Segmen – Saya Mahu Ditegur

- 30 September 2013. Updated 31 March 2014Blogging

Assalamua’alaikum.

Segmen – Saya Mahu Ditegur. Saya kira, ini antara inisiatif berani yang Bro Eyriqazz anjurkan. Kadang-kadang, kita bising-bising tak tentu pasal tentang orang lain/blog orang lain, tapi terlupa lagi terlepas pandang untuk menilai prestasi blog sendiri. Pastinya, teguran rakan blogger yang lain samada positif atau negatif mampu menjadi tandukan terbaik untuk kita sedar di mana tahap blog sendiri. Kenapa saya mahu ditegur?

Blogging bukan mudah sebenarnya

Bagi saya, blogging ni bukan perkara mudah. Ia ibarat kita berjumpa dengan berpuluh malah mungkin sejuta oang dalam sehari. Penampilan (tema blog), percakapan (penulisan) dan lenggok gaya (cara komen dll) kita pasti diperhati. Blogger ni, hampir menjadi ‘public figure.’ Lebih penting, apa yang kita tulis adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kita pikul nanti.

Saya pernah tulis satu entri tentang “Carilah cermin yang jujur.” Entri yang saya tulis khas untuk menegur diri sendiri dan mungkin sebagai dorongan untuk rakan blogger buat koreksi diri masing-masing. Jadi, kena sangatlah ambil peluang yang Bro Eyriqazz sediakan ni untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi saya dan blog ni sendiri. Almaklumlah, saya masih lagi muda dalam arena sepak terajang dan belaian manja berblogging ni. Elok saya mohon tunjuk ajar dalam segmen ni.

segmen - saya mahu ditegur

Saya persilakan pengunjung dan rakan blogger untuk tegur apa saja.

  1. Mungkin blog ni tak cukup mesra di mata anda?
  2. Mungkin nak kena tampal muka hensem saya di sini? oh! perasan…haha
  3. Tak cukup rajin blogwalking?
  4. Lambat balas komen?
  5. Loading blog “laju sangat?”
  6. Apa saja yang mampu berikan tandukan motivasi buat saya, amatlah dihargai.

Bagi rakan blogger yang belum turut serta, hari ni hari terakhir. Cepat-cepat buat entri. Nak tau lebih lanjut, boleh terjah entri Bro Eyriqazz di sini –> Segmen – Saya Mahu Ditegur.

@hafizmd – Memang bijok idea ni. Tahniah Bro Eyriqazz. “Segmen – Saya Mahu Ditegur” ni memang cukup-cukup berani.

{ 42 comments… read them below or add one }

hafiz September 30, 2013 at 2:53 pm

selamat bersegmen bro…

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:04 pm

terima kasih bro hafiz.. =)

Reply

Bahrain September 30, 2013 at 3:18 pm

Singgah sini

Sedikit teguran

1) share tweet, goole+,like and pin it s bahagian kiri tu tak payah letak kot sebab entry dah ada.
2) Header kasi cun skit baru meriah..

keseluruhannya, blog ni simple dan kemas.
all the best bro..

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:04 pm

1. Dah buang =)
2. header…nak kena tempah lepas ni..hehe

thanks bro tegur

Reply

AUC September 30, 2013 at 4:20 pm

Ingatkan dah lama masuk segmen ni, rasa mcm dah tegur je heheheh, antara teguran saya:
1 dan 2 penting perlu baiki segera untuk SEO anda.

1. WARNING description too short (<50 chrs)
2. WARNING missing keywords tag
3. Widget sosisal kat tepi ni tak payah sbb kat dalam dah ada
4. Blog kemas ok dah, saya suka ala-ala magazine gitu, kita citarasa lebih kurang sama je ni..
5. Logo heaeder kasik up sikit bagi ummmmphh lagi sikit.
6. Apa lagi yek… nanti kalau ada apa-apa nak tambah saya akan tegur semula….

selamat bersegmen

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:03 pm

Noted bro AUC.

