Assalamualaikum.

Malaysia vs Bahrain Kelayakan Piala Asia 2014. Semua dah tahu, Malaysia seri 1-1 malam tadi dengan Bahrain. Gol cantik Mat Yo menyelamatkan Malaysia dan menyalakan kembali peluang untuk layak ke Piala Asia 2015. Separuh  masa pertama malam tadi, memang rasa macam nak tutup jer terus tv walaupun dah “set” minda supaya tak terlampau berharap untuk aksi yang super bagus daripada skuad Datuk Rajagobal.

Malaysia vs Bahrain

1. Pertahanan Malaysia malam tadi banyak bergantung kepada Aidil dan Amir. Dua orang ni, memang cukup ‘outstanding’ malam tadi. Reuben dan Asrarudin memang nampak tak menjadi. Lambat tutup ruang.

2. Pasti ramai yang ‘merindui’ kelibat Fadhli Shas dan larian laju Mahali Jasuli. Harapnya, untuk perlawanan lepas ni, dua orang ni ada untuk kuatkan barisan pemain Malaysia.

3. Tengah. Masih lagi orang yang sama. Tak nampak kenapa pemain yang bukan dalam prestasi terbaik masih lagi menjadi taruhan. Kunalan dan Gurusamy. Memang nampak sangat tak menjadi. Patutnya banyak hantaran lintang ke depan untuk Mat Yo dan Amri. Tapi sayang, dua pemain ni…tak menjadi…..

4. Ambe rasa, sepatutnya peluang diberi kepada Piya yang tengah di puncak prestasi terbaik bersama Kelantan. Farhan juga patut dipanggil. Indra pun sama. 3 serangkai ni, masih lagi mampu untuk menghadirkan keributan di barisan pertahanan lawan.

5. Mat Yo dan Amri. Memang ‘lejen’ dua orang ni. Masih lagi sangat-sangat diperlukan. Kalau ada Rozaimi, lagi bagus.

Ini hanyalah bebelan seorang peminat bola. Yang pastinya, Datuk Rajagobal pastinya ada sebab sendiri kenapa masih bergantung harap pada pemain lama.

Masih ada peluang untuk ke Piala Asia 2015? Ada lagi 3 perlawanan, senang cerita, kena menang semua. Tak mustahil dengan syarat Coach Raja bijak atur taktikal dan pemain. Tak mustahil boleh menang. Ayuh Harimau Malaya, kami tetap menyokong sepenuh hati! Janji main cantik paling tak, macam separuh masa kedua masa lawan Bahrain malam tadi.

Kalah kami boleh terima, tapi cara kalah biarlah dengan cara tak terkalah!

@hafizmd – Rehat kejap, baru sampai dari kampung. Alhamdulillah. Tu yang baru pegang laptop. Balik kampung, balik biar ‘betul-betul’ balik =)

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.