Oh! Gambar Dalam Entri…
Assalamua’laikum.
Ingat lagi Segmen – Saya Mahu Ditegur? Antara butir perkara yang ditegur untuk mem’power’kan lagi blog ni ialah tentang gambar dalam entri. Teguran ni dibuat oleh Bro Eyriqazz. Rugi kalau tak sempat masuk segmen ni. Bukan senang untuk ditegur secara terbuka. Semua orang boleh baca. Semua blogger boleh ambil tauladan. Semua teguran sudah dicatit rapi. Ada yang dah buat ‘on the spot’, ada yang masih belum. Ikut giliran dan kemampuan.
Penting sangat ke gambar dalam entri?
Ambe memang sangat kurang tampal gambar dalam entri. Ada beberapa sebab. Antaranya sebab “sayang” nak guna ruang dalam hosting. Kedekut? Bukan. Ambe memang payah nak tampal gambar. Mungkin sebab tak reti nak tampal gambar-gambar manja lagi mengancam untuk dijadikan umpan buat pengunjung ke sini.
Ambe rasa, gambar dalam entri penting sebab;
- Gambar yang menarik pastinya mampu membuatkan pengunjung lepak lebih lama di blog kita. Taklah suram sangat, kan?
- Sumber trafik. Kalau letak gambar, jangan lupa letak “Alt tag” pada setiap gambar. Orang kata untuk SEO. Betul ke?
- Langkah untuk ‘optimize’ imej mesra enjin carian. Letak tajuk dan ‘caption’ untuk gambar.
- ‘Umpan’ tambahan untuk pengunjung.
- Nak kena gi menuntut ilmu lebih dalam lagi =)
- Boleh baca tips optimize imej di SINI.
Mana nak cilok gambar-gambar super tak terkalah? Takkan nak main sumbat jer mana-mana gambar? Kalau ambe ada tampal gambar di blog ni, biasanya…biasanya gambar tu memang gambar yang ambe ambil sendiri. Takpun gambar yang ambe cilok dari pustaka adik ipar ambe. Takpun, macam biasalah….gambar daripada Google, tapi tak best sebab tak unik!
Antara blogger yang sentiasa ada gambar dalam entri ialah Encik Titan, Bro Anarm dan Boh Pondok Kecil. Syok pulak tengok gambar-gambar kat blog depa ni. Menarik!
Akhirnya, ambe ingatkan diri dan rakan-rakan blogger untuk berhati-hati dengan setiap gambar yang ditampal.
Elakkan menampal gambar yang terang nyata membuka aib sendiri dan orang lain.
@hafizmd – Terima kasih pada semua yang sudi tegur ambe dalam segmen yang Blogger Eyriqazz buat tu. Korang memang terbaik!
yeah penting maa , ada gambar baru cun dan macam ada bukti hehe
Gambar penting jugak dalam entri2 blog.. Selain fungsi SEO (Alt Tag) yang boleh kita buat untuk sumber trafik dari hasil carian di Google Images, gambar jugak ada fungsi2 lain lagi. Contohnya sebagai hiasan pun boleh.
Artikel yg ada gambar lebih nampak menarik dan mudah untuk dibaca. Kalau sebuah artikel tu ditulis panjang semua text je kadang2 orang malas nak baca. Bila diselitkan dengan gambar2 menarik, orang pun jadi rasa tertarik nak baca entri kita.
Gambar juga buat mata pembaca dapat berehat sekejap setelah penat baca teks. Lepas tengok gambar, boleh sambung baca balik.
Dengan gambar jugak boleh bantu kita luahkan isi artikel yg kita tak dapat terangkan melalui tulisan.
ada gambar dalam entri lagi meriah dan orang pun tertarik nak membaca berbanding entri yang tiada gambar
aku suka letak gmbar yang buat aku tenang.. gambar tu pun penarik orang membaca.. aku setuju point yang Bro Anarm huraikan, itu juga yang menjadi pemahaman aku selama ni.. nak cari gambar yang tepat mengena dengan target entri memang tak susah, tetapi aku sendiri memang susah nak cari gambar yang sesuai macam tu…
Kalau sumber gambar sendiri dan menarik tentu lebih unik dan mengancam.