1. Yg missing keywords tag tu, mana nak setting ek?
2. logo ek..akan cuba untuk ditempah atau digodek2 lagi..hehe
3. thanks bro..kalau ada apa2 yg boleh kasi up….tolong tegur yer

terima kasih bro

Reply

AUC October 3, 2013 at 10:37 pm

ada sesetengah theme dia dah setting, kalau x de kena setting sendiri kat editor

Reply

papa mifz September 30, 2013 at 6:26 pm

den selalu ke sini , seronok membaca dengan gaya penulisan bro…

header tuh dah cantik , mungkin ke kalau header yang sama tapi saiznya dibesarkan akan nampak lebih menarik…???

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:02 pm

betul jugak tuh…hehe

thanks bro PM selalu singgah sini…

Reply

zuan September 30, 2013 at 10:21 pm

pada den, widgets tu elok letak semua di belah kanan je. takut fokus pembaca nak baca entry ke laut nanti. header macam tak berapa jelas sangat. kurang faham niche blog ni dari header, maaf jika teguran ni macam tak masuk akal.

harap ia membantu :)

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:01 pm

orait bro…noted =)

bab header tu…niche ambe mmg ada 3
1. sukan (tu yg ada gmbar harimau tu)
2. kesihatan..ni niche utama gak
3. keluarga – niche sampingan aka santai2

thanks bro tegur ambe

Reply

suri September 30, 2013 at 11:23 pm

rasa font terlalu besar :) kalau admin suka oklah

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 2:00 pm

senang makcik2 dan pakcik2 nak baca…hehe

Reply

anif October 1, 2013 at 12:12 am

Speed ok. Cuma kemaskan lagi susun atur social widget. :D

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 1:59 pm

ok bro..terima kasih

Reply

onlajer October 1, 2013 at 1:06 am

gua baca teguran untuk panduan blog gua :)

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 1:59 pm

terima kasih bro onlajer..singgah

Reply

titan October 1, 2013 at 2:05 am

1. gambar untuk related post yang tak ada gambar tu, kasi betul.
2. gua rindukan thema yang lama itu..
3. blog lu pun tak ada salji. Apa pasal??

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 1:59 pm

1. orait..gua tgh usahakan…
2. gua pun rindu theme thesis tu, tp dah tak compatible pulak dgn server baru yg katanya (org hosting) dah guna php terkini…huhu
3. gua tak suka sejuk…hahaa

thanks yer

Reply

Neu October 1, 2013 at 8:44 am

macam titan cakap. letak featured image untuk entri yang takda image tu. sayang nampak tak cantik. terbaik mulakan langkah dari sekarang unt setkan featured image bagi semua artikel/entri yang akan bro buat di masa depan.

amat berguna jika bro tukar theme nanti.

selamat berblog bro, moga sukses lagi

Reply

AUC October 1, 2013 at 1:40 pm

yg ni kelam kabut sokmo bila tukar theme, pasti featured image bermasalah. Betul seperti saranan bro neu tu… kena buat slow untuk masa depan :)

Reply

hafizmd October 1, 2013 at 1:57 pm

@Bro Neu: Sedang diusahakan. Tapikan, setiap fatured image tu, nak nak kena simpan kat server sendri, risau jugak takut2 tak muat dah nanti…ada saranan tak bro yg bagus bab2 image ni?

@Bro AUC: Itulah. Mmg kelam kabut jadinya nak setting masukkan balik gambar utk setiap entri.

Thanks bro Neu & bro AUC!

Reply

Neu October 1, 2013 at 2:37 pm

kena upload ke hosting lah kan. cuba up kasi besar skit hosting tu bro. featured image ni penting jg. sbb kebanyakan theme moden ada fungsi tu semua. kalau takda memang tak cantik site kita

Reply

hafizmd October 2, 2013 at 12:23 pm

@bro neu, hehe..betul tu bro..hosting tak berapa besar…tu jer…hehe..

bereh bro..pasti akan diusahakan…

ajumohit October 1, 2013 at 6:52 pm

selamat bersegmen, selalunya kritikan membina menjadikan sesuatu yg kita lakukan lebih baik dan bermotivasi kan

Reply

hafizmd October 2, 2013 at 12:22 pm

Betul tu. Byk yg boleh kita belajar dari pandangan org lain. Terima kasih Aju!

