5 Cara Kekalkan Semangat Untuk Bersenam!

Apps Runkeeper untuk kira kalori senaman

Assalamua’laikum.

Bersenam. Bukan benda mudah kalau kita dah mula hilang rentak dan sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Bersenam boleh bertukar perkara yang membosankan lagi memenatkan. Nak sihat, nak kurus, nak ramping dan nak tampil menawan depan suami/isteri memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi. Kalau setakat bedal ubat kurus tanpa bersenam, memang tak menjadi. Dibimbangi, boleh mendatangkan mudarat yang lain pula. Jom, saya kongsikan 5 cara untuk kita kembalikan dan kekalkan semangat senaman untuk kurus.

Cara untuk bersenam penuh semangat dan berkesan!

1. Bangun awal pagi – Disiplinkan diri untuk bangun awal. Bunyi jam loceng, terus bangun. Jangan main tekan butang ‘snooze’ lagi! Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam. Bangun awal untuk solat Subuh. Dah selesai solat, boleh mulakan aktiviti senaman. Kajian menunjukkan, rutin senaman pagi yang kita buat secara konsisten lebih banyak mempengaruhi semangat dan peningkatan kualiti kehidupan. Nampak tak ‘power’nya didikan Islam untuk kita?

2. Beri masa 5 minggu – Ada sorang pakar ‘personal training’ cakap, untuk nampak kesan yang berbeza dalam tubuh (hasil bersenam), kena ambil masa lebih kurang 6 minggu. Tapi, saya rasa kita telah lama ditunjukkan jalan dan caranya. Puasa sebulan Ramadhan (4 minggu) ditambah puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Jumlahnya, lebih kurang 5 minggu. Inilah tempoh masa yang perlu kita buat sungguh-sungguh untuk mencapai tahap konsisten dalam aktiviti bersenam (terpakai juga untuk aktiviti lain). Bila dah dapat rentak, kita akan menghargai rentak baru yang lebih berharga dan bermakna!

Apps Runkeeper untuk kira kalori senaman3. Pilih senaman yang kita suka –  Ini penting. Banyak jenis senaman yang boleh kita cuba. Berlari, joging, berjalan, berbasikal, menari dan macam-macam lagi. Cuba dulu satu jenis senaman untuk dapatkan ‘feel’ yang mendalam. Dah rasa ok, cuba lagi senaman lain. Kepelbagaian senaman memberikan otot dan badan kita berfungsi dengan baik.

4. Gunakan kelebihan teknologi – Macam-macam Apps yang ada untuk beri kita keseronokan bersenam. Contohnya, Apps Runkeeper (Google Play & Itunes). Boleh guna untuk kira berapa banyak kalori yang sudah dibakar. Jenis senaman yang ada untuk dilakukan. Gunakan kelebihan teknologi yang ada untuk tingkatkan motivasi dan semangat untuk bersenam. Memang lebih seronok! Cubalah.

5. Cari jurulatih – Ramai juga yang pilih cara ni. Bila ada jurulatih, kita akan lebih serius. Sebab kita dah bayar jurulatih tu. Ada yang pilih jurulatih di gym. Ada juga kisahnya, siap ‘nangis-nangis’ nak habiskan rutin senaman harian di hari pertama. Biasalah. Nak kembali cergas bukannya senang, tapi tu semua tak mustahil.

Perkara paling penting dalam apa jua perkara pastinya ILMU. Kalau berminat, boleh cuba juga baca dan praktikkan “Ilmu Teknik Miliki Tubuh Yang Sihat, Berotot & Ramping Tanpa Ubat” yang dikongsikan oleh Hafiz Wasa di bawah;

Teknik Senaman Bakar Lemak dengan Pantas dan Berkesan!- KLIK SINI

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak sihat, kenalah amalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasalah berdoa moga-moga diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah, diberkatiNYA.

“Jom Bersama Menyelami Erti Pengorbanan Sempena Hari Raya I’dulAdha”

@hafizmd – 5 cara kekalkan semangat untuk bersenam. Anda ada cara lain? Silakan berkongsi di bawah yer…