MJ suka tampal gambar dalam entry, bg nampak puas bila baca ada gambar, klau takdak gmbar, rasa entry macam suram je 😀
Lg 1 baru tau pasal ‘Alt Tag’ tu..hehee
Saya letak gambar supaya keluar kat tumbnail jer.. Kengkadang belasah je gambar apa yang ada. Kalau tak letak gambar, cam pelik la pulak muka depan blog saya tu..
saya pun lebih suka letak gambar…
letak satu jadilah
Orang suke tengok gambar. Tapi aku jarang nak letak gambar… Huhu
Peranan gambar ni, ibarat perkara sunat je dalam penulisan blog. Takda takpe, kalau ada lagi bagus. Lebih kurang untuk menaikkan ‘seri’ sesebuah blog tu lah kiranya. Hehe
terkadang rasa nak joint buat entri WW pada setiap hari rabu. tapi tak reti sebab hati sudah biasa tulis entri wajin ada gambar.
tak sangka ramai pula yang kurang berminat nak letak gambar huhu..
Nadot suka letak gambar gak.. tu yg lately makin malas update.. nak letak gambar kene pilih2 edit2 dulu.. haiishhh
p/s:alasan ;p
ada gambar memang lagi menarik kot.. lagi mengancam..
tapi tuan blog ni mm susah nak letak gambar, nak2 gambar sendiri.. hehe
blog aku pun semua ada gambar, bagi aku gambar tu penting
kebiasaanya entry den paling koman mesti ada satu gambar…;)
Sebaik-baiknya mesti nak kena ada gambar juga sekurang2nya buat penarik.
gua letak gambar tu..bukan saje-saje. haha..
jangan dedahkan gambar yang terdedah
hehe
Terima kasih bro atas backlink tu..sy memang suka letak gambar…untuk menyerikan lagi artokel..tapi kadang2 sukar juga nak cari gambar yang kena dengan artikel..lagi best kalau gambar tu snap sendiri..emmm
gambar penting tu bro..sbb gua dr kecil lagi suka baca buku bergambar je..hahaha
Ambe pun selalu curi kat google je…
Dok batu muda ke boh?
google image antara penyumbang trafik. hihi.
baik letak gambar anak-anak sebab blogger admin susah nak letak dalam entri kan..
pada aku kalau ada gambar barulah berseri-seri blog tu..
gambar menarik barulah seronok nak membaca entrinya
Bagi ambe gambar memang wajib letak dalam setiap entry.
Gambar berupaya menceritakan bermacam-macam perkara tanpa perlu huraian.
Kalau takde gambar sendiri ambik je gambar kat website yang offer gambar percuma yang mana tak perlu mintak kebenaran pemilik.
kalau boleh ada kaitanlah..kalau gambar lain,tapi cerita lain macam mana tuh… itupun tulis sekadar hiasan..hehe ..entahla..
Gambar dalam artikel sudah jatuh hukum wajib tu bro.
hoho…ambe ttp ikut keadaan..ada masanya, gambar tak perlu =)
kadang-kadang letak, kekadang tak letak. hehe
hehe…ikut keadaan juga =)
kadang2 gambar mampu melekekan pembaca.. bila baca sesuatu yang stress tu bila pandang gambar ilang kejap stress.
betul juga tu…terima kasih bro Zool…ambe dalam usaha tambahkan gambar dalam entri2 terkini
walau pun satu gambar, wajib ada dalam setiap entri saya…
Saya lihat di statistik blog, ada sejumlah pengunjung yang datang dari google image search. Jika gambar2 kita bisa sangat seo pasti akan makin banyak meningkatkan kunjungan ke blog kita tu …
Setuju. Masih releven dan makin penting
den kadang kadang je letak sebab malas nak google n upload gambar huhu
hihi..kalau rajin, byk jugak tampal…kalau tak, satu pun dh cukup
Selain letak SEO dengan meletak penerangan gambar didalam ALT. Ia mampu memberikan penceritaan mengenai seluruh is entri. Ia semata-mata blog teknikal sahaja. Saya melihat fungsi gambar jauh daripada itu.
Tak guna entri panjang lebar tetapi tidak sampai dengan bantuan gambar memberi jalan pendek untuk memahami isu kandungan. Didalam gambar ada cerita, ada emosi, ada rasa dan macam-macam lagi.
Betul juga tu. Thanks bro
Blog akubiomed juga antara blog yg ckup ambe respek. Kualiti gambarnya mmg baik…
terima kasih bro!