Oh! Gambar Dalam Entri…

gambar awan cantik di gombak

Assalamua’laikum.

Ingat lagi Segmen – Saya Mahu Ditegur? Antara butir perkara yang ditegur untuk mem’power’kan lagi blog ni ialah tentang gambar dalam entri. Teguran ni dibuat oleh Bro Eyriqazz. Rugi kalau tak sempat masuk segmen ni. Bukan senang untuk ditegur secara terbuka. Semua orang boleh baca. Semua blogger boleh ambil tauladan. Semua teguran sudah dicatit rapi. Ada yang dah buat ‘on the spot’, ada yang masih belum. Ikut giliran dan kemampuan.

Penting sangat ke gambar dalam entri?

Ambe memang sangat kurang tampal gambar dalam entri. Ada beberapa sebab. Antaranya sebab “sayang” nak guna ruang dalam hosting. Kedekut? Bukan. Ambe memang payah nak tampal gambar. Mungkin sebab tak reti nak tampal gambar-gambar manja lagi mengancam untuk dijadikan umpan buat pengunjung ke sini.

Ambe rasa, gambar dalam entri penting sebab;

  • Gambar yang menarik pastinya mampu membuatkan pengunjung lepak lebih lama di blog kita. Taklah suram sangat, kan?
  • Sumber trafik. Kalau letak gambar, jangan lupa letak “Alt tag” pada setiap gambar. Orang kata untuk SEO. Betul ke?
  • Langkah untuk ‘optimize’ imej mesra enjin carian. Letak tajuk dan ‘caption’ untuk gambar.
  • ‘Umpan’ tambahan untuk pengunjung.
  • Nak kena gi menuntut ilmu lebih dalam lagi =)
  • Boleh baca tips optimize imej di SINI.

Mana nak cilok gambar-gambar super tak terkalah? Takkan nak main sumbat jer mana-mana gambar? Kalau ambe ada tampal gambar di blog ni, biasanya…biasanya gambar tu memang gambar yang ambe ambil sendiri. Takpun gambar yang ambe cilok dari pustaka adik ipar ambe. Takpun, macam biasalah….gambar daripada Google, tapi tak best sebab tak unik!

gambar awan cantik di gombak
Subhanallah

Antara blogger yang sentiasa ada gambar dalam entri ialah Encik Titan, Bro Anarm dan Boh Pondok Kecil. Syok pulak tengok gambar-gambar kat blog depa ni. Menarik!

Akhirnya, ambe ingatkan diri dan rakan-rakan blogger untuk berhati-hati dengan setiap gambar yang ditampal.

Elakkan menampal gambar yang terang nyata membuka aib sendiri dan orang lain.

@hafizmd – Terima kasih pada semua yang sudi tegur ambe dalam segmen yang Blogger Eyriqazz buat tu. Korang memang terbaik!