Reply

Rina October 2, 2013 at 11:43 am

Ikut bertegur sapa,,
Related Posts yang di sitebar bagian kiri tidak ada gambarnya. Untuk memunculkannya sepertinya perlu seting di bagian set feature image pada masing2 posting

Reply

hafizmd October 2, 2013 at 12:17 pm

Terima kasih Rina. Akan dibuat segera utk related post tu

Reply

eyriqazz October 2, 2013 at 7:16 pm

Teguran saya :

1) Header blom cukup menyerlah
2) Pemilihan niche yang menarik i.e. Sukan,keluarga, dan kesihatan. Tak ramai yang buat niche kesihatan..Cool
3) Entri kurang gambar
4) Blog masih kurang promosi

Reply

hafizmd October 2, 2013 at 8:40 pm

Terima kasih bro Eyriqazz.
1. Header mmg nak kena touch up
2. Niche yg mmg ambe minat, kesihatan dan sukan =)
3. Gambar,akan diusahakan lebih byk
4. Akan lebih kuat promosi blog

terima kasih bro!

Reply

Denaihati October 2, 2013 at 9:37 pm

banyak dah komen2 membina ni. semoga blog semakin meningkat lepas ni.
masa tulis komen kat sini tulisan kelabulah bro, tak berapa jelas pulak.

Reply

hafizmd October 3, 2013 at 8:53 am

Terima kasih tuan DH singgah dan kasi up!

Tulisan nak komen, ok..akan segera diperbetulkan…terima tuan

Reply

Khairul Zamri October 2, 2013 at 10:28 pm

aik bro dah pakai 3 column ke? template n loading dah ok mungkin leh ubah header ckit :)

Reply

hafizmd October 3, 2013 at 8:52 am

single post jer 3 column
orait bro, header mmg “masalah” besar ni… =)

Reply

Anarm October 3, 2013 at 1:51 am

1) Header kena design bg menarik sikit kot..
2) Related posts, “No Preview”.. better setting masukkan gambar yg sesuai..
3) Headings H1 H2 H3 h4 saiz dia nampak macam sama je. kalau buat saiz berbeza mungkin lebih menarik, atau main2 kaler..
4) Tulisan besar.. aku suka.. senang nak baca..

Reply

hafizmd October 3, 2013 at 8:51 am

Terima kasih bro Anarm.
1. Header nampaknya, mmg kena carik lain…1st impression ni
2. Ok bro. Sedang diusahakan
3. Orait. Ambe tukar mana yg patut.
4. Mmg utk sonang baca..hehe

terima kasih bro Anarm!

Reply

Irwan Alessa October 3, 2013 at 12:36 pm

Bro, suka aku dengan theme ni..

1) 1st impression datang sini memang tak menunggu lama, load blog mmg superb..
2) aku suka navigasi blog ni, smooth dan entri pun bagus di baca..
3) kalau dua kolum aku lebih ghairah sebab 3 kolum ni agak kurng.. tapi as long as bro suka aku takde hal.. Dari segi content memng mantop..

Reply

hafizmd October 10, 2013 at 9:14 am

Terima kasih bro IA.
1. Loading blog mmg no 1. Byk juga buang pluging antaranya plugin jetpack.
2. Terima kasih bro.
3. Ambe saje test 3 kolum.Tak serasi juga, dah tukar jadi 2 kolum balik…hehe

terima kasih bro kasi semangat…terbaiklah bro IA!

Reply

Hafizul October 5, 2013 at 5:24 pm

emm sy tak ada nak komen apa2 bro..semuanya dah nampak elok di mata saya selaku pembaca yang setia singgah disini..hehe

Reply

hafizmd October 10, 2013 at 9:22 am

terima kasih boh! deme meme terbaik!

Reply

Blogger Babyface October 5, 2013 at 9:00 pm

kalau baca kat smartphone mmg nampak kemas theme Bro ni. Loading pun laju je.

mmg bagus boleh tegur menegur ni

Reply

hafizmd October 7, 2013 at 12:29 am

terima kasih bro babyface! =)

mmg bagus, perbetul mana yg boleh

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }