan barat..

Pakar psikologi mengatakan… Sikap kita adalah dipengaruihi dari 10 orang paling hampir

Kalau kawan kita tak pakai tudung kita pun sama

Kalau kawan bertudung labuh dan berakhlak mulia.. sedikit ssebanyak akan terpalit juga sifat mulia tu

Umpama berkawan dengan penjual minyak wangi.. akan mendapat wangian

Berkawan dengan tukang besi akan mendapat percikan api

Reply

Ahmad October 26, 2017 at 1:10 pm

Subhanallah, benar kita harus mencari cermin yang jujur, bukan cermin yang menipu. Cermin dalam jiwa akan memastikan siapakah diri kita. Inilah cermin yang jujur.

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }